Anda Pelawat Ke

AMARAN : DILARANG MENCARUT
Sebarang Komen/Idea Sila Isi Borang Dibawah.

Sunday, September 06, 2009

Syarikat India minat beli BMW-Sauber




NEW DELHI – Sebuah konsortium India telah memohon untuk membeli BMW-Sauber, pasukan yang mencari sokongan kewangan baru selepas pembuat kereta Jerman BMW menarik diri dari perlumbaan Formula Satu (F1) hujung musim ini, kata laporan media tempatan semalam.

“Para pelabur India telah membuat permohonan untuk membeli pasukan BMW-Sauber,’’ akhbar Times of India memetik sumber tanpa nama semalam.

Akhbar itu berkata, perjanjian berasaskan pelaburan sekitar 50 juta euro (RM252 juta) dan akan melibatkan pelumba Switzerland, Neel Jani, yang ketika ini beraksi dalam perlumbaan siri A1 GP. Bapa pelumba itu berasal dari India.

India telah mempunyai pasukan sendiri dalam F1 menerusi hartawan penerbangan India, Vijay Mallya, namun tiada pelumba India yang beraksi di dalam F1 setakat ini.

Bulan lalu, prinsipal pasukan Mario Theissen berkata, BMW-Sauber telah menerima beberapa cadangan untuk menyelamatkan pasukan itu dan dia telah memberikan jawapan balas demi memastikan pasukan itu terus beraksi dalam F1 musim depan.

Theissen memberitahu wartawan menjelang Grand Prix Eropah di Valencia baru-baru ini, dia dan pengasas pasukan itu, Peter Sauber, yang mempunyai 20 peratus kepentingan, sedang menilai cadangan daripada pihak-pihak yang berminat.

“Memang ada beberapa pihak yang berminat dan kami sedang menilai cadangan dari beberapa individu,’’ katanya. – Reuters


0 comments:

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin
 

Nashfm Entertainment - Dunia Muzik Anda™ Copyright © 2009 - 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha