Anda Pelawat Ke

AMARAN : DILARANG MENCARUT
Sebarang Komen/Idea Sila Isi Borang Dibawah.

Monday, January 25, 2010

ISTANA JOHOR: JANGAN PERCAYA KHABAR ANGIN MENGENAI PERINTAH BERKABUNG


JOHOR BAHRU, 25 Jan: Pihak Istana Johor hari ini meminta rakyat tidak terkeliru dengan khabar angin bahawa Askar Timbalan Negeri akan menangkap dan mengambil tindakan terhadap orang awam yang tidak patuh kepada arahan berkabung.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato’ Abdul Rahim Ramli, berkata Sultan Johor yang baru, Sultan Ibrahim bertitah bahawa tiada paksaan untuk rakyat negeri ini berkabung dan ia harus dilakukan atas dasar keikhlasan serta sebagai bukti taat setia rakyat kepada Almarhum Sultan Iskandar.

Jelasnya lagi, dakwaan palsu itu sudah sampai ke pengetahuan Sultan Ibrahim dan baginda tidak gembira dengan khabar angin itu.

Mengulas mengenai premis perniagaan yang tidak dibenarkan dibuka, Abdul Rahim menjelaskan bahawa tempoh penutupan itu hanya pada hari dan malam pemakaman sahaja seperti yang dinyatakan di dalam kenyataan bertulis Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman.

Katanya, pembatalan segala bentuk hiburan dan permainan hanyalah pada siang dan malam hari pemakaman Almarhum Sultan Iskandar dan selepas itu urusan perniagaan dibenarkan berjalan seperti biasa.





0 comments:

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin
 

Nashfm Entertainment - Dunia Muzik Anda™ Copyright © 2009 - 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha