Anda Pelawat Ke

AMARAN : DILARANG MENCARUT
Sebarang Komen/Idea Sila Isi Borang Dibawah.

Friday, June 12, 2009

Radio Jakim, SALAM FM mula siaran percubaan.


Petikan dari Bernama.

KUALA LUMPUR: SALAM FM, stesen radio berfokuskan dakwah dan ajaran Islam kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), memulakan siaran percubaannya Ahad lalu dari 1 pagi hingga 8 pagi.

Jakim dalam satu kenyataan berkata siaran itu boleh diikuti melalui beberapa gelombang FM iaitu FM 91.1 megahertz di Lembah Klang, FM 102.5 megaherzt di kawasan Pahang Barat, FM 105.1 megahertz di Cameron Highlands dan melalui Gelombang Pendek Kebangsaan (GPK) 6070 kilohertz.

Pendengar di luar negara juga dapat mengikuti siaran ini melalui gelombang pendek SW 9750 kilohertz 31 meter dan SW 9750 kilohertz 48.58 meter.

"Penubuhan dan pengoperasian SALAM FM adalah bagi menyahut trend semasa, iaitu medium radio mempunyai keberkesanan langsung yang pantas, mudah, dan murah untuk diaplikasi bagi tujuan dakwah," kata Jakim. BERNAMA


Petikan dari Laman Jakim.

Radio Jakim "SALAM FM" Mula Siaran

SALAM FM

Tag Line : Menjana Minda Ummah

Masa Siaran : Jam 0100 Pagi Sehingga 0800 Pagi Setiap Hari

Konti Siaran : Studio 7 Berkongsi dengan Asyik FM dan Suara Islam

Siaran Percubaan : Bermula 15 Februari 2009 Mulai Jam 0100

sehingga 0800, 7 jam berterusan

Frekunsi : FM 91.1 MEGAHERTZ bagi kawasan LEMBAH KELANG

FM 102.5 MEGAHERTZ bagi kawasan PAHANG BARAT

FM 105.1 MEGAHERTZ bagi kawasan CAMERON

HIGHLAND

GELOMBANG PENDEK KEBANGSAAN (GPK)

SW 6070 KILOHERTZ

GELOMBANG PENDEK SW 9750 KHZ 31 METER

SW 9750 KHZ 48.58 METER

Objektif :

1. Melebarkan lagi program dakwah melalui radio dalam Bahasa

Malaysia dengan program-program yang berinformasi dan ilmiah;

2. Untuk memberi pilihan kepada pendengar mendapat INPUT dakwah secara interaktif pada waktu awal pagi;

3. Untuk memastikan ajaran Islam tersebar luas kepada seluruh

masyarakat bagi melahirkan ummah yang progresif dan berakhlak

mulia.



0 comments:

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin
 

Nashfm Entertainment - Dunia Muzik Anda™ Copyright © 2009 - 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha