Anda Pelawat Ke

AMARAN : DILARANG MENCARUT
Sebarang Komen/Idea Sila Isi Borang Dibawah.

Friday, June 05, 2009

IKIM.fm Lancar Program Secangkir Kasih


KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Radio IKIM.fm hari ini melancarkan program "Secangkir Kasih", sebuah program kemasyarakatan bagi mempamer keindahan agama Islam kepada golongan Islam dan bukan Islam.

Program itu yang telah bermula sejak 1 Mei lalu dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia (IRM) merupakan satu lagi usaha untuk mendekatkan program itu dengan masyarakat melalui projek-projek kebajikan.

"Kami ingin melibatkan semua golongan masyarakat. Setakat ini sumbangan telah diterima dan disalurkan kepada golongan yang memerlukan tanpa perbezaan agama walaupun IKIM.fm merupakan radio yang berkonsepkan Islam," kata penerbit rancangannya Zarita Kassim kepada pemberita selepas majlis pelancaran program itu di sini.

Menurut beliau, antara program yang akan dijalankan sepanjang musim pertama program ini ialah projek perpustakaan untuk rumah anak-anak yatim dan kempen "Feed The Fasting" yang mensasarkan golongan tidak berkemampuan.

Antara aktiviti yang dirancang bagi menjayakan program ini ialah "Charity Bazaar" dan perlawanan futsal yang akan melibatkan kumpulan-kumpulan nasyid terkenal tanah air yang bakal diadakan pada 13 dan 20 Jun di Dewan Besar IKIM, Jalan Duta.

Zarita berkata setakat ini pihaknya sedang giat mencari badan-badan bukan kerajaan lain untuk musim kedua program ini yang dijadualkan dari Januari hingga Jun 2010.

Program berbentuk dokumentari ini ke udara setiap hari Jumaat pada pukul 11.30 pagi selama 15 minit dengan memaparkan kisah-kisah kemasyarakatan di samping temubual bersama pihak-pihak yang terlibat untuk program ini.

-- BERNAMA

Dipetik dari www.bernama.com


0 comments:

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin
 

Nashfm Entertainment - Dunia Muzik Anda™ Copyright © 2009 - 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha