Anda Pelawat Ke

AMARAN : DILARANG MENCARUT
Sebarang Komen/Idea Sila Isi Borang Dibawah.

Thursday, January 14, 2010

Linda Onn & Halim Othman Sah Penyampai Suria FM




Segala spekulasi kini telah berakhir. Linda Onn dan Halim Othman sah bergelar penyampai radio Suria FM. Penyertaan kedua-dua personaliti radio ini ke Suria FM telah diumumkan dalam satu sidang media bagi memperkenalkan barisan penyampai dan aktiviti Suria FM bagi tahun 2010 sebentar tadi.

Bercakap kepada pihak media, Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusry Abu Samah berkata, “Linda dan Halim adalah pilihan terbaik untuk Suria FM. Memang ramai calon yang memohon untuk menjadi penyampai di stesen radio ini, tetapi Linda dan Halim adalah pilihan pengurusan dan pendengar kami. Saya telah lama kenal Linda iaitu kira-kira 10 tahun lalu dan saya tahu dia adalah seorang penyampai yang baik. Begitu juga Halim. Kehadiran mereka pasti dapat menarik lebih ramai pendengar selepas ini,” ujar Yusry.

Mengulas pendapat yang mengatakan Suria FM sanggup membayar Linda Onn dua kali ganda daripada yang diperolehi di AMP Radio Networks pula, Yusry memberitahu perkara itu sebenarnya tidak berlaku. Baik Linda mahu pun Halim, masing-masing tidak 'demanding' seperti yang disangka orang lain.

“Saya juga sebenarnya terkejut kerana sangat mudah untuk memujuk mereka menyertai Suria FM. Tidak ada perbincangan yang meleret-leret. Sebaliknya pada perbincangan kali pertama, Linda dan Halim sudah menunjukkan minat untuk menyertai kami. Mungkin kerana tawaran kami itu kena dengan masanya,” tambah Pengarah Program, Hawa Abdul Hamid.

Linda dan Halim akan memulakan tugas mereka bermula 18 Januari ini. Halim akan digandingkan bersama Zizi bagi mengendalikan segmen 'Suria Breakfast', manakala Linda akan bertugas di sebelah petang bermula jam 4 petang, mengendalikan segmen 'Suria Drive'.

Ditanya adakah berlaku perubahan format bagi segmen yang dikendalikan oleh kedua-dua penyampai ini, Hawa memberitahu setakat ini mereka masih lagi berbincang bagi mencari formula yang boleh menarik minat pendengar untuk terus bersama Suria FM.

“Bagaimanapun, untuk 'Suria Breakfast' akan ada satu peraduan baru yang dikenali sebagai 1,001 minit. Melalui peraduan ini, pendengar berpeluang memenangi RM1,000 jika berjaya menjawab 10 soalan dengan tepat dalam masa seminit. Linda pula akan buat peraduan teka lagu, ‘Terowong Masa’ ketika segmen dia ke udara. ‘Terowong Masa’ memberi peluang pendengar memenangi RM100 jika berjaya meneka tiga lagu lama dengan tepat,” jelas Hawa lagi.

Sementara itu, Suria FM juga telah menyusun strategi promosi bagi tahun 2010, antaranya dengan menganjurkan aktiviti promosi ‘Suria FM Rancak Tour’ di mana krew Suria FM bersama artis popular menjelajah ke seluruh negara di samping tawaran hadiah hebat termasuk wang tunai untuk diberikan.

Promosi ini sudah pun bermula Disember lalu dan akan diadakan setiap bulan hinggalah ke kemuncaknya pada Julai ini berupa konsert secara besar besaran di Dataran Merdeka, KL. Pada 23 Januari ini, ‘Suria FM Rancak Tour’ akan diadakan di Kluang Mall, Johor bernula jam 3 petang dan keesokkan harinya akan singgah di di Mydin MITC, Melaka. Siri jelajah ini membariskan artis-artis seperti Mawi, Mila, Diana Danielle, Ameng (Spring), Kumpulan Sofaz dan Vince.

Sumber Gua.com.my


0 comments:

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin
 

Nashfm Entertainment - Dunia Muzik Anda™ Copyright © 2009 - 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha