Anda Pelawat Ke

AMARAN : DILARANG MENCARUT
Sebarang Komen/Idea Sila Isi Borang Dibawah.

Saturday, October 31, 2009

Scoor - Bila Hati Dah Sayang

0




Bila hati sudah sayang
Semua menjadi indah
Marah bagaikan gurauan
Bencimu tak kudendami
Apalagi senyumanmu
Ku terbayang kala rindu

Tidak perlu kujelaskan
Apa yang aku inginkan
Berkasih biarlah satu
Bercinta setia di hati
Hanya itu yang kuharap
Moga hatikan bersatu

Sepenuh rindu hatiku merindu
Debunga cinta penuh di jiwa
Terlalu payah nak ku melupakan
Bila hati sudah sayang
Aku jadi gila bayang
Memuja bulan bintang yang membisu

Entah apa lagi kuluahkan
Untuk ku menyatakan cinta
Setengah nyawaku menahan

Mabuk cinta sakit cinta
Rindu makin menyesak
Namun orang yang di sayang
Diam bersahaja

Usah bermain rasa jika hanya menduga
Nanti tersentuh hati pedih menyeksa diri
Dengarkanlah rayuanku
Berikanlah kasih sayangmu


Friday, October 30, 2009

Anda penggemar sayur kangkung? Baca ini

0

Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda.

Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea. Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarheanya tidak sembuh.

Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.

Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.

Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya.

Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.

Dr. Nor ni Abdullah
Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Sumber - My Adha


Thursday, October 15, 2009

Terkini : Konsert Black Dog Bone Di Johor Bahru

0

MAKLUMAT AM KONSERT
Tajuk Konsert : Malam Kenangan Bersama Black Dog Bone2009
Atis Utama : Black Dog Bone
Atis Undangan : Jay Jay
Tarikh Pertunjukan : 31hb Oktober 2009
Hari : Sabtu
Masa Pertunjukan : 8.30 malam – 11.30 malam
Tempat : Johor, Persada International Convention Centre
(Sebelah Hotel Puteri Pacific)
Durasi Persembahan : 120 minit
Harga Ticket : $30, $70, $100, VIP $120 (Dollar Singapura)
Jualan Ticket : SISTIC – Telefon 63485555 atau www.sistic.com.sg
Bilangan Pertunjukan : 1 malam
Pengajur & Pernerbit : Offshore Entertainment Production Pte Ltd
Dengan Kerjasama : Lifestyle 7 Pte Ltd




Wednesday, October 14, 2009

Dalam Kenangan : Ayahnda dan Bonda Ku

0



Dalam Kenangan : Awang bin Ali @ Md Ali - 16 Julai 2009 & Maimunah Binti Mohd - 8 Oktober 2009...
Al-Fatihah...



Monday, October 12, 2009

Bas Ekspress Terbaru JB - Pontian - JB

0




Kali Ini Nak Citer Pasal Bas Terbaru Dari Maju Yang Baru Beli Dari Taiping.Lawa Sungguh Bas Ini Sbb Blh Dikatakan Ekslusif Kali Ini Kerna Dengar Khbr Maju Nak Kembali Dengan Perjalanan Jauh..Tapi Gambar Ini Adalah Bas Ekspress Yang Aku Selalu Naik G Kerja...

















Thursday, October 08, 2009

Saya Kehilangan Insan Tersayang...Mama Saya

0

Siang td pd waktu tghr terkejot terima call dari adik suruh pulang segera kerana mama saya dh tiada..Mmg x percaya sbb pg tu smpt sarap sama mama sbb dia grgkan kentang sama nugget dan buat kan teh o panas utk saya utk alas perut g kerja...
Bila smpi rumah,mama dh terkaku diatas tilam kerana jatuh dibilik air sewaktu nak mandi tghr..Mmg x percaya masa tu mama blh jatuh sbb adik ada kt dapur..
Apa pun saya relakan pergian mama utk bersama abah disana..Along akan sentisa igt pesanan nasihat abah dan mama...



Monday, October 05, 2009

Dalam Kenangan : Al - Fatihah Buat Cik FBI

0



Salam Takziah Buat Keluarga Cik FBI Iaitu Salah Seorg Peminat Radio Internet Rilek FM Yang Telah Pergi Meninggalkan Kita Semua Pada Hari Selasa Yang Lalu Akibat Satu Kemalangan Jalanraya Di Sungai Dua,Pulau Pinang.Bagi Yang Mungkin Mengenali Allahyarhamah Dan Mungkin Baru Mendapat Berita Ini Sama-Sama Kita Sedekahkan Al-Fatihah Buat Allahyarhamah...Al-Fatihah..



Thursday, October 01, 2009

Gempa bumi lagi

0

Wilayah Sumatera Barat, Indonesia digegarkan gempa berukuran 7.9 skala Richter menyebabkan sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh.
Gegaran memusnahkan bangunan, ratusan rumah, hotel, jambatan dan menyebabkan kebakaran di bandar Padang.
330 pelajar Malaysia di Padang selamat.
Orang ramai di sekitar Lembah Klang, Melaka dan Johor Bahru mengosongkan bangunan tinggi ekoran gegaran gempa bumi itu.
Pada masa sama, ribut merosakkan lebih 100 buah rumah masing-masing di pesisir pantai Kelantan dan Terengganu.
Seorang remaja perempuan maut ditimpa pokok di Pantai Kemayang, Bachok dan empat parah di Pengkalan Chepa. Sebanyak 10 rumah turut rosak di Kepala Batas.
Lima kampung di Tembeling Tengah, Jerantut dilanda hujan air batu sebesar penumbuk.
Di kepulauan Samoa dan Tonga, sekurang-kurangnya 113 orang terkorban akibat tsunami berpunca daripada gempa bumi kuat di Lautan Pasifik awal pagi ini.

JAKARTA 30 Sept. – Indonesia sekali lagi dilanda gempa bumi kuat, kali ini wilayah Sumatera Barat digegarkan dengan gempa berukuran 7.9 pada skala Richter menyebabkan sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh dan beratus-ratus rumah musnah.

Bencana tersebut dilaporkan turut menyebabkan kebakaran di bandar Padang dan bekalan elektrik terputus mengakibatkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Gempa yang berpusat di Kilometer 57, Padang Pariaman dengan kedalaman 87 kilometer di bawah laut itu dilaporkan berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (pukul 6.16 petang waktu Malaysia), 53 kilometer ke barat laut bandar Padang.

Gempa di Sumatera Barat itu berlaku hampir sebulan selepas Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat digegarkan dengan gempa kuat yang mengorbankan 123 orang.

Ia juga berlaku selang sehari selepas gempa kuat menggegarkan Lautan Pasifik yang mencetuskan tsunami di kepulauan Samoa, American Samoa dan Tonga awal pagi ini menyebabkan 113 orang terkorban, manakala 50 yang lain cedera dan berpuluh-puluh lagi dilaporkan masih hilang.

Gempa di Lautan Pasifik tersebut mencetuskan ombak setinggi 4.5 hingga 6 meter menyebabkan banyak kampung di kepulauan tersebut musnah atau ditenggelami air dan ramai pekerja hilang di sebuah taman negara di American Samoa.

Di Sumatera Barat, pasukan mencari dan menyelamat dari Medan, Aceh, Palembang dan Pekanbaru telah dikerahkan ke lokasi gempa membawa peralatan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.

Sementara itu, televisyen tempatan melaporkan jalan di Kota Padang terputus sama sekali dan bekalan elektrik serta komunikasi juga terputus.

Sumatera Barat dilanda gempa kedua berukuran 6.2 pada skala Richter pada pukul 5.38 petang yang turut menggegarkan kawasan Pariaman di kedalaman 110 kilometer dari dasar laut.

Reuters melaporkan gempa menyebabkan sejumlah rumah dan jambatan rosak serta berlaku kebakaran di Padang.

“Ratusan rumah rosak sepanjang jalan. Juga ada kebakaran, jambatan terputus dan kepanikan luar biasa terjadi kerana paip air bocor sehingga membanjiri jalan,” ujar seorang saksi.

Pusat Peringatan Tsunami Pasifik sebelum itu telah mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Thailand, Malaysia dan India, tetapi kemudiannya menarik balik amaran tersebut.

Agensi berita AFP yang memetik jurucakap Jabatan Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Rahmat Triyono berkata, beberapa buah hotel di Padang dilaporkan turut musnah.

“Pada masa ini kami tidak dapat menghubungi Padang kerana komunikasi terputus sama sekali," kata Rahmat.

Di Jakarta yang terletak kira-kira 950 kilometer dari lokasi kejadian turut dirasakan gegaran tetapi tidak sekuat gempa yang melanda Tasikmalaya awal bulan ini.

Gegeran akibat gempa tersebut turut dirasai di bangunan-bangunan tinggi di Malaysia termasuk di ibu negara, Kuala Lumpur.

Indonesia terletak di kawalan lingkaran gunung berapi dan Aceh sendiri pernah dilanda gempa dan tsunami pada 2004 yang mengorbankan 220,000 orang. – Utusan




Blog Widget by LinkWithin
 

Nashfm Entertainment - Dunia Muzik Anda™ Copyright © 2009 - 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha