Anda Pelawat Ke

AMARAN : DILARANG MENCARUT
Sebarang Komen/Idea Sila Isi Borang Dibawah.

Thursday, December 17, 2009

Siaran langsung Perlawanan Akhir Bolasepak Sukan SEA jam 6 petang Khamis 16 Disember


Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea XXV, Laos antara Malaysia dan Vietnam, Khamis ini - 16 Disember.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya berkata, siaran itu yang ditaja oleh Telekom Malaysia, akan dapat ditonton menerusi TV2 dan dijangka bermula pada 6 petang.

"Bagaimanapun waktu siarannya tertakluk kepada pukul berapa perlawanan dimulakan," katanya pada sidang akhbar di Angkasapuri hari ini untuk mengumumkan program Rentak Juara-Rhythm of Champions 2010.

Malaysia melayakkan diri setelah mengalahkan tuan rumah Laos 3-1 dalam perlawanan separuh akhir malam tadi manakala Vietnam menundukkan Singapura 4-1.

Perlawanan akhir itu nanti memberi peluang kepada Malaysia menebus kekalahan 1-3 kepada Vietnam di peringkat kumpulan.


- BERNAMA



0 comments:

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin
 

Nashfm Entertainment - Dunia Muzik Anda™ Copyright © 2009 - 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha