Anda Pelawat Ke

AMARAN : DILARANG MENCARUT
Sebarang Komen/Idea Sila Isi Borang Dibawah.

Tuesday, December 29, 2009

Pemandu Bas Sani Express Mengaku Tidak Bersalah Minta Dibicarakan?!

0



Salam 1 Malaysia..
Kenapa tiba2 tajuk utama blog ini memaparkan "Pemandu Bas Sani Express Mengaku Tidak Bersalah Dan Minta Dibicarakan"?.
Tadi ditv keluar berita mengenai pemandu yang minta dibicarakan mengenai kemalangan yang berlaku baru2 ini pada hari Sabtu yang lalu mengakibatkan kematian seramai 10 orang berhampiran Tol Jelapang,Ipoh,Perak.
Pada petang ini harap topik ini tiada nak aibkan siapa2 atau nak menuduh atau tunjuk silap siapa2.Apa pun kemaafan dimulakan dahulu.
Topiknya adalah "Pemandu Bas Sani Express Mengaku Tidak Bersalah Minta Dibicarakan?! Dimanakah Kesilapan Itu?Adalah Pemandu Atau Takdir?Atau Berlaku Gangguan Dari Makhluk Aneh?"
Kalau korang ada Pandangan atau Komen mari kita kongsikan bersama.



Sunday, December 27, 2009

Laman Playlist

0


Salam 1Malaysia.
Kali ini nak paparkan laman Senarai Lagu Dj Nash untuk pendengar yang ingin melihat lagu apakah yang anda ingin membuat permintaan.
Laman Playlist Dj Nash



Wednesday, December 23, 2009

Remove WGA(Windows Genuine Advantage)

0

Pernah tak PC/Laptop anda terkena Windows Genuine Advantage terutama yang mengunakan OS XP piret apabila anda update OS tersebut?
Ok kali ni ada cara nak buang...
Download Remove WGA
Lepas tu korang ikutlah caranya...
Selamat mencuba.



Monday, December 21, 2009

Gema Zafana Di Istana Budaya

0



MUNGKIN tidak ramai yang mengetahui irama zapin yang cukup popular dan sinonim di negeri Johor mempunyai pelbagai variasi alunan nadanya selepas hampir 500 tahun ia diperluaskan oleh para pedagang dari Timur Tengah.

Sehingga kini terdapat lebih 14 jenis alunan zapin yang berbeza latar rentaknya yang kebanyakannya dikutip daripada pelbagai daerah di Johor sehingga menjadikannya unik dan semakin diterima ramai termasuklah oleh generasi muda.

Ekoran sambutan itu, Pengarah Yayasan Warisan Johor, Jama Johan berkata, pihaknya akan mementaskan lagu-lagu zapin menerusi persembahan Gema Zafana 2009 yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur 26 hingga 29 Disember ini.

Menurut beliau, pementasan kali ini merupakan kesinambungan daripada Persembahan Gema Zafana - Sebuah Persembahan Zapin Johor yang mereka anjurkan di IB pada 3 hingga 7 Disember 2004.

"Persembahan ini diadakan semula selepas lima tahun kejayaan pementasan itu yang terbukti mampu menarik perhatian bukan sahaja golongan dewasa tetapi juga remaja. Cuma bezanya, lima tahun lalu ia dijayakan oleh Datuk Siti Nurhaliza dan Azlee Senario sebagai artis utamanya.

"Sementara untuk persembahan kali ini kami akan menampilkan persembahan Datuk Rahim Razali, Ramli Sarip dan Azlina Aziz sebagai artis undangan. Pada persembahan itu, kita akan persembahkan lebih 14 jenis irama zapin yang didatangkan khas dari Johor," katanya di IB baru-baru ini.

Pada sidang akhbar pementasan Gema Zafana 2009 itu, Jama menjelaskan, kepelbagaian irama zapin yang akan diketengahkan itu mampu memikat hati para peminat lagu-lagu tradisional dan irama Malaysia yang terus bertahan sehingga kini.

Malah, beliau yang juga penerbit Gema Zafana 2009 yakin persembahan irama lagu-lagu zapin yang semakin berkembang dari semasa ke semasa bukan setakat diminati oleh masyarakat Melayu di Johor tetapi ia juga mudah dihayati oleh pendengar bukan Melayu.

"Jangan terkejut kalau saya katakan ramai orang Cina dan India di Johor yang meminati lagu-lagu zapin. Mereka bukan sahaja boleh menyanyikan lagu-lagu zapin tetapi turut menari tarian tersebut. Ramai yang kurang menyedari bahawa lagu-lagu zapin amat pelbagai dan sesuai untuk semua golongan pendengar.

"Sehingga kini Yayasan Warisan Johor berjaya memugar, menghimpun dan mengiktiraf sebanyak 14 variasi zapin menerusi kaji selidik yang dijalankan oleh Bahagian Pengembangan Budaya, Yayasan Warisan Johor di daerah-daerah di seluruh Johor sejak tahun 1996," jelasnya.

Antara jenis zapin yang akan dipersembahkan pada Gema Zapin 2009 ialah Zapin Pekajang, Zapin Tenglu, Zapin Kores, Zapin Lenga, Zapin Putar Alam, Zapin Mahpom, Zapin Seri Bunian, Zapin Pak Lipat dan Zapin Duyung.

Jipin, Jepin, Dana atau Zafin merupakan gelaran-gelaran yang sama bagi tarian zapin di mana berdasarkan sejarah ia telah di bawa oleh para pedagang Islam dari Parsi, India dan Semenanjung Arab mula mengasimilasi dalam Alam Melayu dari abad ke-16 hingga 19.

Untuk persembahan Gema Zafana 2009, Yayasan Warisan Johor sekali lagi akan menggunakan khidmat On Jaafar selaku Pengarah Persembahan Artistik, manakala Jaffar Abdul Rahman (Jari) pula bertindak sebagai Pengarah Muziknya.

Jelas On Jaafar, pementasan kali ini cukup berbeza daripada lima tahun lalu dan beliau menjangkakan ia lebih meriah dengan rangkuman pelbagai elemen termasuklah suntikan kontemporari bagi berjalan seiring dengan trend serta keperluan semasa.

"Pementasan kali ini lebih besar iaitu dengan menampilkan kira-kira 250 peserta hasil gabungan artis-artis budaya Yayasan Warisan Johor, kumpulan Swatari, Duaspace Dance Theatre selain tiga artis undangan kami iaitu Datuk Rahim Razali, Ramli Sarip dan Azlina Aziz.

"Walaupun Datuk Rahim bukan penyanyi tetapi beliau akan melakonkan sketsa yang disulami dengan alunan lagu dan tarian zapin. Turut mewarnai persembahan itu nanti ialah seramai 40 penari dan pemuzik daripada Yayasan Warisan Johor," katanya.

Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani pula berkata, persembahan Gema Zafana 2009 merupakan salah satu tanggungjawab sosial panggung bertaraf dunia itu dalam mempromosikan seni budaya tempatan.

Katanya, IB berharap pementasan yang bertunjangkan seni dan budaya warisan bangsa itu akan mendapat sambutan sama seperti persembahan kontemporari atau komersial yang banyak mereka anjurkan selama ini.

"Kita berharap agar sambutan kali ini sama atau lebih hebat lagi daripada pementasan lima tahun yang lalu. Kalau sambutannya bagus, tidak mustahil kita akan sambung waktu pementasannya kelak," ujarnya penuh optimis.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut berhubung pementasan Gema Zafana 2009 sila hubungi talian 03-40265635 atau layari laman sesawang www.istanabudaya.gov.my

- Utusan


Friday, December 18, 2009

Layari Facebook Dengan Fishbowl.

0



Kalau anda selalu melayari Facebook mengunakan browser seperti IE,Mozilla,Google Chrome dan sebagainya tentu biasa je kalau kita guna tp kali ini apa kata cuba guna Fishbowl.
Ia mcm browser utk Facebook je tp tertakluk pd kelajuan pc anda kerana ada kala akan berlaku hanging atau lmbt loading.
Kalau nk cuba apa kata download disini >> Download Fishbowl



Thursday, December 17, 2009

Malaysia Juara Bola Sepak Sukan Sea 2009.

0

Tahniah Buat Pasukan Bola Sepak Malaysia Atas Kemenangan Mengalahkan Vietnam Dengan Jaringan 1 Gol Dan Penantian Selama 20 Tahun Telah Tercapai Pada Tahun 2009 Ini.
Tahniah Dan Malaysia Boleh!!!!



Siaran langsung Perlawanan Akhir Bolasepak Sukan SEA jam 6 petang Khamis 16 Disember

0

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea XXV, Laos antara Malaysia dan Vietnam, Khamis ini - 16 Disember.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya berkata, siaran itu yang ditaja oleh Telekom Malaysia, akan dapat ditonton menerusi TV2 dan dijangka bermula pada 6 petang.

"Bagaimanapun waktu siarannya tertakluk kepada pukul berapa perlawanan dimulakan," katanya pada sidang akhbar di Angkasapuri hari ini untuk mengumumkan program Rentak Juara-Rhythm of Champions 2010.

Malaysia melayakkan diri setelah mengalahkan tuan rumah Laos 3-1 dalam perlawanan separuh akhir malam tadi manakala Vietnam menundukkan Singapura 4-1.

Perlawanan akhir itu nanti memberi peluang kepada Malaysia menebus kekalahan 1-3 kepada Vietnam di peringkat kumpulan.


- BERNAMA



Sunday, December 06, 2009

Remy Ishak Dibelasah

0



Entah apa sebabnya tetapi pelakon paling hangat ketika ini, Remy Ishak dilaporkan Utusan Malaysia hari ini - 'Remy cedera dipukul sekumpulan lelaki' - telah dibelasah sekumpulan tujuh orang lelaki semalam.

Kejadian itu berlaku di perkarangan Istana Budaya, di mana Remy sedang menjayakan pementasan teater 'Natrah'. Dia dikatakan bengkak di muka dan kaki selepas ditumbuk dan ditendang lelaki-lelaki tersebut.





Blog Widget by LinkWithin
 

Nashfm Entertainment - Dunia Muzik Anda™ Copyright © 2009 - 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha