Anda Pelawat Ke

AMARAN : DILARANG MENCARUT
Sebarang Komen/Idea Sila Isi Borang Dibawah.

Thursday, July 15, 2010

Dah Setahun Rupanya...Al-fatihah...




Hari ini genap setahun pemergian ayahnda tercinta ku,Awang bin Ali.Patutlah semalam ada merancang menziarah pusara ayanda dan bonda pada petang khamis (petang tadi) dan aku kuatkan hati utk ke Rimba Terjun,Pontian.Sekejap je setahun berlalu tapi rasa macam semalam je aku menjaga abah semasa beliau koma dihospital dan rasa macam tak percaya pun ada..

Dan hari ini pun dah 10 bulan permergiaan mama tercinta dan dikasihi pergi menemani abah disana,tanpa mama aku pun tak tahu dimanakah aku berada tapi tak dia amat lah susah utk aku dan adik2 berkongsi suka dan duka dalam kehidupan ini.Masih lagi teringat dihari terakhir aku bertemu mama sebelum ke tmpt kerja,masa tu ada rasa xnk pergi kerja sbb tgk cuaca mendung nak hujan tapi mama berdoa minta jangan hujan supaya aku tidak terkejar2 masa pergi keja tp sayangnya mama pergi disaat aku tiada depannya.

Tapi apa pun aku cuba redha dan terima apa berlaku ni utk masa akan datang tp tanpa abah dan mama pun susah gak sbb bila aku dalam kesusahan dengan siapa aku nak mengadu?Kena usaha dan tebalkan muka...Yang kini aku bila rindu mereka kenalah ziarah pusara serta doakan utk abah dan mama dapat kuatkan semangat aku..

Al-fatihah buat ayahnda ku,Awang bin Ali dan mama,Maimunah binti Mohd....


1 comments:

Alang AD said...

Takziah lagi sekali Nash. Al-Fatihah. Tiba2 terbayang Omak dan Ayah bila baca perenggan terakhir tu. Bertuah bila kita masih lagi ada tempat mengadu. Again. I'm sorry for ur lost sahabat. Pastikan adik2 habis sekolah tau Nash. Bagi adik2 laja tinggi2.

Salam Sahabat...

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin
 

Nashfm Entertainment - Dunia Muzik Anda™ Copyright © 2009 - 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha