Anda Pelawat Ke

AMARAN : DILARANG MENCARUT
Sebarang Komen/Idea Sila Isi Borang Dibawah.

Tuesday, September 08, 2009

ntv7 anjur pertandingan 1Malaysia Moments



PELBAGAI usaha telah dilakukan bagi menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak demi merealisasikan gagasan 1Malaysia dalam usaha beliau menyatupadukan rakyat negara ini.

Sebelum ini, stesen radio Hot FM misalnya berjaya menganjurkan pencarian lagu patriotik menerusi pertandingan Lagu 1Malaysia Kita dengan mengangkat lagu Malaysia Satu nyanyian Faizal Tahir sebagai pemenangnya.

Terbaru, stesen ntv7 pula meneruskan hasrat itu tetapi menerusi pertandingan 1Malaysia Moments yang akan mereka lancarkan tidak lama lagi menerusi kempen bertemakan Kami Ceria Sebagai Warga 1Malaysia.

Menurut Pengurus Besar stesen televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad, Airin Zainul, menerusi pertandingan tersebut setiap rakyat Malaysia dipelawa menghantar gambar yang mampu mencerminkan saat 1Malaysia.

"ntv7 akan melancarkan pertandingan 1Malaysia Moments tidak lama lagi bagi memberi peluang kepada para penonton untuk menghantar gambar yang mencerminkan saat 1Malaysia yang paling menarik melalui laman sesawang ntv7.

"Selepas 11 tahun bersiaran, ntv7 terkenal dengan imejnya sebagai stesen yang sinonim dengan elemen stylish, smart dan engaging melalui kandungan yang menambat perhatian dan berkesan bersama-sama masyarakat," ujarnya.

Kami Ceria Sebagai Warga 1Malaysia kata Airin, merupakan iklan media cetak dan televisyen yang memaparkan visual dan klip program terkini di ntv7 membabitkan masyarakat berbilang kaum serta agama.

Jelasnya, dalam paparan itu turut ditonjolkan ialah wajah-wajah penyampai berita Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin serta pelbagai lagi rancangan bual bicara yang popular di ntv7, misalnya The Breakfast Show.

"Pelancaran iklan media cetak dan televisyen ini menekankan pendirian yang diambil oleh ntv7 selama bertahun-tahun dan kami berbangga memaparkan rancangan-rancangan yang mencerminkan konsep 1Malaysia.

"Contohnya, rancangan seperti Talian Hayat, Xandria's Weekend Discovery, My Kampong Days dan Project Sunshine. Selain rancangan yang terpilih menghiasi iklan-iklan itu, ntv7 juga akan menyiarkan rancangan Singnature.

"Rancangan itu juga dikenali seperti Finding Angels dan Siasat Mandarin. Kami berbangga kerana ntv7 diiktiraf sebagai saluran kegemaran masyarakat bandar dan orang Cina. Misi kami selaras dengan konsep 1Malaysia," katanya.

Tambah Airin lagi, sebagai saluran televisyen percuma yang ditonton segenap lapisan masyarakat, ntv7 mengutamakan rancangan-rancangan yang mempunyai nilai-nilai murni untuk para penontonnya.

-Utusan


0 comments:

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin
 

Nashfm Entertainment - Dunia Muzik Anda™ Copyright © 2009 - 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha