Anda Pelawat Ke

AMARAN : DILARANG MENCARUT
Sebarang Komen/Idea Sila Isi Borang Dibawah.

Sunday, August 22, 2010

BEST1O4 Sensasi Selatan




Asalamualikum,Salam 1 Malaysia & Salam Bersuara.
Kali ini nak share sedikit ttg sebuah stesen radio swasta kormisel kedua di Malaysia dan radio swasta pertama ditempatkan di luar Kuala Lumpur,iaitu BEST1O4 dengan tagline "Sensasi Selatan".Sebenarnya ini adalah radio kesukaan saya tak kira dimana berada mahu pun dalam kereta,bas dan rumah tetap akan dengar radio ini.

Radio tersebut bersiaran secara 3 gelombang diseluruh Johor,kalau yg berada di Johor Bahru,Singapura dan juga Riau,Indonesia boleh godek dgn gelombang 104.1fm,bagi yang berada di utara Johor,Melaka dan Negeri Sembilan siaranya 94.8fm dan timur Johor iaitu Mersing,Pulau Tioman dan Pahang 102.5fm.Selain itu ada juga siaran utk warga Kuala Lumpur,Selangor,Putrajaya dan Selatan Perak.Siarannya adalah 104.1fm sama dgn Johor Bahru.

Jadi kalau ada yg sudi nak try dengar atau yg inginkan kelainan hiburan meh le dengar BEST1O4 ya dan dibawah ada info ttg BEST1O4 utk dikongsi bersama...

"Best 104 ialah sebuah stesen radio swasta kormisel kedua di Malaysia dan radio swasta pertama ditempatkan di luar Kuala Lumpur, iaitu di Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor, Malaysia. Slogannya ialah "Sensasi Selatan".

Ia memulakan pemancaran pada 1988 sebagai sebuah stesen utama untuk menyeragamkan rasa mendengar Sultan Johor. Ia digunakan untuk disiarkan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, tetapi pertandingan sengit dengan stesen swasta lain bersiaran dalam Bahasa Inggeris memaksanya untuk mengutamakan pendengar-pendengar Melayu. Penswastaannya bermula apabila ia membesarkan siarannya ke luar negeri asal Johor dan permulaan siaran sepanjang 24 jam pada 1996. Pada masa lalu, Best 104 ialah salah satu stesen dwibahasa lebih popular dengan pendengar di Singapura dan ibu negara Kuala Lumpur; persaingan keras dengan pendengar Bahasa Inggeris menyaksikan stesen itu menutup siaran Bahasa Inggeris pada 2001.

Fakta Menarik

- DJ Burhan Mohtarrudin, juga dikenali sebagai BBD, dianugerahkan sebagai penyampai di udara terpanjang di dunia selama 104 jam, dari 12:00 tengah malam 2 Oktober 2000 hingga jam 8:00 pagi 6 Oktober 2000.
- Best 104 ialah sebuah stesen radio yang hanya masih meneruskan pakej jingle ala-ala stesen radio Amerika sejak ia dilancarkan lagi."



SIARAN BEST1O4

104.1FM - JOHOR BAHRU,LEMBAH KLANG,SHAH ALAM,SELATAN PERAK,SINGAPURA & RIAU
94.8FM - UTARA JOHOR,MELAKA,NEGERI SEMBILAN DAN SEBAHAGIAN SELANGOR.
102.5FM - JOHOR TIMUR,PAHANG DAN PULAU BERHAMPIRAN.

Streaming Online: http://best104.smileyforum.net


Facebook: www.facebook.com/best104


0 comments:

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin
 

Nashfm Entertainment - Dunia Muzik Anda™ Copyright © 2009 - 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha