Anda Pelawat Ke

AMARAN : DILARANG MENCARUT
Sebarang Komen/Idea Sila Isi Borang Dibawah.

Friday, June 05, 2009

Pernama.fm Siaran Radio Internet Pertama Utk ATM Akan Dilancarkan


KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) Sdn Bhd, syarikat milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia akan melancarkan radio internet dikenali Pernama.fm untuk menyalurkan maklumat terkini berhubung Angkatan Tentera Malaysia kepada warganya termasuk di luar negera.

Pengurus Besar PERNAMA Datuk Abdul Wahab Khalil berkata Pernama.fm akan mula beroperasi dalam masa terdekat ini dan dikendalikan oleh syarikat Dapat Vista (M) Sdn Bhd, syarikat pengendali sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran program "satu rumah satu komputer" untuk anggota ATM oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal di Wisma Pertahanan di sini hari ini, beliau berkata apabila ia dilancarkan nanti, anggota tentera yang bertugas di luar negara dapat berinteraksi dan menghantar sebarang ucapan kepada ahli keluarga di negara ini secara online.

Katanya anggota tentera juga boleh berinteraksi dengan Panglima Angkatan Tentera menerusi forum khas yang akan diadakan setiap hari.

Siaran radio Pernama.fm boleh didengar dengan melayari laman web www.pernama.fm tidak lama lagi.

Abdul Aziz pula berkata ATM telah berbincang dengan Pernama untuk menubuhkan satu stesen radio milik penuh ATM tidak lama lagi.

"Perkara ini masih di peringkat cadangan dan kita akan menghantar permohonan kepada kementerian untuk mendapatkan lesen stesen radio itu nanti," katanya.

-- BERNAMA

Dipetik dari www.bernama.com


0 comments:

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin
 

Nashfm Entertainment - Dunia Muzik Anda™ Copyright © 2009 - 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha