Anda Pelawat Ke

AMARAN : DILARANG MENCARUT
Sebarang Komen/Idea Sila Isi Borang Dibawah.

Sunday, April 26, 2009

Mini Gath Bersama Pendengar FungkurFM Di JB

0

salam kpd yg sudi mengunjungi blog nash..nash nk habaq pd listener FungkurFM kt Jb ni yg nash buat mini gath pd bulan 5 ini.kalau ada yg nk turut serta blh hbgi nash k.

.Tarikh : 9hb Mei 2009/Sabtu
Tempat : Rumah Limas,Danga Bay.
Masa : Jam 1 pm

Tujuan nash buat nk eratkan siratullrahim bersama pendengar2 FungkurFM yg berada sekitar JB atau yg berhampir dgnnya pun blh turut serta.ada jugak yg akan join terutama DJ JellyPlumpy sbb dia balik kg kt Johor.Pastu ada jugak yg nk join mcm Momok Siam...Ok tu blh join sekali tp insyallah ada jugak yg akan join mcm Encik Rashid bersama rakan2 dari PersonaJB (Kelab Kereta Persona).Ok kalau yg nak join nti setiap org kne byr RM15 utk makan dan minum...Nak byr tu nti nash akan bgthu mcmne?Ok pastu kemungkinan ada jualan mcm Stiker kereta FungkurFM dgn Baju T jikalau ada wakil dari FungkurFM yg bawak jualan tersebut.Nanti try hbgi nash di 012-7691684 / 013-7097414.Sekian..

Sila daftar nama anda >> DAFTAR


Shahrir cetus idea Konsert Radio Rosak

0

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM

Image
Shahrir Abdul Samad (tujuh dari kiri) dan Edrie Hashim (lima dari kanan)
dan (tiga dari kiri) Ketua Pengarah Eksekutif Wonderful Lifestyle Sdn. Bhd.,
Shahrul Azlan Mohd. Zulkifli bersama barisan artis kumpulan indie yang
akan membuat persembahan pada Konsert Radio Rosak 4 April ini.


SUATU ketika dahulu, muzik underground tidak diterima mesra oleh kerajaan hanya kerana kontroversi subgenrenya, black metal.

Tersalah menafsirkan black metal, gig-gig kecil aliran underground yang lain diserbu polis dan permit bagi menganjurkan gig turut ditarik.

Asal dalam satu persembahan itu dipenuhi dengan muzik yang bingit dan bukan aliran muzik komersial, mereka dikecam habis-habisan.

Tapi kini semuanya berubah. Muzik underground terutamanya indie diterima baik oleh kerajaan malah diberi pengiktirafan.

Lebih menarik, menteri yang menjadi tulang belakang kepada konsert yang disertai oleh kumpulan-kumpulan indie ini.

Menteri yang dimaksudkan ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, yang juga ahli Parlimen Johor Bahru, menjadi pencetus idea kepada Konsert Radio Rosak Untuk Tabung Gaza 25 April ini.

Konsert Radio Rosak Untuk Tabung Gaza ini akan diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru anjuran Parlimen Johor Bahru dan Neo Worldwide Entertainment.

Konsert ini akan membawa 10 kumpulan indie tempatan untuk beraksi iaitu kumpulan Projek Pistol, Cili, Zip Ziller, Auburn, Stereo Sakit, Radhi OAG, Bunkface, Estranged, The Rhaman dan Plague of Happiness.

Objektif utama program ini adalah untuk mengumpulkan dana untuk penduduk Palestin di Gaza melalui penjualan tiket dan sumbangan orang ramai.

Menurut Shahrir, beliau mencadangkan konsert yang mengumpulkan kumpulan-kumpulan indie ini kerana mereka memerlukan platform untuk menonjolkan muzik mereka memandangkan kumpulan-kumpulan ini bergerak sendiri.

"Artis komersial ada orang yang menguruskan pemasaran dan publisiti mereka dan tidak menjadi masalah untuk mereka menonjolkan diri.

"Berbeza dengan kumpulan indie ini, kebanyakan daripada mereka amat berbakat dan kreatif tetapi kurang dikenali secara komersial hanya kerana mereka bergerak sendiri dan tidak disediakan platform yang sesuai.

"Sebab itu saya cadangkan konsert ini kerana mereka ini punya peminat sendiri yang terdiri daripada golongan muda.

"Matlamat lain kami adalah untuk menyampaikan maklumat yang berguna kepada generasi muda sepanjang konsert itu nanti," ujar beliau pada sidang media di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, beberapa aktiviti sampingan juga telah diatur untuk menjadikan program ini lebih menarik dan memberi informasi kepada orang ramai.

Di antaranya ialah kaunter peluang pekerjaan oleh jobmalaysia.gov.com.my, kaunter pendaftaran pengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM), kaunter MARA untuk program usahawan dan kaunter Perbadanan Nasional Bhd., (PNS) untuk perniagaan francais.

Pengarah Neo Worldwide Entertainment, Edrie Hashim, menyatakan idea yang dicetuskan oleh Shahrir ini memberi semangat baru kepada ahli muzik muda tempatan untuk memartabatkan muzik mereka.

Di samping itu, menurutnya, ianya juga memberi peluang kepada golongan untuk melibatkan diri dalam program amal melalui muzik.

"Kami mensasarkan lebih RM20,000 untuk disumbangkan ke tabung Gaza melalui penjualan tiket dan kutipan derma sepanjang konsert ini.

"Tiket pra-jualan yang hanya berharga RM18 boleh didapati secara online di http://www.neogendang.com dan http://www.myspace.com/tikusrockcommunity bermula 1 April ini," katanya.

Satu album kompilasi yang menggabungkan band-band indie iaitu Album Kompilasi Radio Rosak 2009: Permulaan Baru dengan Edrie sebagai penerbit eksekutif akan dipasarkan mulai 2 April ini.

Album kompilasi yang berharga RM19.90 itu boleh didapati di semua cawangan Gloria Jeans Coffee yang juga penaja konsert itu.


Saturday, April 25, 2009

Konsert Radio Rosak

0

Radio Rosak gegar JB
Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMATsuzana.rajahamat@kosmo.com.my
Sepanjang kolaborasi ini, setiap kafe akan memainkan lagu-lagu indie dari pukul 2 hingga 4 petang sebagai tanda sokongan terhadap muzik tempatan
– Shahrul
AUBURN (dari kiri), Stephnie Chan, Izuan Shah dan Izzat Uzaimi, antara yang bakal menghangatkan konsert Radio Rosak 2009 Untukmu Gaza.
EDRIE (dua dari kiri) dan Shahrul (dua dari kanan) diapit dua anggota Cili.
Tanpa muzik, radio sekadar kotak buruk, rosak dan tiada pendengar. Itu tandanya muzik dan radio, dua entiti yang tidak boleh diasingkan.
Apabila ia digelar Konsert Radio Rosak 2009 Untuk Gaza, timbul pertanyaan, kenapa nama sebegitu yang menjadi sandaran. Apa signifikan dan apa pula alasan yang boleh menjelaskan konotasi maksud istilah itu sendiri terhadap roh muzik konsert berkenaan.
Apakah ia simbolik kepada luahan dentingan keyboard, pukulan drum ataupun petikan gitar para karyawan muzik yang terlibat ketika lirik-lirik cinta mahupun kebebasan dilagukan penuh perasaan.
Pengarah Neogendang, Edrie Hashim selaku penganjur konsert menjelaskan, istilah itu paling tepat untuk mencetuskan aura konsert berkenaan, selari dengan jiwa anak-anak muda sebagai penggerak trend muzik indie yang sedang marak.
"Bunyi 'radio rosak' itu cool, sesuai dengan stail band-band indie sekarang. Lagipun ia kedengaran seperti satu 'pemberontakan', mungkin satu revolusi kepada suasana muzik itu sendiri.
"Generasi muda suka memberontak, rasanya konsep itu sesuai untuk menggambarkan suasana yang bakal disaksikan menerusi konsert itu nanti.
"Kalau letak nama 'konsert melati putih ke, tentu sangat tidak menggambarkan konsert band indie," kata Edrie menjelaskan konsep projek gergasi syarikat miliknya itu.
"Bukan hanya himpunan band-band indie, konsert yang bakal menjelajah ke-10 lokasi termasuk pembuka tirai di Johor Bahru, Sabtu nanti, benar-benar diharapkan Edrie sebagai satu gerakan revolusi, tanda kemarakkan band indie semakin berleluasa.
"Saya pilih band indie kerana mereka mewakili gerakan muzik ketika ini. Ia seolah-olah zaman Battle Of The Band, ketika kebangkitan dan fenomena rock awal tahun 80-an. Masa itulah, munculnya Search, Lefhanded, FTG, SYJ dan banyak lagi. Sampai ke hari ini, band-band masih dianggap band besar
"Jadi, muzik dan trend band indie perlukan sokongan. Sekarang ia nampak macam trend tapi dari situlah akan lahir band-band besar untuk 10 atau 20 tahun akan datang," ujar Edrie lagi.
Idea penganjuran Konsert Radio Rosak itu telah lama difikirkan tetapi apabila ada pihak yang sudi menaja dan bekerjasama, barulah dapat direalisasikan.
"Konsep pemasaran dan kolaborasi antara konsert ini dengan francais kafe jenama antarabangsa, Gloria Jean's Coffees ini sesuatu yang sangat baru. Saya yakin, kerjasama ini akan jadi ikutan kalau projek Konsert Radio Rosak 2009 menempa kejayaan.
"Kalau nak cerita tentang perancangan, konsert ini tidak akan terhenti setakat hujung tahun nanti. Kalau boleh ia akan jadi konsert tahunan.' jelasnya lagi.
Sebagai pembuka tirai, Konsert Radio Rosak 2009 bertempat di Stadium Bandaraya Johor Bahru (JB), Sabtu (25 April) nanti akan digegarkan 10 buah band indie termasuklah Bunkface, OAG, Estranged, Plaque Of Happines, Projek Pistol, Cili, The Rhaman, Auburn, Zip Ziller, Stereosakit, Secret Silent, Man In Blue.
Kecuali Bunkface dan Estranged, band indie lain yang terlibat dengan konsert berkenaan juga terlibat secara langsung dengan projek kompilasi album Radio Rosak terbitan Neogendang dan diedarkan secara eksklusif oleh Gloria Jean's Coffees.
Menurut Edrie, setiap lokasi konsert akan menampilkan band jemputan yang terdiri daripada band indie setempat.
Konsert di JB contohnya akan disertai kumpulan Plaque Of Happines yang merupakan band indie popular dan sedang mendapat tempat di kalangan generasi baru di sekitar Johor.
"Kita juga akan ada kejutan di setiap konsert. Akan ada kemunculan nama-nama besar tapi semua itu saya simpan sebagai bonus untuk penonton," kata Edrie yang ditemui bersama Pengarah Wonderful Lifestyle selaku pemilik rangkaian Gloria Jean's Coffees di Malaysia, Shahrul Azlan Mohd Zulkifli di Damansara, Isnin lalu.
Bagi Shahrul sendiri, ini kolaborasi pertama antara kafe jenama antarabangsa itu dengan produk melibatkan artis tempatan.
"Saya lihat projek ini satu daripada sasaran pemasaran kami. Hubungan kafe dengan muzik sudah lama berlangsung, bezanya kafe kopi tidak menjual arak atau alkohol. Sasaran kami adalah golongan muda dan golongan muda adalah peminat muzik, muzik band indie khususnya.
"Sepanjang kolaborasi ini, setiap kafe akan memainkan lagu-lagu indie dari pukul 2 hingga 4 petang sebagai tanda sokongan terhadap muzik tempatan, sebelum ini kami hanya memainkan lagu berentak jazz," jelas Shahrul.
Masih berkisarkan konsep konsert berkenaan, bagi memberikan peluang sama rata serta menjanjikan kepuasan kepada penonton dan setiap band, konsert yang bermula dari pukul 2 petang hingga 12 malam itu memperuntukan masa 45 minit kepada setiap band untuk beraksi.
Bagi vokalis kumpulan Cili, Vivine, tersenarai sebagai antara pemuzik konsert berkenaan satu penghargaan.
Katanya indie bukan genre yang mengkelaskan jenis muzik sebaliknya satu trend kebangkitan karyawan muzik yang tidak berpaksikan mana-mana syarikat rakaman.
"Bezanya, kami (Cili) adalah artis Neogendang tapi muzik kami tiada bezanya dengan muzik band indie kerana Neogendang juga sebuah syarikat yang berdiri sendiri atas usaha Edrie.
"Untuk konsert di JB nanti, kami akan bawakan sembilan atau 10 buah lagu antaranya dipetik daripada album pertama kami, Bersama Cinta serta dua buah lagu baru, Sampai Masa dan Mimpi yang terisi dalam album kompilasi Radio Rosak," jelas Vivine ketika ditemui di Damansara, baru-baru ini.


Wednesday, April 22, 2009

Program Hujung Minggu

0

Hujung minggu memang saat yang selalu dinantikan. Maklumlah ada yang dah plan macam2. Atau sekadar menghabiskan aktivity bersama keluarga.
Apapun hujung minggu ini (Jumaat -24hb- Sabtu-25hb dan Ahad -26hb) adalah hari yang sibuk bagi Djsenja dan Team FuhyooFm.
Bermula hari Jumaat jam 2.30 ptg kami akan berkampung di Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim - SIGS- sebuah sekolah yang cukup glamour di JB ni.


Monday, April 13, 2009

Perlancaran Proton Exora

0





KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) Berhad tidak mampu untuk berada dalam zon selesa bagi memastikan kelangsungannya di dalam pasaran automotif abad ke-21 ini.
"Dalam keadaan kemelut ekonomi global mutakhir ini, kita sedang menyaksikan bagaimana nama-nama besar industri automotif dunia sedang bertarung menghadapi kemelut demi untuk kelangsungan organisasi mereka, Proton perlu mengambil iktibar dari apa yang berlaku," kata Najib ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian Proton Exora di sini malam ini.
Beliau berkata Proton perlu tingkatkan inisiatif dan usaha secara proaktif dalam meningkatkan daya saing dan produktivitinya.
Proton juga perlu mempunyai imej pengeluar produk yang memenuhi selera pengguna dari segi reka bentuk, kualiti dan harga yang berpatutan, kata beliau.
"Sebagai pengeluar kereta nasional, Proton tidak terlepas dari keperluan untuk menjadi sebuah syarikat yang lebih kompetitif bagi menentukan survivalnya di dalam pasaran automotif abad ke21," kata Najib.
"Di dalam era globalisasi yang mencabar lebih-lebih lagi ketika kita sedang menghadapi krisis kewangan dan ekonomi global yang terburuk semenjak "the great depression" kita mesti mencari penyelesaian yang lebih kreatif dan inovatif kepada masalah yang dihadapi," tambahnya.
"Kita harus berani untuk keluar dari kotak pemikiran konvensional," kata Perdana Menteri lagi.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed serta timbalannya Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Penasihat Proton Holdings, Tun Mahathir Mohamad, Pengerusi Proton Holdings, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
"Bagi menangani sebarang krisis, kita tidak sekali-kali mampu untuk bersifat dogmatik dan menolak secara awal sebarang opsyen, semua opsyen mesti dipertimbangkan demi kepentingan negara," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Untuk itu, kata beliau, Proton mesti melihat dengan lebih serius kepada keperluan mengadakan pakatan strategik untuk mengeluarkan produk yang lebih efisyen dalam bahan api dan yang memanfaatkan teknologi yang mesra alam.
"Dalam pasaran tempatan dan eksport yang tegar persaingan, kita mesti sentiasa mendahului pesaing-pesaing untuk berjaya. Begitu juga pesaing-pesaing kita akan juga terus berusaha mencabar kedudukan kita. Tidak ada konsep "free ride" atau "free lunch" di dalam dunia ini."
"Kita harus ingat dan insaf bahawa tidak ada pesaing yang akan memperlahankan tempo kemajuannya semata-mata untuk membantu atau menanti kita mengurangkan jurang persaingan yang wujud."
Mengulas tentang Exora, Najib berharap model itu akan mampu memenuhi permintaan pengguna Malaysia yang semakin prihatin terhadap keperluan keselesaan dan juga keselamatan keluarga di jalan raya.
Exora adalah kenderaan pelbagai guna (MPV) buatan Malaysia yang pertama.
Menurutnya, semenjak mula dibuka untuk tempahan pada 21 Februari lalu, Exora sudah pun menerima lebih 2,000 tempahan.
"Kita berbangga kerana di dalam proses pengeluaran Exora dari proses penyelidikan dan pembangunan (R&D), reka bentuk, ujian dan homologasi sehinggalah ke proses produksi melibatkan anak tempatan. Ini adalah satu bukti kemampuan modal insan negara," katanya.
Najib berkata Exora hanya mengambil masa 18 bulan untuk dibangunkan daripada peringkat akhir reka bentuk sehingga ke permulaan produksi.
Antara lain, Najib turut mengumumkan harga bagi MPV itu iaitu RM75,998 bagi Exora Hi-Line 1.6 Automatic, Metallic dan RM69,998 bagi Exora M-Line 1.6 Automatic, Metallic.
Ditubuhkan pada tahun 1983, Proton kini bukan lagi setakat peserta domestik tetapi juga telah mengorak langkah untuk muncul sebagai peserta global dengan menembusi pasaran automotif dunia yang kompetitif seperti United Kingdom, Australia, negara-negara Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara. BERNAMA


Sunday, April 12, 2009

Penyanyi Baru Bernama Yunalis Zarai

0

LIRIK LAGU DAN SEBENARNYA DARI YUNA

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagiaku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanyaku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untuk
mudan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh

www.myspace.com/yunaroomrecords


Kabinet Baru Malaysia Pimpinan Datuk Najib

0

Klik je kalau nk tgk...FOC


Karnival Rakan Media 2009

0



Wow syok tu dalam Karnival Rakan Media yg berlangsung pd 4hb April 2009 yg lalu di Kampus Bandaraya UiTM Johor Bahru (dekat dgn Kg Aman)...Penat gak jd org media sbb FuhyooFM bersiaran luar masa itu...maklum lah kne jd enginer lak..Sory la muka ai xde dlm ni sbb kne la sorok2 nti ada yg kejar ai ble kt Larkin Sentral.Yang terlibat ada HBO,DJ Senja,Badd,Amer termasuk ai Nash.Pas2 kami ada undang seorg DJ dari Best104 - Sensasi Selatan iaitu DJ Helmi...Cayok2 la jd Juri sbb ada pertandingan radio sekolah antara sekolah2 sekitar JB yg terlibat SMK BBU,SMK Kota Puteri Masai,SMK Saint Joseph,SK Suria serta student dari UiTM.

Dan pd hari tersebut kami bersiaran langsung melalui internet di http://www.fuhyoofm.com/ bersama chatzfm tp gamat tol la time yg hadir ada YB Tuan Adam Sumiru,tp asalnya Karnival ini dirasmikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Haji Ghani Othman tp beliau ada hal.

Cun tak baju rasmi FuhyooFM kaler hijau lak tu?Kalau nk beli hubungi la kami...sampai cni je blog ttg FuhyooFM dalam Karnival Rakan Media 2009 di UiTM Johor Bahru.Kalau nk tgk lagi koleksi gambar yg kami rakan blh ke laman Fitarah Media.


Sekian jangan marah yea...



Friday, April 03, 2009

ChatzFM - Bukan Sekadar Muzik

0

Kali ni FuhyooFM berkongsi server bersama Radio Online ChatzFM dalam masa ini...Terima Kasih kpd En Betik sudi share bersama kami..




Blog Widget by LinkWithin
 

Nashfm Entertainment - Dunia Muzik Anda™ Copyright © 2009 - 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha