Anda Pelawat Ke

AMARAN : DILARANG MENCARUT
Sebarang Komen/Idea Sila Isi Borang Dibawah.

Monday, June 22, 2009

Pelancaran Logo Kembara Mahkota Johor Jelajah Pedalaman 2009






JOHOR BAHRU, 16 JUN: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail mahu hukuman berat dikenakan kepada pemburu haram bagi memastikan spesis hidupan liar tidak diancam kepupusan.
Titahnya, baginda mahu Johor menjadi contoh kepada negeri lain dalam usaha membendung kegiatan itu bagi memelihara khazanah di hutannya.

"Kita tidak boleh ikut zaman dahulu. Kerajaan mesti ambil tindakan seberat-beratnya terutama mereka yang berburu untuk dijadikan makanan eksotik.

"Jangan berburu di Johor. Saya mahu mesej ini sampai kepada mereka semua," titahnya.

Baginda bertitah demikian selepas melancarkan logo Kembara Mahkota Johor (KMJ) Jelajah Pedalaman 2009 dan pelancaran projek pemuliharaan hidupan liar di sini, semalam.

Pada majlis itu, Tunku Ibrahim yang juga penaung Projek Pemuliharaan Hidupan Liar Johor turut menyaksikan upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dengan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Sains Malaysia (USM), Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS) dan Aquawalk Sdn Bhd.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Abdul Latiff Yusof.

Sementera itu, Abdul Ghani berkata, kerajaan sudah mengambil pelbagai langkah bagi memelihara khazanah alam semula jadi di negeri ini.

Katanya, sejak Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor dikuatkuasa pada 1989, kerajaan negeri telah mewartakan kawasan seluas 77,000 hektar yang meliputi pergunungan, tanah lembap dan gugusan pulau di Mersing sebagai Taman Negara Johor.

"Malah, Johor adalah negeri pertama di semenanjung yang mewujudkan sebuah agensi khusus untuk mewarta dan mengawal selia hutan perlindungan semula jadi iaitu Taman Negara Johor," katanya.

Mengenai program KMJ Jelajah Pedalaman 2009, ia akan bermula 4 hingga 7 Julai ini dengan pengembaraan 40 kenderaan pacuan empat roda yang diketuai Tunku Mahkota dan anakandanya, Tunku Ismail Ibrahim.

Perjalanan KMJ sejauh 1,030 kilometer akan memasuki 11 perkampungan Orang Asli dan tiga kampung tradisi itu akan turut disertai 150 orang termasuk pemimpin negeri dan ketua jabatan dan media.

Ia akan menumpukan projek pemuliharaan hidupan liar dengan menyelami kehidupan Orang Asli memandangkan terdapat segelintir mereka yang terlibat membantu pemburu dan peniaga haram hidupan.


0 comments:

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin
 

Nashfm Entertainment - Dunia Muzik Anda™ Copyright © 2009 - 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha