-
Sewaan PA System
Kami Menyediakan Kelengkapan PA System / Pengacara Majlis Bagi Program-program Acara Rasmi Seperti DJ Perkahwinan,Hari Jadi,Hari Keluarga dan Sebagainya.Untuk Pertanyaan Lanjut Hubungi Nash Di 017 7682588. [...]
-
Kumpulan Galapagos
Salam 1 Malaysia.. Hai kali ini nak share sikit story ttg Kumpulan Galapagos yg berasal dari Pulau Mutiara,Pulau Pinang. Semasa kehadiran saya ke Pulau Pinang pada awal bulan March yg lalu,saya mendapat album lagu dari Kumpulan Galapagos semasa melawat ke RTM Pulau Pinang atas undangan dari DJYY. [...]
-
Freelance Photographer
Khidmat Photographer turut disediakan di sekitar Johor,untuk maklumat lanjut boleh hubungi Encik Adzrin Taib. [...]
-
Dangdut Bollywood
Anda meminati lagu-lagu dangdut dan lagu-lagu hindi? Jangan lupa untuk bersama DJ Faizal dan DJ Manje setiap Jumaat jam 10.00 malam - 12.00 tgh malam dalam segmen Dangdut dan Bollywood di Rilek FM. [...]
-
Carta Retro
Bersama DJ Nash pada setiap Sabtu jam 10.00 malam hingga jam 12.00 tgh malam dalam Carta Retro Rilek FM. Sebanyak sepuluh buah lagu dipertandingkan dengan dua pencalonan lagu baru pada setiap minggu. Lagu yang menduduki anak tangga ke sembilan dan ke sepuluh akan terkeluar carta. Pastikan anda membuat undian untuk lagu-lagu pilihan anda dalam Carta Retro Rilek FM menerusi ruangan undian yang telah disediakan. Undian akan dibuka sejurus selepas tamat siaran Carta Retro dan akan ditutup pada Jumaat jam 6.00 petang. Para pendengar juga boleh mendengarkan prebiu lagu-lagu yang dipertandingkan di laman utama. Terima kasih atas sokongan anda. [...]
-
Azman Aziz
Salam 1 Malaysia.. Hai Kali Ini Nash Nak Promosikan Satu Album Terbaru Penyanyi Berasal Dari Kedah,Azman Aziz. Kalau Dengar Nama Azman Aziz Memang Ingatkan Artis Baru DiMalaysia Tetapi Bukan Kerana Azman Aziz Pernah Menyanyi Suatu Ketika Dulu Sekitar Tahun 1990 Bersama Kumpulan Trio AZMANWANAIDIL. [...]
Sunday, December 26, 2010
Tutorial SAM Broadcaster : Setup Encoders
0Thursday, October 14, 2010
Model Gantian Waja - Proton Inspira
0
Model Ganti Proton Waja
SHAH ALAM 12 Okt. – Model baru Proton yang namanya masih dirahsiakan, akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.
Terdapat tiga varian enjin MIVEC yang disediakan iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik.
Bermula Khamis ini, orang ramai yang berminat memiliki kereta yang dikenali sebagai model pengganti Waja ini boleh membuat tempahan di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.
Nama model kereta yang diberi nama kod P3-90A ini juga akan diumumkan esok yang dipercayai mendapat ‘inspirasi daripada nama tempatan,’ manakala pelancaran rasminya ke pasaran ialah pada 10 November ini.
Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan ‘pemanduan sebelah kanan Lotus’ untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.
Semalam, para pengedar Proton telah dibawa memandu uji kereta ini, manakala hari ini, sekumpulan wartawan pemotoran termasuk Utusan Malaysia telah memandu ujinya dari Pusat Kecemerlangan Proton di sini sehingga ke Genting Highlands.
Difahamkan, Proton meletakkan sasaran untuk menjual lebih 1,000 unit sebulan kereta ini dengan jangkaan versi 1.8 liter transmisi automatik bakal menjadi pilihan utama.
Berdasarkan penelitian Utusan Malaysia, terdapat pengubahsuaian minimum dibuat ke atas kereta ini iaitu pada bahagian jeriji depan dan bamper belakang berbanding Lancer.
Kereta ini disasarkan kepada pengguna Proton Waja dan Persona serta model-model jenama lain yang sekelas dengannya, yang mahu menaik taraf kepada kereta baru yang bergaya sport tetapi tetap sesuai untuk keluarga.
Proton kenakan syarat ketat mengenai penerbitan gambar kenderaan itu dalam akhbar dan gambar yang tersiar hari ini ditentukan oleh pengurusan syarikat itu sendiri.
Sumber - UTUSAN MALAYSIA.
Saturday, October 09, 2010
Siapa kata kereta PROTON tak bagus?
1
Orang suka bercerita tentang keburukan PROTON, kebanyakan orang Malaysia sendiri yang berbangga dengan kereta IMPORT (Orang berduitlah katakan, sanggup bayar 2 kali ganda dari harga sebenar). Tetapi ini sumber yang boleh dipercayai untuk dikongsi bersama anda semua. Sumber asal dari forum MKMU.net
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Assalamualaikum,
Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.
“Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je.. manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga.”
Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda… Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita jengok kat dalam…. Boleh nampak besi cair yang dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan 2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak… hanya kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy… 100% body dibuat di Malaysia.
“Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya.”
Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit. Naza, Perodua…. Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri… orang masih tidak percaya. Itu lah masalah orang kita… memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.
“Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada sekarang ni untuk masa akan datang.”
Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka… mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik… laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang… lama lama diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.
Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang…. Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton…. Milik Malaysia.
“Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je..”
Inilah susah orang kita ni…. Banyak mendengar cerita sensasi yang banyak ditaruk banyak rempah ratusnya….. Memang pada mulanya kita belajar… selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.
Saga – base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.
Iswara – base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK.
Wira – Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.
Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja…. Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu… orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia… Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer… hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai… Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.
Perdana – untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana…. Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.
Tiara – Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.
Waja – Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita… kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.
Gen2 – 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.
o Savvy – 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well…. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well… kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu… In fact. Kukuh. Saudara saudari… Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.
Lain lain – Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok… masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.
“Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya.”
Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info lah… kami masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.
“Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagi membolehkan impian ini tercapai.”
Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA)
Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la… siapa nak bagi kita pandai kan. Cuba check dekat Perodua, berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perodua…bekas Proton, Head of Styling…bekas Proton, Head of Planning…bekas Proton, Head of Production…bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services…bekas Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them… orang lain ambil cara senang je.
Naza pulak.. Head of R&D….bekas Proton. Head of Production…bekas Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan… Head dia pun bekas proton, Inokom… head dia pun bekas proton. Itu kira head je…bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets its objective untuk memajukan orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So… orang Proton tak bagus?
Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara… dari America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia. Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau…?
“Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja…”
Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja… buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara… berapa banyak kaki tangan Proton… 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton…100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu. Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota, nissan, honda? 0… Kosong.
Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai.
Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia. Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia… harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung.
Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu dengannya.
Saudara… Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh… Thailand membuka pintu mereka untuk industri automotif… tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea… cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea…susah. Sebabnya…
1. memang mereka patriotik. 2. Cuba pakai kereta import… Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka tentu banyak duit.
Jepun… Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu… nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia…. Kutuk lagi ada.
Saudara semua… kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi mahal… tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu… fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual… lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak.
Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?
Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar.
Errr…. Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.
Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.
Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta mereka… kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi. India… nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea… Kita nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik diaorang. Kita… apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya.
Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German…. Bukan tak boleh buat. Boleh… tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk kereta buatan Malaysia.
Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional… Proton sekurang-kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang…. Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton….. Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman… Perodua, Naza ambil.
Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar… sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.
Tapi bab support selepas jualan…. saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena…. Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen… proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit Myvi…. Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan Savvy… check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap je… test sendiri. Baru tau.
Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual…. Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear… swith to auto. Nak main ciluk-ciluk… switch to manual. Errr.. siapa kata kita guna tecnology 70an?
Dipetik dari halaman http://www.aidareez.com
Friday, September 24, 2010
Warning!!! Malware Attack!!!
0
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..
Wah baru2 ini semua laman blog diserang virus yg dipanggil Malware.Menurut sumber yg saya perolehi virus tersebut datangnya daripada negara jiran iaitu Indonesia yg cipta oleh cracker disana.Bagaimana virus tu merebak ia melalui sebuah iklan/banner 'innfity' dari Indonesia gak.Malah bukan sahaja blog2 biasa terkena jangkitan Malware,laman Tv3,Berita Harian,Kosmo dan lelain laman pun terkena serangan Malware.
Bahaya gak Malware ni kerana ia boleh merosakan semua sistem dalam pc/laptop anda apa bila anda terlalu kerap membuka laman yg diserang Malware jadi lau boleh jangan buka sgt laman/blog yg terkena Malware.Cara nak buang/hindari Malware ni senang je kena buang iklan/banner dari laman/blog anda sementara waktu serta pautan/link rakan2 anda.Bila kes Malware ni selesai baru lah letak balik iklan/banner.
Jadi kalau ada membuka laman/blog yg terkena Malware tu cepat2 lah update anti virus,update windows (kalau pirated OS maap le x dpt tlg) serta scan semua sistem melalui software anti Malware & etc.
Oklah ini jelah yg bisa ku kongsi pada rakan2 yg tak tahu pasal Malware,jadi sayangi pc/laptop anda dari serangan virus kerana bukan mudah nak memiliki pc/laptop dgn harga beriban2 ni...
Monday, September 20, 2010
Selamat Hari Raya Kekawan...
0
Assalamualaimum dan Salam 1 Malaysia.
Lama sungguh tak update blog ni maklum lah bz tolong kawan meniaga dibazar ramadan serta berDj sempena Raya Sale di Danga City Mall,Johor Bahru.
Nampaknya blog ni dapat dibuka kerana terkena malware dari logo atau link GengBlogger yg saya sertai tapi apa pun berjaya gak remove logo Gengblogger yg masih terselit kt halaman blog saya.
Malam ni saje je nk update blog ni nk kasik stastik naik (hehe) tp ada gak story2 yg tak sempat nak share terutamanya mengenai pemergian Pelakon dan Pelawak iaitu M.Rajoli yg telah meninggalkan kita baru2 ini serta pelakon dari Singapura iaitu M.Rafee.
Semalam ada juga terpandang wall artis Mentor 4 iaitu Nani menyatakan ibunda kepada juara Mentor 4,Mohd telah kembali kerahmatullah pada malam semalam.Ada gak cari info ttg Mohd ni tapi xde gak top story ttg pemergian ibunda Mohd.Kalau kata Nani tu betol xkan nak memaik lak kan?Apa pun sesama kita sedekahkan Al-Fatihah buat yg pergi dahulu dari kita termasuklah buat bonda dan ayahnda ku..Al-fatihah..
Oklah tukar cerita pasal raya 2010 lak...Kali ni raya mmg tak besh sungguh pasal kali pertama beraya tanpa mama dan kali kedua beraya tanpa abah...mmg x besh langsung smpikan rumah tak terurus jadinya gara2 semangat raya xde langsung..
Walau ada gak g shopping raya tp ia sementara je utk hilangkan rasa sedih pd diri ini...Pergi beraya pun alahai pun xde mood gak tp nk buat mcm mana kan dah naseb anak yatim piatu..
Tapi masih lagi sempat saya nk ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin pada kekawan yg mengenali terutama di blog,facebook,twitter,komuniti fungkur,komuniti rilek dan mana2 komuniti yg mengenali Dj Nash.
Baiklah jumpe lagi le bagi sesi update blog seterusnya...
Sunday, August 22, 2010
BEST1O4 Sensasi Selatan
0
Asalamualikum,Salam 1 Malaysia & Salam Bersuara.
Kali ini nak share sedikit ttg sebuah stesen radio swasta kormisel kedua di Malaysia dan radio swasta pertama ditempatkan di luar Kuala Lumpur,iaitu BEST1O4 dengan tagline "Sensasi Selatan".Sebenarnya ini adalah radio kesukaan saya tak kira dimana berada mahu pun dalam kereta,bas dan rumah tetap akan dengar radio ini.
Radio tersebut bersiaran secara 3 gelombang diseluruh Johor,kalau yg berada di Johor Bahru,Singapura dan juga Riau,Indonesia boleh godek dgn gelombang 104.1fm,bagi yang berada di utara Johor,Melaka dan Negeri Sembilan siaranya 94.8fm dan timur Johor iaitu Mersing,Pulau Tioman dan Pahang 102.5fm.Selain itu ada juga siaran utk warga Kuala Lumpur,Selangor,Putrajaya dan Selatan Perak.Siarannya adalah 104.1fm sama dgn Johor Bahru.
Jadi kalau ada yg sudi nak try dengar atau yg inginkan kelainan hiburan meh le dengar BEST1O4 ya dan dibawah ada info ttg BEST1O4 utk dikongsi bersama...
"Best 104 ialah sebuah stesen radio swasta kormisel kedua di Malaysia dan radio swasta pertama ditempatkan di luar Kuala Lumpur, iaitu di Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor, Malaysia. Slogannya ialah "Sensasi Selatan".
Ia memulakan pemancaran pada 1988 sebagai sebuah stesen utama untuk menyeragamkan rasa mendengar Sultan Johor. Ia digunakan untuk disiarkan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, tetapi pertandingan sengit dengan stesen swasta lain bersiaran dalam Bahasa Inggeris memaksanya untuk mengutamakan pendengar-pendengar Melayu. Penswastaannya bermula apabila ia membesarkan siarannya ke luar negeri asal Johor dan permulaan siaran sepanjang 24 jam pada 1996. Pada masa lalu, Best 104 ialah salah satu stesen dwibahasa lebih popular dengan pendengar di Singapura dan ibu negara Kuala Lumpur; persaingan keras dengan pendengar Bahasa Inggeris menyaksikan stesen itu menutup siaran Bahasa Inggeris pada 2001.
Fakta Menarik
- DJ Burhan Mohtarrudin, juga dikenali sebagai BBD, dianugerahkan sebagai penyampai di udara terpanjang di dunia selama 104 jam, dari 12:00 tengah malam 2 Oktober 2000 hingga jam 8:00 pagi 6 Oktober 2000.
- Best 104 ialah sebuah stesen radio yang hanya masih meneruskan pakej jingle ala-ala stesen radio Amerika sejak ia dilancarkan lagi."
SIARAN BEST1O4
104.1FM - JOHOR BAHRU,LEMBAH KLANG,SHAH ALAM,SELATAN PERAK,SINGAPURA & RIAU
94.8FM - UTARA JOHOR,MELAKA,NEGERI SEMBILAN DAN SEBAHAGIAN SELANGOR.
102.5FM - JOHOR TIMUR,PAHANG DAN PULAU BERHAMPIRAN.
Streaming Online: http://best104.smileyforum.net
Facebook: www.facebook.com/best104
Monday, August 16, 2010
Proton Waja Baharu.
2
Salam 1 Malaysia dan Salam ramadan.
Kali ini nak story sikit ttg model Waja baru yg akan dilancarkan pd november nanti.
Apa pun tahniah buat Proton yg mengeluarkan model baru utk rakyat Malaysia,apa pun mesti le bangga produk tempatan.
Oklah model Waja ni ada hasil kerjasana Proton dengan Mitsubishi.Walau ada pihak yg mengutuk model ni Proton ciplak tetapi anda silap sebenarnya.Ia adalah kerjasama dgn
Mitsubishi kerana model asalnya Lancer kurang sambutan atau tak laku dipasaran kerana model Lancer ni dijana enjin 2.0 yg mmg kuat makan minyak lps tu disertai dgn duty import yg mahal,cukai jalan yg mahal dan insuran yg mahal bagi kereta import.
Walaupun kita lihat model ini ada 100% dari Lancer atau Evo 10 tp ada beza pada bumper hadapan yg di design dari Proton dengan enjin 1.8 (kemungkinan Campro).
Tentu ada yg tertanya kenapa Mitsubishi jalin kerjasama dgn Proton?Sebenarnya kereta Proton mmg laris dipasaran di Asia terutama di Malaysia,Indonesia,Singapura,Thailand,Brunei,Australia,UK,Saudi Arab dan lain2 lagi yg membuat Mitsubishi merasa model Lancer ni ada penyambung tak lupus dari mata.Senang cerita mcm model Perodua adalah penyambung model dari Toyota dan Daihatsu yang dah lupus.
Saya harap ada pihak yg akan faham apa yg diterangkan oleh saya walau bukan kerja di Proton tapi adalah menyokong produk tempatan.Kalau boleh jangan lah menilai yg buruk2 dahulu kerana tak elok tu..Oklah peminat Exora mengundurkan diri.Jumpa lagi...
Sunday, July 18, 2010
ESET NOD32 AntiVirus 4.2.58.3
0
Antivirus | Antispyware
FACT: Surfing the web and using email is a part of daily life.
FACT: Criminals capitalize on this to their advantage, flooding the Internet with over 100,000 new attacks every day, in an effort to steal your identity or turn your computer into a "zombie" to launch email spam and other Internet crimes.
FACT: Over 70 million users worldwide trust ESET to defend themselves from these attacks.
ESET NOD32 Antivirus 4 is the most effective protection you can find to combat today's huge volumes of Internet and email threats. It provides comprehensive antivirus and antispyware protection without affecting your computer's performance.
Using advanced ThreatSense® technology, ESET NOD32 Antivirus proactively protects you from new attacks, even during the critical first hours when other vendors' products aren't aware the attack even exists. ESET NOD32 Antivirus detects and disables both known and unknown viruses, trojans, worms, adware, spyware, rootkits and other Internet threats.
ESET NOD32 Antivirus is also one of the fastest antivirus solutions, so fast you won't even notice it running. And it's both incredibly easy to use yet simple to tailor for your specific needs.
Key Benefits
Protection from the Unknown — Award-winning ThreatSense technology uses multiple layers of threat detection to deliver the most effective protection possible against new attacks. And ThreatSense is smart; it raises far fewer annoying "false alarms" than any other products that use heuristics.
Finds Malware Other AV Companies Missed — Typically when a new copy of ESET NOD32 replaces another antivirus product on a home computer the average user finds viruses or malware resident on the machine that were undetected by their previous antivirus product.
Built for Speed — ESET NOD32 Antivirus is lightning fast, so fast you won't even notice it's there. Even disk-intensive operations like performing a "full disk scan" to run smoothly in the background while you work or play.
Easy on Your System — ESET NOD32 Antivirus is "lean and mean," typically using just 44 MB of memory, a fraction of what other products consume. Because it's fast and "light," upgrading your existing antivirus protection to ESET NOD32 Antivirus can literally be like buying a new computer. And the new automatic energy-saving battery mode lets you work or play longer.
Easy on You — ESET NOD32 Antivirus is easier to use than ever before. From its compact and intuitive user interface to its minimal use of alerts, you'll be up and running in a snap.You will receive the best possible proactive detection against malware, without enduring excessive system slowdowns and alerts, reboots or annoying false alarms.
What's New
Smarter Scanner — Threats don't always enter your network in ways you expect. ESET NOD32 Antivirus inspects SSL-encrypted communication channels like HTTPS and POP3S and intelligently scans compressed files to find hidden threats other products miss. Proactive protection begins at the earliest point in system startup to ensure your computer is always secure.
Clean and Safe Email — Email scanning for Microsoft Outlook, Outlook Express, Mozilla Thunderbird, Windows Live Mail, Windows Mail, and other POP3/IMAP mail clients, ensuring your email is free of viruses and other threats.
Removable Media Security — Threats can enter your PC from removable media such as USB thumb drives. For self-running media, ESET NOD32 Antivirus scans autorun.inf and associated files when the medium is inserted, in addition to scanning any file on any removable device when it is accessed, or during a full-scan of the media. Power users can adjust ESET NOD32 Antivirus to perform additional levels of scanning on removable media.
System Tools — ESET SysInspector and ESET SysRescue simplify diagnosing and cleaning of infected systems by allowing deep scans of system processes to find hidden threats, and creating bootable rescue CD/DVD or USB drives to help you repair an infected computer.
Self Defense — ESET NOD32 Antivirus has built-in technology to prevent malicious software from corrupting or disabling it, so you can rest assured your system is always protected.
Many Usability Improvements — ESET NOD32 Antivirus has numerous speed, security and usability upgrades.
Energy-saving battery mode extends laptop battery life without compromising security
Advanced Protection Status screen informs you of threat detections
Information pop-ups are hidden when running full screen applications like games, video players or presentations
Password protection prevents ESET NOD32 Antivirus from being uninstalled by strangers
New interface and keyboard shortcuts simplify use for visually impaired users
System Requirements
Processors supported: Intel or AMD x86/x64
Operating Systems: Microsoft Windows 2000, Microsoft Windows XP (32-bit and 64-bit editions), Microsoft Windows Vista (32-bit and 64-bit editions), Windows 7 (32-bit and 64-bit editions)
Memory: 48 MB
Disk Space (download): 30 MB
Disk Space (installation): 40 MB
Microsoft® Windows® 7/Vista/XP/2000 (PC User 32-bit) - Download
Microsoft® Windows® 7/Vista/XP/2000 (PC User 64-bit) - Download
*Trial Version