Anda Pelawat Ke

AMARAN : DILARANG MENCARUT
Sebarang Komen/Idea Sila Isi Borang Dibawah.

Tuesday, September 08, 2009

Anak-Anak Norman Terima Auntie Memey.




Sejak kes khalwatnya, nama Memey Suhaiza seakan sudah sinonim dengan kontroversi. Terbaru, isu dia menemani Norman Hakim dan tiga orang anaknya menziarah ibu Norman di Kuantan, Pahang ketika cuti sekolah.

Seperti yang dilaporkan di ruangan Normah Becok ('Dengarnya...: Kasihan Abby Abadi') Jumaat lalu, kontroversi timbul apabila Abby Abadi yang telah meminjamkan keretanya kepada Norman, tidak mengetahui Memey akan ikut sama.

Memey pula kononnya memburukkan lagi keadaan apabila menghantar SMS kepada Abby untuk bertanyakan tentang anting-antingnya yang telah hilang, dipercayai mungkin terjatuh di dalam kereta Abby.

"Perkara itu tidak seburuk yang disangka. Bagi saya, tidak perlu di cerita atau di kongsi dengan sesiapa. Apa yang sebenarnya berlaku, biar saya, Norman, Abby dan Tuhan saja yang tahu," jawab Memey yang ditemui tengah hari tadi ketika majlis pelancaran program istimewa Aidilfitri TV3 dan TV9 di 1-Utama.

"Saya tak mahu keruhkan keadaan dengan memberi sebarang komen. Lebih yang saya katakan, lebih buruk orang nampak saya. Lagipun cerita ni takkan habis jika saya komen."

Namun, tidak dinafikan yang dia ada mengikut Norman dan anak-anak pulang ke Kuantan. Kehadirannya sekadar untuk menolong.

"Bagaimana dia (Norman) nak memandu kereta dan jaga tiga orang budak? Anak bongsunya pun masih bayi lagi. Saya sebagai orang yang rapat dengannya dan kebetulan hari itu tidak ada penggambaran, saya pun temankan dia sambil tolong jaga baby."

Pertemuan pertama dengan anak-anak Norman
Dedah Memey, itulah kali pertama dia berjumpa dengan anak-anak Norman yang mesra memanggilnya 'auntie Memey'. Menurutnya, tidak disangka mereka dapat menerimanya dengan hati terbuka.

"Penerimaan mereka terhadap saya okay. Saya pun agak terkejut. Mereka tahu apa yang berlaku, walaupun perkara yang remeh. Mereka mungkin budak kecil tetapi cara percakapan mereka seperti orang dewasa. Di sebalik apa yang berlaku, mereka dapat menerima kehadiran saya.

"Danish seorang budak yang sangat 'open' dan mudah mesra. Dania mengambil masa untuk menerima saya. Tapi lepas dia tengok saya okay, dia dapat menerima saya sepenuhnya. Selepas itu, dia menjadi sangat rapat dengan saya, taknak berjauhan. Pergi mana, nak saya ada sekali."

Tambah Memey, sejak hari itu, mereka masih berjumpa, adakalanya keluar berjalan-jalan dan berbuka bersama.

Raya bersama keluarga
Untuk Raya tahun ini, Memey akan menghabiskan masa seminggu bersama keluarga di Felda Tenggara Selatan, Johor. Jika sebelum ini biasa menyambut Syawal di rumah atuk, tahun ini rumah baru ibu (kos pembinaan dikongsi bersama Memey dan adik-beradiknya) menjadi lokasi utama sambutan Raya.

Adakah Norman akan singgah di rumah untuk beraya bersama keluarganya? Kata Memey yang masih belum mahu mengiyakan perhubungannya dengan Norman, perkara itu belum dibincangkan lagi.

"Jika dia ada kelapangan mungkin dia akan singgah. Lagipun kedua-dua keluarga sudah saling mengenali."

Bagaimana pula dengan perancangan perkahwinan? "Saya serahkannya pada jodoh. Saya perempuan, jadi tak manis untuk bercakap lebih tentang perkara ini. Dan buat masa ini, saya pun tak mahu fikirkan lagi tentang perkahwinan. Saya nak fokus pada karier.

"Alhamdullilah, kerjaya saya berjalan dengan lancar. Saya sedang menjalani penggambaran untuk drama 44-episod 'Cinta Balqis', 'Dunia Belum Kiamat' dan musim ketiga 'Roda-Roda KL'."

- Gua.com.my


0 comments:

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin
 

Nashfm Entertainment - Dunia Muzik Anda™ Copyright © 2009 - 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha