Anda Pelawat Ke

AMARAN : DILARANG MENCARUT
Sebarang Komen/Idea Sila Isi Borang Dibawah.

Thursday, November 05, 2009

Pertandingan zapin Johor mulai esok


JOHOR BAHRU 4 Nov. - Yayasan Warisan Johor (YWJ) akan mengadakan Pertandingan Zapin Johor 2009 pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini. Pertandingan yang terbahagi kepada lima kategori itu diadakan mulai pukul 8 malam di Stadium Bandaraya Johor Bahru di sini.

Kategori yang dipertandingkan adalah kategori sekolah rendah, sekolah menengah, mukim, jabatan kerajaan dan terbuka.

YWJ dalam kenyataan akhbar di sini hari ini memberitahu, semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu merupakan johan pertandingan zapin peringkat daerah mengikut kategori yang telah diadakan bermula April lalu.

Antara johan daerah bagi kategori sekolah rendah adalah Sekolah Kebangsaan Sri Melati (SK), Johor Bahru, SK Sri Pantai, Mersing, SK Sri Medan, Batu Pahat dan SK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi.

Johan daerah kategori sekolah menengah pula adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Indah Pura 1, SMK Tun Mamat, SMK Datuk Menteri dan SMK Kahang.

Pertandingan tersebut bertujuan meningkatkan mutu persembahan kumpulan-kumpulan zapin dan memberi pengetahuan kepada generasi muda mengenai tarian warisan berkenaan.

Selain pertandingan, penganjur turut memberi penghargaan kepada 15 penggiat seni zapin yang merupakan pengasas, pewaris dan penerus zapin.

Antara penerimanya ialah pengasas kebangkitan zapin Melayu, Prof. Dr. Mohd. Anis Md. Nor, Sabri Mahmood (zapin Putar Alam), Shukur Basir (zapin Lenga) dan Jaafar Ikhwan (zapin Sri Bunian).

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dijadual menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada malam terakhir pertandingan itu.

-Utusan



0 comments:

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin
 

Nashfm Entertainment - Dunia Muzik Anda™ Copyright © 2009 - 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha