Anda Pelawat Ke

AMARAN : DILARANG MENCARUT
Sebarang Komen/Idea Sila Isi Borang Dibawah.

Monday, August 31, 2009

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!

1



Syukur Malaysia Telah Menyambut Kemerdekaan Ke 52 tahun dan Disambut Pelbagai Kaum Dengan Tema Kali Ini 1 Malaysia.1 Malaysia Bermaksud Agar Seluruh Rakyat Malaysia Bersatu Padu Tak Kira Apa-Apa Kaum Dari Melayu,Cina,India dan Macam2 Untuk Mengeratkan Perpaduan Agar Malaysia Gemilang Diseluruh Dunia Apabila Gagasan 1 Malasyia Diutamakan.
Salam Kemerdekaan Buat Semua Rakyat Malaysia...

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!



Menjelang Hari Raya?

0



Salam ramadhan pada semua umat islam yg menyambuat ramadhan 1430 hijrah...
Kali ni ada sikit topik nk buka pada semua blogger mengenai pendengaran lagu-lagu raya.Agak2 bilakan lagu2 raya patut disiarkan dimana2 stesen radio berlesen atau radio online atau tempat2 awam? Buat masa ini ada juga mereka yg dh siarkan lagu2 raya terlalu awal... Kalau ada sebarang komen silalah komen ya...
Sekian...

Mana lagu pilihan kalbu anda? Komen disini...


1. Heaty Koes endang - Bulan Puasa (4:33)
2. Siti Nurhaliza,Noraniza Idris,New Boyz & Aqasha - Nikmat Hari Raya (3:55)
3. Hasnol - Lebaran Walfa'izin (3:43)
4. M.Nasir - Salam Dunia (4:12)
5. Instrumental Raya - Instrumental Raya (2:46)
6. Ahmad Jais - Selamat Hari Raya (2:35)
7. Artis EMI/Yeh!Yeh! Hari Raya! - Lebaran Ini (4:28)
8. Exists - Bila Takbir Bergema (3:08)
9. Handy Black - Cahaya Aidilfitri (3:55)
10. Iwan & Amelina - Hari Ini Hari Raya (4:26)
11. Jalil Hamid - Nikmat Hari Raya (4:02)
12. Liza Hanim - Ku Pohon Doa Di Hari Raya (4:06)
13. Mazleela - Selamat Hari Lebaran (4:31)
14. New Boyz,Sofaz,Lips & Saidatul Erma - Manis-Manis Lebaran (4:54)
15. Saloma - Aidilfitri Hari Mulia (2:36)
16. Sudirman - Selamat Hari Raya (3:06)
17. Sharpshooter - Suasana Hari Raya (4:21)
18. Siti Nurhaliza - Air Mata Syaw - Siti Nurhaliza - Air Mata Syawal (4:58)
19. Spider - Satu Hari Di Hari Raya (3:54)
20. Sudirman - Balik Kampung (3:35)
21. Uji Rashid - Doa Di Hari Mulia (3:43)
22. Zaiton Sameon - Lebaran Yang Mulia (3:53)
23. Zalifah Ibrahim & M Shariff - Hari Raya (2:50)
24. Zamani - Takbir Memecah Hening (4:33)
25. VA - Takbir Raya (1:07)
26. Nassier Wahab, Elly Mazlein & Fiffy Natasha - Sketsa Di Pagi Raya (3:28)
27. Shidee, Othman Hamzah, Nassier Wahab, Lan Kristal, Elly Mazlein, Leez & Fiffy Natasha - Kenangan Di Pagi Lebaran (4:32)
28. M Nasir - Satu Hari Di Hari Raya (3:11)
29. Kristal - Cahaya Aidilfitri (3:48)
30. Elly Mazlein - Selamat Berhari Raya (3:35)
31. Nassier Wahab - Dendang Perantau (2:54)
32. Wann - Aidilfitri (3:49)
33. Mamat (Exist) - Ku Pohon Restu Ayah Bonda (2:47)
34. Kristal - Bondaku Yang Jauh Di Mata (4:31)
35. Nassier Wahab - Menjelang Hari Raya (3:31)
36. Sanisah Huri - Aidilfitri (3:40)
37. Saloma - AidilFitri (2:37)
38. Aishah - Air Mata Syawal (4:05)
39. Aishah - Lenggang Mak Limah (4:08)
40. Al Jawaher - Ku Pohon Restu Ayah Dan Bonda (2:49)
41. Al Jawaher - Mohon Padanya Sujud Padanya (3:25)
42. Al Jawaher - Selamat Hari Raya (3:28)
43. Al Mizan - Rahmat Aidilfitri (4:06)
44. Al Mizan - Selamat Berhari Raya (3:51)
45. Al Mizan - Tanganku Hulur Maaf Kupinta (3:21)
46. 2 By 2 & Liza Hanim - Berbaju Merah Jambu (2:53)
47. Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang (3:33)
48. Siti Nordiana & Achik - Bersyukur Di Hari Raya (4:13)
49. Siti Nurhaliza - Bila Raya Menjelma (4:40)
50. Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema (2:40)
51. Black Dog Bone - Cahaya Di Hari Raya (3:43)
52. Al-Mizan - Dari Jauh Ku Mohon Maaf (3:30)
53. dR Sam - Esok Hari Raya (3:54)
54. Malek Ridzuan - Ewah Ewah Hari Raya (5:06)
55. Noor Kurmalasari - Gembira DiHari Raya (3:05)
56. Othman Hamzah - Gembira Bersama Di Hari Raya (1:58)
57. Ideal Sisters - Hari Raya Hari Bahagia (2:47)
58. Sweet September - Hari Raya Tetap Tiba (3:55)
59. Sheila Majid - Hari Yang Mulia (4:28)
60. Siti Nordiana & Syura - Siti Nordiana & Syura - Hari Ini Hari Raya (4:19)
61. Zaleha Hamid & Sudirman - Inang Di Aidilfitri (3:29)
62. Iwan & Amelina - Hari Ini Hari Raya (4:32)
63. Aman Shah - Kepulangan Anakku (3:47)
64. Feminin - Kurniaan Dihari Raya (3:22)
65. Jamal Abdillah & Saleem - Lambaian Aidil Fitri (4:29)
66. Halil Chik & Trio Manja - Lenggang Mak Limah (3:24)
67. Sharifah Aini - Minal Aidil Wal Faizin (4:50)
68. Jeffrydin - Musafir Di Hari Raya (4:52)
69. Siti Nurhaliza - Nazam Lebaran (5:39)
70. New Boyz - Selamat Hari Raya (4:00)
71. Nico - Nico Berhari Raya (4:24)
72. Sharifah Aini - Nostalgia Aidilfitri (5:49)
73. Ramlah Ram - Hari Raya Hari Bahagia (2:57)
74. Awie - Raya Yang Sempurna (5:36)
75. S. Jibeng - Menjelang Hari Raya (3:16)
76. Krisya - Satu Hari Di Hari Raya (3:46)
77. Nyanyian Ramai/Bersama Di Aidilfitri - Selamat Hari Raya (3:30)
78. Ramlah Ram - Selamat Hari Lebaran (3:47)
79. Rafeah Buang - Selamat Berhari Raya (3:42)
80. Senario - Seminggu Di Hari Raya (2:58)
81. Senario - Puasa dan Raya (3:53)
82. Sweet Charity - Seri Hari Raya (3:27)
83. Amy Mastura - Setahun Sekali (3:55)
84. P.Ramlee - Suara Takbir (2:44)
85. Artis Sonu Music/Raya - Suasana aidilFitri (4:42)
86. Nora - Suasana AidilFitri (4:04)
87. Maz - Suasana Hari Raya (2:21)
88. Junainah M.Amin - Suasana Riang Di Hari Raya (3:14)
89. Ujang - Syahdu Di Pagi Raya (4:18)
90. Saidatul Erma - Syahdu Lebaran (3:56)
91. 4U2C - Takbir Bergema (4:31)
92. Siti Nurhaliza - AidilFitri Di Alaf Baru (4:18)
93. Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri (3:52)
94. Artis AKSB Personaliti TV3 - Selamat Hari Raya (4:17)
95. Amy Mastura - Bersama Di Hari Raya (4:39)
96. Black Dog Bone - Cahaya AidilFitri (3:43)
97. Cenderawasih - Bersama Di Hari Raya (2:39)
98. D.J. Dave - Menjelang Hari Raya (3:24)
99. Ahmad Jais - Dari Jauh Kupohon Maaf (3:35)
100. Jalil Hamid - Dendang Hari Raya (4:02)
101. P. Ramlee - Dendang Perantau (2:44)
102. Aznil Hj. Nawawi - Fajar Di Pagi Raya (3:55)
103. Various Artist - Gembira Di Hari Raya (5:09)
104. Jay Jay - Hari Raya Bahagia (3:22)
105. Raihan & NowSeeHeart - Hari Raya Untuk Semua (3:05)
106. Lips - Hari Yang Mulia Hari Bahagia (4:24)
107. Azlina Aziz - Indahnya Beraya Di Desa (4:34)
108. A To Z - Iyo Ko...Esok Raya (4:31)
109. Ally Noor & Mastura - Jangan Main Mercun (4:23)
110. Feeza & Harun Salim Bachik - Joget Lemang Dan Rendang (3:05)
111. Jamal Abdillah - Maafkan Segala Keterlanjuran Di Adilfitri (4:25)
112. Eddynor Ali - Manusia Miskin Kaya (2:36)
113. Siti Nurhaliza - Meriah Suasana Hari Raya (4:45)
114. M.Nasir ft Al-Jawaher - Perjalanan (3:38)
115. Senario - Puasa & Raya (3:51)
116. Asha Malik - Pulang Di Hari Raya (2:56)
117. Aishah - Pulanglah (4:29)
118. Jalil Hamid - Raya (3:58)
119. Nurul - Rindu Syahdu Di Hari Raya (4:46)
120. Ajai - Rindu Di Aidil Fitri (4:42)
121. Spider - Rindu Raya (3:46)
122. Saloma - Selamat Hari Raya2 (2:37)
123. Raihan & NowSeeHeart - Satu Pagi Di Hari Raya (4:10)
124. 2 By 2 - Sederhana Dihari Raya (4:28)
125. Rahimah Rahim - Selamat Hari Raya (3:31)
126. Hattan - Selamat Datang Sayang (4:25)
127. Fazidah Joned - Selamat Hari Raya (2:35)
128. Hail Amir & Uji Rashid - Seloka Hari Raya (2:58)
129. Dayang Ku Intan - Senandung Hari Raya Untukmu (3:26)
130. Kairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru (4:18)
131. Fazley - Seribu Kemaafan (3:40)
132. Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran (4:04)
133. Amy Mastura - Setahun Sekali (4:01)
134. Sharifah Aini - Suasana Hari Raya (2:25)
135. Anuar & Ellina - Suasana Hari Raya (3:41)
136. Slam - Suasana Hari Raya (3:48)
137. in-team feat UNIC - Zapin Hari Raya (5:39)
138. Aliff Aziz - Suasana Hari Raya (3:38)
139. Amy Search - Manusia Miskin Kaya (3:11)
140. Anis Suraya - Bila Takbir Bergema (2:42)
141. Anuar Zain - Bersabarlah Sayang (3:57)
142. Siti Nurhaliza, Noraniza & New Boys - Nikmat Hari Raya (3:53)
143. Awie - Selamat Hari Raya (3:19)
144. Awie/Ziana Zain - Sensasi Hari Raya (3:21)
145. Iklim - Bersabarlah Sayang (4:27)
146. Jamal Abdillah - Dari Jauh Ku Pohon Maaf (4:25)
147. Khai,Zahid,Mawi,Faizal & Mila - Wal Hidayah Aidilfitri (3:45)
148. Mawi - Ku Pohon Restu Ayah Bonda (4:12)
149. M. Nasir - Musafir Di Hari Raya (6:08)
150. Siti Nurhaliza - Suara Takbir (2:44)
151. Ziana Zain - Saat-saat Aidilfitri (3:45)
152. Ziana Zain - Suara Takbir (4:08)



Radhi OAG Akur Pada Permintaan Isteri

0



Sebulan selepas 'drama' perang mulutnya dengan isteri, Shazlin Shariff di perkarangan mahkamah syariah - sehingga terkeluar kata-kata biadap dan berakhir dengan Shazlin pergi menitiskan air mata - kata Radhi, perhubungan mereka semakin pulih walaupun masih agak renggang.
Ceritanya, dia sedang menunggu peluang untuk berjumpa dan berbincang dengan Shazlin tentang kes mereka. Sudahpun merangka satu draf 'settlement', diharapnya proses penceraian mereka dapat dilakukan dengan betul dan secara aman.

"Saya harap dia dapat bersabar sehingga selepas Ramadhan nanti untuk teruskan tuntutan cerainya. Sebenarnya dia ada minta untuk diceraikan bulan ini tapi inikan bulan baik, saya taknak kecoh-kecoh. Dan dia pun bersetuju.

"Harapan saya, selepas semua ini selesai, kita masih dapat menjadi kawan dan berfungsi sebagai ibu bapa. Apa yang penting adalah kebahagiaan anak kami."

Namun, jelas dari nadanya, Radhi sebaiknya ingin bersatu kembali dengan Shazlin yang sudah dikenali selama 12 tahun sebelum diijabkabulkan pada tahun 2005.

"Saya masih sayangkan perkahwinan kami. I hope it can still be fixed but we'll see," kongsi Radhi yang ditemui di rakaman 'Melodi Raya' Jumaat lalu di Sunway Lagoon Surf Beach. "Saya sudah cuba mempertahankannya (perkahwinan mereka) tapi …."

GUA masih ingat lagi di rakaman 'Melodi Raya' dua tahun lepas bertempat di Berjaya Times Square Hotel, Radhi telah hadir ke majlis bersama Shazlin dan jantung hati mereka, Mohd Rifdhi Muslim. Kebahagiaan hidup berumahtangga jelas terbayang di wajah pengasas kumpulan indie terawal negara, OAG ini.

Jauh berbeza bila dibandingkan dengan senarionya pada malam itu, dimana Radhi hanya bertemankan diri sendiri.

Tak mahu anak diabaikan
Mengenai penerimaan Rifdhi terhadap kemelut yang melanda ibu bapanya, dedah Radhi, walaupun tidak memahami apa yang berlaku tetapi dapat dirasai anak kecil berusia empat tahun itu bahawa ada yang tak kena.

"I hope he'll understand. Sebab itu saya perlu bermula dari sekarang, berada di sisinya dan menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah. Ibu bapa saya bercerai ketika saya masih kecil lagi. Saya tahu apa yang bakal dilaluinya. Jadi penting untuk saya membimbingnya."

Walau apa pun masalah yang wujud di antara mereka berdua, Radhi amat berterima kasih pada Shazlin kerana memberi akses penuh padanya untuk berjumpa dengan Rifdhi pada bila-bila masa. Sejak bermulanya puasa, tidak ketinggalan peluang untuk berbuka bersama anaknya.

"Selepas bercerai nanti, saya harap kami (dia dan Shazlin) masih dapat berkumpul bersama, for our son's sake, menyambut Hari Raya dan mana-mana perayaan."

Ezzat bukan 'gentleman'
Ditanya tentang penafian Ezzat Mohd Tahir di Melodi baru-baru ini atas tuduhan mempunyai hubungan dengan Shazlin, jawab Radhi, "Sepatutnya dia datang berjumpa saya dulu untuk menceritakan hal ini dan bukannya media. Itu bukan perlakuan seorang 'gentleman'.

"Jika benar tiada apa-apa di antara mereka, jumpa dan beritahu saya. Atau mungkin dia tidak mahu berjumpa. Sebelum ini saya pernah cuba menelefon dan SMS-nya tapi tak berjawab. It's alright," ujarnya ringkas.

Bakal diriliskan 'pre-divorce album'
Pergolakan rumahtangganya tidak pernah dijadikan alasan untuk menghentikan aktiviti seninya yang sudah diperjuangkan selama 17 tahun. Terbaru, Radhi mengumumkan akan tampil dengan karya solo. Lima single akan diriliskan secara online sementara lima lagu lagi akan dipasarkan melalui album. Karya solonya nanti mengetengahkan material yang lebih peribadi dan emosional.

"Saya pun sudah berusia 32 tahun. Saya nak lari sikit dari konsep lama OAG untuk menampilkan sesuatu yang lebih 'personal'. It's my pre-divorce album,” katanya yang dalam proses merakam lagu.

"Yang mendorong saya meneruskan perjuangan selain anak saya adalah peminat. Sejak album terakhir pada 2006, mereka selalu tanya, 'Mengapa senyap saja? Bila nak keluar album baru?' Sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka, inilah buah tangan saya. Selepas material solo saya, OAG akan kembali beraksi semula."

-Gua.com.my


Sunday, August 30, 2009

Bertarung untuk lagu 1Malaysia

0

NURFATIMAH dan Shila.

SHILA dan Nurfatimah hadir di San Fransisco Coffee di Kuala Lumpur dengan semangat bercerita tentang kemerdekaan dan lagu berciri 1Malaysia yang mereka sampaikan.

Walaupun lepak-lepak di kedai kopi francais antarabangsa tetapi mereka berdua tetap dengan jati diri sebagai anak Malaysia. Mendapati francais tersebut menjual produk koleksi berasaskan Malaysia membuatkan mereka berdua kagum dan turut mahu memilikinya.

Noh yang dijadualkan bersama mereka tidak dapat hadir kerana mengalami masalah kereta dipecahkan dan kehilangan pasport, justeru kami cuma berinteraksi menerusi telefon. Dalam keterujaan bercerita tentang kemerdekaan negara ini, masih ada lagi perkara ironi malang menimpa nasib artis kita.

Sekadar berkongsi cerita dan semangat, mereka bertiga berkongsi persamaaan.

Noh dan Shila menyanyikan lagu berjudul Kami Anak Malaysia hasil ciptaan Ashroff Shariff dan tulisan Eka Shariff. Nur Fatimah pula ialah penulis lirik untuk lagu Malaysia Satu nyanyian Faizal Tahir dan hasil ciptaan Audi Mok.

Sebanyak 10 buah lagu bertarung untuk menjadi lagu 1Malaysia. Juara pencipta lagu Lagu 1Malaysia Kita akan dipilih melalui undian umum dan lagu yang menjuarai pertandingan itu akan diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

“Saya inginkan ini menjadi satu lagu yang benar-benar menjelma daripada hati rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia dan dipilih sendiri oleh rakyat,” ujar Najib.

- Kosmo


SEMARAK MERDEKA

0

Sebahagian peserta raptai begitu riang dan sudah bersedia untuk menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan 31 Ogos esok.


Walaupun sedang menjalani ibadah puasa, para peserta yang mengambil bahagian dalam raptai penuh sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 tetap bersemangat tinggi semasa membuat persembahan di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur semalam.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim turut menyaksikan raptai itu yang disertai oleh kira-kira 10,000 peserta.

-Utusan


Saturday, August 29, 2009

H1N1: 365 positif, tiada kematian baru

0

KUALA LUMPUR 29 Ogos — Seramai 365 pesakit disahkan dijangkiti pandemik Influenza A(H1N1) dan tiada kematian baru didaftarkan hari ini menjadikan jumlah kematian kekal 71 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata daripada jumlah yang disahkan positif H1N1 itu, sebanyak 48 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana lapan kes adalah kemasukan baru sementara lapan lagi sudah dikeluarkan dari ICU.

Katanya daripada 48 kes yang berada di ICU, sebanyak 37 atau 77 peratus pesakit terdiri daripada mereka yang mempunyai faktor risiko termasuk mereka yang menghidap penyakit kronik (7), obesiti (13), kanak-kanak dan bayi (6), selepas bersalin dan hamil (3), penyakit jantung (3), kegagalan ginjal (1) dan asma (4).

Dr Mohd Ismail berkata sehingga 9 pagi ini, sejumlah 442 pesakit baru dengan gejala “influenza-like-illness” (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan manakala 353 telah dibenarkan keluar hospital.

“Baki seramai 1,598 pesakit ILI sedang dirawat di 107 hospital termasuk empat hospital swasta di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa wabak H1N1 di negara ini hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 masih lagi aktif dan setakat hari ini, sebanyak 246,173 kes direkodkan dengan angka kematian mencecah 2,890 orang melibatkan 182 buah negara.

“Bagaimanapun, angka-angka yang ditunjukkan tidak menunjukkan gambaran situasi sebenar memandangkan WHO kini tidak lagi mewajibkan semua negara melaporkan bilangan kes,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti mengunjungi tempat-tempat tumpuan ramai bagi mengelakkan diri daripada terdedah kepada jangkitan dan saling mengingatkan individu yang tidak sihat dan mengalami gejala demam atau batuk supaya tidak berada di tempat awam.

Katanya jika perlu untuk mengunjungi tempat-tempat itu, mereka dinasihatkan supaya mengurangkan tempoh masa berada di kawasan berkenaan dan memakai penutup hidung dan mulut.

Dr Mohd Ismail juga meminta orang ramai supaya memberikan kerjasama secara berterusan bagi menangani penularan wabak itu.

— BERNAMA


Perhatian : Pertukaran Domain Dirangkaian Blog Nash.

0


Terbaru :
Radio Malaysia - www.radiojohor.co.cc
Playlist -
http://request.via.my
Wheel2Wheel -
http://wheel2wheel.via.my



Friday, August 28, 2009

Khazanah berharga di RTM

0



KITA sering mendengar frasa muzik merupakan bahasa sejagat yang membawa maksud muzik akan difahami oleh semua tanpa mengira lingkungan fahaman, budaya, geografi dan juga kaum.

Ada benarnya maksud frasa berkenaan. Namun sebelum sampai ke tahap menjadi bahasa sejagat, muzik perlu menjadi suara jiwa pendukung dalam masyarakatnya.

Dalam budaya orang Melayu misalnya, muzik pula disifatkan sebagai susur jiwa.

Lantaran itu, khazanah berharga muzik Melayu wajar dipelihara dan semua ini menuntut rasa kasih dan cinta yang menebal selain minat yang mendalam.

Mujur, negara ini yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu memiliki stesen televisyen dan radio gergasi, RTM.

Khazanah berharga khususnya koleksi lagu Melayu yang ada dalam simpanan RTM bukan kecil jumlahnya.

Di Rakam Khanah P. Ramlee misalnya, anda boleh senaraikan apa saja judul lagu Melayu terutamanya, semuanya tersimpan molek dalam perpustakaan yang mula diwujudkan sejak siaran radio pertama di Malaya pada tahun 1946.

Bayangkan lebih 100,000 judul lagu tersimpan rapi dalam Rakam Khanah P. Ramlee.

Justeru, Rakam Khanah P. Ramlee menjadi manifestasi terhadap kesungguhan kerajaan menerusi RTM memelihara khazanah lagu-lagu Melayu.

Usaha meningkatkan apresiasi terhadap lagu-lagu Melayu juga diperluaskan lagi dengan pengenalan stesen radio Klasik Nasional pada tahun 2006.

Sebetulnya Klasik Nasional merupakan penjenamaan baru stesen berkenaan oleh RTM bermula dengan Radio Irama Melayu Asli atau RIMA yang dilancarkan pada April 1998.

Hampir tujuh tahun bersiaran, RIMA kemudiannya dikenali pula Klasik FM pada 1 April 2005.

Dan hanya pada tahun 2006, stesen berkenaan diubah semula namanya menjadi Klasik Nasional.

Biar apa sekalipun perubahan yang berlaku, hakikatnya, tanggungjawab stesen berkenaan ialah untuk memelihara karya berharga karyawan muzik tanah air.

"Kita semua bernasib baik kerana Klasik Nasional diwujudkan. Ia sebagai badan yang melindungi lagu-lagu klasik yang begitu terhad jumlahnya.

"Bayangkan, jika tiada usaha mewujudkan stesen berkenaan, saya tidak tahu apa akan jadi pada lagu-lagu klasik kita," luah Pengawal Klasik Nasional, Chuari Selamat pada satu pertemuan dengan Hits baru-baru ini.

Ada kebenaran kata-kata Chuari itu. Masakan tidak, 'perlindungan' yang diberikan oleh Klasik Nasional kepada lagu-lagu Melayu klasik yang jumlahnya berpuluh ribu mempunyai nilai yang cukup berharga.

Bagi generasi masa kini, andai diajak berbicara mengenai lagu-lagu Melayu klasik, kita barangkali hanya akan terkenang penyanyi-penyanyi seperti Allahyarham Abdullah Chik, Allahyarham Rosiah Chik, Aspalela Abdullah dan Andre Goh yang kita anggap sebagai pejuang lagu-lagu Melayu.

Namun, di Klasik Nasional, kita sebetulnya mampu berkongsi kegemilangan lagu Melayu seawal tahun 1930-an.

Ketika itu, pejuang-pejuang lagu Melayu adalah terdiri daripada nama-nama hebat seperti Miss Julia, Miss Tijah dan ramai lagi.

"Inilah kelebihan yang ada pada Klasik Nasional yang orang jarang mahu ambil tahu. Lagu paling lama dalam simpanan kita ialah lagu yang diterbitkan pada tahun 1930-an," Chuari mendedahkan kelebihan yang ada pada stesen yang diterajuinya itu.

Apa yang menariknya, ketika stesen radio swasta lain menjalankan operasi berorientasikan perniagaan, Klasik Nasional wajar dihargai lantaran mengekalkan konsep penyiaran memuatkan muzik atau lagu berteraskan budaya Melayu.

Dalam erti kata yang mudah, penyiaran lagu-lagu di Klasik Nasional bukan berteraskan aspek komersial.

Lantaran sasaran dan objektif penyiarannya yang berbeza dengan stesen-stesen lain, Klasik Nasional dihormati sebagai stesen radio yang memiliki identiti sendiri.

Klasik Nasional bukan seperti stesen radio lain yang memilih pendekatan popular, sebaliknya, ia diwujudkan sebagai khidmat sosial kepada masyarakat sekali gus menanam penghayatan budaya menerusi muzik.

Justeru, Chuari berharap Klasik Nasional sewajarnya dilihat dari perspektif yang lebih besar berbanding daripada apa yang dada sekarang.

"Klasik Nasional merupakan stesen radio yang berteraskan budaya nasional," tegasnya berkali-kali.

Tinjauan Hits ke stesen berkenaan selain Rakam Khanah P. Ramlee mendapati kekayaan khazanah yang ada di Angkasapuri, RTM sungguh luar biasa.

Masakan tidak, stesen radio berkenaan menghimpunkan lagu-lagu yang mewakili warna sosiobudaya era pramerdeka, pascamerdeka dan masa kini.

Bahkan, terpaku dan ralit sejenak apabila Chuari menyenaraikan genre-genre lagu-lagu yang berkumandang di stesen itu terdiri daripada pelbagai genre dan menyimpan mesej dalam bentuk langgam, joget dan keroncong.

"Kalau mereka yang mendengar Klasik Nasional, ia saling tidak ubah membawa pendengar melayari zaman-zaman yang berbeza.

"Seperti mendengar lagu keroncong dengan sendirinya tersingkap zaman silam. Inilah stesen yang mendekatkan mereka dengan persekitaran yang kini sekadar menjadi nostalgia.

"Ada ketika saya sendiri terkenang kisah silam apabila mendengar lagu-lagu yang pernah popular di zaman kanak-kanak saya diputarkan di stesen Klasik Nasional," ujar Chuari yang juga personaliti radio yang sangat masyhur suatu ketika dulu.

Mendengar Klasik Nasional juga, membawa pendengar yang terdiri daripada warga emas menyelusuri jalan-jalan kenangan.

Sementara bagi generasi muda pula, mereka dengan mudah terbuai dengan irama zaman itu.

Sehingga kini, stesen yang didengari oleh lebih 1.2 juta pendengar menyenaraikan banyak segmen menarik.

Antara segmen yang cukup popular di Klasik Nasional ialah segmen Nostalgia yang menemui pendengar pada pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari.

Segmen Nostalgia lebih banyak menyiarkan lagu-lagu yang cukup popular di sekitar tahun 1950-an.

Manakala segmen Masihkah Kau Ingat atau MKI yang disiarkan pada pukul 2 hingga 4 petang pula tentunya akan membawa ingatan para pendengar kepada lagu-lagu yang pernah masyhur di sekitar tahun 1960-an, 1970-an hingga 1980-an.

Buat peminat-peminat lagu antarabangsa pula, Klasik Nasional memilih hari Sabtu selama 45 minit bermula pukul 9.15 malam untuk menyiarkan segmen Klasik Antarabangsa.

Menurut Chuari, biarpun Klasik Nasional lebih fokus kepada penyiaran lagu-lagu lama, namun apa yang membanggakan beliau ialah, para juruhebah yang bertugas sebilangan besarnya terdiri daripada orang muda.

Ada juga beberapa juruhebah senior yang disifatkan oleh Chuari sebagai 'perpustakaan bergerak' lantaran ilmu dan pengalaman mereka yang begitu mantap.

Gabungan penyiar muda dan senior di Klasik Nasional juga sejajar dengan hasrat stesen berkenaan untuk menarik perhatian pendengar yang berusia 25 tahun ke atas.

"Sudah pasti kami juga mengundang semua lapisan pendengar untuk sama-sama menghayati lagu irama Melayu," katanya mengakhiri perbualan.

- Utusan


Tuesday, August 25, 2009

Kasih Shake pada Malaysia

0



Walaupun lagu berkenaan sudah berusia 25 tahun, namun bait-bait lirik luahan kasih sayang seorang anak terhadap ibunya bukan sahaja mencuri hati para pendengar malah ia menggambarkan betapa rapatnya penyanyi itu dengan ibunya.

Lagu ciptaan komposer tidak asing lagi, Datuk Dr. Ahmad Nawab yang diterbitkan pada tahun 1984 bukan sahaja telah menaikkan nama Shake malah ia juga kenangan manis Shake buat uminya.

Lalu tidak hairanlah pertama kali bertemu dengan Shake ketika pelancaran albumnya, bibirnya tidak lepas bercerita tentang isterinya, Datin Melina yang memberi sinar kebahagiaan dalam hidup dan kariernya.

Tidak ketinggalan, beliau juga tidak meminggirkan ibunya, Allahyarham Sharifah Zaleha yang menjadi sumber inspirasi dan kekuatan untuknya berjuang dalam seni.

Kini walaupun Sharifah Zaleha telah 23 tahun meninggal dunia, namun sebagai anak yang begitu rapat dengan ibunya, Shake tidak pernah lupa menziarahi pusaranya setiap kali balik ke Johor.

"Saya sampai di Malaysia sudah lebih seminggu. Tetapi sebelum datang ke Kuala Lumpur, saya singgah di Johor menziarah pusara arwah umi," cerita Shake pada satu pertemuan di hotel penginapannya di Kuala Lumpur awal minggu lalu.

Meskipun sudah lebih sedekad tidak bertemu dengan Shake yang kini menetap di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat, namun sesuatu yang membanggakan ingatan ayah kepada empat orang anak dan datuk kepada lima orang cucu ini terhadap penulis masih tidak padam, sambil berkata;

"Masakan saya tidak kenal walaupun dah lama tak jumpa. Itulah indahnya orang Melayu, walaupun jauh di mata tetapi dekat di hati."

Gulai asam pedas

Begitulah Shake. Biarpun sudah merantau 36 tahun ke luar negara, namun kasih sayangnya pada adab sopan Melayu dan bahasa Melayu tidak pernah luntur di hatinya.

Bagi Shake, walau ke mana dia pergi, biar setinggi mana namanya disanjung dalam dunia seni di luar negara, namun akar umbinya tetapi di bumi Malaysia yang sentiasa dekat di hatinya.

"Saya tidak pernah malu mengaku saya orang Melayu. Setiap kali mengadakan persembahan saya akan memperkenalkan diri saya dan negara saya Malaysia.

"Malah, saya tidak pernah lupa adab sopan orang Melayu. Setiap kali berjumpa dengan mereka di luar negara, saya tidak bercakap dalam bahasa Inggeris atau Perancis, tapi berbahasa Melayu.

"Bagi saya, bahasa Melayu adalah bahasa paling indah di dunia. Kini berpegang kepada perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, setiap kali show saya akan menekankan 1Malaysia yang diimpikan," cerita Shake penuh bangga.

Mengenali Shake dan berbicara dengannya nyatalah, 36 tahun 'memisahkannya' dari bumi Malaysia namun bahasa Melayunya tetap indah.

Berbual bersamanya, tidak kira sejam, dua jam atau tiga jam sekalipun, penyanyi yang mendapat jolokan The Singing Ambassador ini tetap fasih dan indah bahasa Melayunya.

"Saya orang Melayu dan gulai asam pedas sentiasa menjadi pembuka selera saya walaupun saya di Perancis ataupun di LA.

"Kalau terlalu rindu dengan masakan itu, saya masak sendiri," katanya sambil memberi petua kepada penulis (yang ketika itu mengidap batuk) bagaimana mahu meredakannya iaitu baca tiga kali selawat sebelum meminum air suam bercampur madu.

Bersandarkan rasa cintanya pada Malaysia dan jati dirinya yang tidak pernah lekang, Shake kembali ke Malaysia untuk menghiburkan para peminatnya yang pernah dan sentiasa menyokongnya.

"Sebenarnya sepanjang minggu ini (minggu lalu), sudah beberapa kali saya bermesyuarat dengan pihak Istana Budaya (IB). Jika semuanya selesai saya akan kembali semula ke LA.

"Insya-Allah jika tiada aral melintang, saya akan mengadakan konsert solo saya di IB tahun depan. Sebenarnya sudah empat tahun saya merancang tentang konsert ini, tapi ketika itu terlalu banyak 'undang-undangnya'.

"Namun tahun depan, apabila album Melayu saya telah siap dan buku mengenai saya lengkap, saya akan melancarkannya di IB dan mengumumkan mengenai konsert itu," kata Shake mengenai perancangannya pada tahun 2010.

Album lagu-lagu Melayu Shake yang kini dalam proses rakaman di LA selain menampilkan lagu-lagu baru turut mengabadikan Umi dan Gadisku.

Dua buah lagu tersebut yang diberi nafas baru diharap dapat mengembalikan nostalgia para peminat Shake.

Apabila ditanya apakah konsertnya itu dapat menarik perhatian dan minat, orang ramai menontonnya, Shake penuh optimis ramai yang akan memberi sokongan padanya.

Bahkan, sebagai penghibur yang berpengalaman luas, seniman itu tidak gemar untuk mengambil kira pandangan negatif sedemikian rupa.

Apa lagi, pandangan itu juga disifatkannya sebagai suatu yang lumrah di peringkat antarabangsa.

Shake yang penuh yakin, persembahannya kelak akan berjaya memberitahu, apa yang membuatkan dia yakin juga adalah kerana beliau sering mendapat sokongan daripada penggemar setianya yang berpusat di Paris atau LA.

"Mereka melahirkan rasa gembira dan bangga dan menyatakan tindakan saya mengadakan konsert di IB adalah satu idea yang bagus dan pentas bertaraf dunia itu adalah tempat yang sesuai untuk saya mengembalikan nostalgia mereka," katanya lagi.

Dalam konsert yang dijangka akan berlangsung selama beberapa hari itu, Shake dijangka akan menghiburkan para peminatnya dengan 25 buah lagu dalam pelbagai bahasa iaitu Melayu, Perancis dan Inggeris.

Shake juga merancang konsertnya itu nanti akan diiringi dengan orkestra yang menggabungkan para muzik Malaysia dan luar negara.

"Bukan saya tidak menghargai pemuzik tempatan, bagi saya mereka tetap bagus. Cuma saya mahu tampilkan kelainan dalam konsert itu nanti," akui Shake tatkala ditanya apa relevannya mengundang para pemuzik luar negara.

Shake yang jarang-jarang pulang ke Malaysia bagaimanapun tidak pernah terlepas daripada mengikuti perkembangan semasa industri hiburan tanah air.

Paling dikaguminya ialah bakat seni dan perjuangan Jamal Abdillah.

Meskipun tidak berpeluang menyaksikan konsertnya baru-baru ini, menerusi laporan media, Shake mendapat tahu konsert berkenaan begitu sukses.

"Bagi saya, Jamal adalah seorang penyanyi yang hebat dan suara lelakinya mampu memukau bukan sahaja peminat perempuan malah saya juga meminati suaranya. Susah kita nak dapat penyanyi sehebatnya.

"Bukan itu sahaja, malah saya turut mengagumi perjuangan dan kejayaan tiga beradik dalam dunia seni iaitu kumpulan KRU yang diterajui oleh Norman, Yusry dan Edry.

"Bakat dan suara Zainal Abidin juga jangan diketepikan kerana penyanyi itu mempunyai perjuangan seninya yang tersendiri melalui lagu-lagunya," luah Shake berkongsi rasa bangga mengenai kejayaan rakan-rakan artis tanah air.

Mengenai senario industri seni hari ini yang banyak melahirkan ramai penyanyi dari program realiti, Shake yang turut mengagumi Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khadijah Ibrahim menyifatkan, era masa kini merupakan masa terbaik untuk golongan remaja mencipta nama dalam bidang seni.

"Bagi saya ini adalah zaman yang sesuai untuk remaja hari ini mencipta nama dalam bidang seni. Saya yakin mereka mempunyai bakat tersendiri cuma kehadiran mereka dengan gaya dan stail masa kini.

"Sebagai orang lama dalam dunia seni, bagi saya kejayaan seseorang dalam bidang seni semuanya terletak pada tuah. Umur atau apa juga cara penampilan mereka tidak penting, insya-Allah jika sudah tuah mereka, mereka akan tetap berjaya," ujar beliau lagi.

Menyentuh mengenai kehidupannya bersama keluarga di LA, Shake yang baru muncul dengan album terbarunya Yesterday And Today berkata, melalui kehidupan di negara Uncle Sam itu sangat membahagiakannya.

"Isteri saya Melina, anak-anak Amiir, Amaro, Natacha dan Mina begitu bahagia di LA. Namun walaupun hidup di sana saya tetap menerapkan nilai budaya Melayu di hati mereka.

"Bagi saya itu amat penting kerana walau di mana saya berada mereka perlu tahu asal usul ayah mereka," katanya rancak menyambung cerita.

Menurut Shake, anak kembarnya yang kini berusia 27 tahun begitu berjaya dalam karier yang mereka minati.

"Amaro menjadi pengarah filem dan akan menerbitkan klip video lagu-lagu daripada album terbaru saya. Sementara Amiir berjaya sebagai pelakon dan penyanyi di LA," jelas Shake ralit berkongsi kisah pewaris seninya itu.

Sebelum perbualan berakhir, sengaja rasa hati Shake saya cuit.

Saya bertanya padanya antara Perancis dan Malaysia mana satu pilihan hatinya.

Jawapan Shake ialah: "Saya sayang Paris, tetapi saya tetap orang Melayu dan Malaysia adalah negara yang saya cintai."

- Utusan


Tukang Kata Tak Tinggalkan Ahli Fiqir

1



Di pelancaran album terkini kumpulan hip-hop serantau paling terkenal, Ahli Fiqir baru-baru ini, bertempat di Hard Rock Café, Kuala Lumpur, ramai yang hadir terkejut kerana mereka terbit bertiga sahaja.

Hai, kurang seorang – mana Tukang Katanya? Tukang Kata ataupun Samsolnahar, emcee kedua di sisi Daly dikatakan mengundur diri buat sementara waktu kerana menghadapi “hal peribadi” yang perlu diuruskan di luar jadual kumpulan.

Menurut Daly, menjawab soalan pertama yang keluar daripada mulut media pada petang itu tentang kedudukan Tukang Kata: “Samsol di Singapura sekarang dan tak dapat untuk kembali bersama sehingga dia uruskan perkara itu. Dia ada isu peribadi untuk dia hadapi bersendirian. Kita pun tak boleh komen lebih sebab kita sendiri tak tahu sangat sampai sekarang.”


Seperti yang dipastikan sendiri oleh orang besar pihak pengurusan domestik Warner Music Malaysia Mokhtaza Ahmad, “masalah” tersebut tiada berkenaan dengan permit pekerjaan, imigresen atau sebagainya.

Ceritanya, album ‘Irama Berimah’ sepatutnya keluar pada penghujung tahun 2008 lagi; waktu yang sama timbul berita tentang Tukang Kata menemui anggota Ahli Fiqir yang lain. “Tapi kita teruskan juga bertiga”, kata Daly. Kelahiran seorang cahayamata buat anggota Ahli Fiqir terus menjadi perhatian utama pada waktu itu, dan kitar album tersebut tergendala sedikit lagi.

Kata orang juga, ‘aura live’ Ahli Fiqir seperti terganggu, agak lain dan janggal untuk peminat menerima di fasa awal ini.

“Tak rasa janggal sebenarnya. Tak rasa ganjil. Samsol akan pulang, sebaik sahaja keadaan mengizinkan. Kontrak kita pun dia tandatangan sama-sama dan kita ada satu album lagi untuk dipenuhi. Kita semua berdoa agar dia dapat bersama ketika itu,” tegas Daly. “Sementara ini, kita tetapkan iman, teruskan perjuangan.”

Tambah DJ Cza atau Ceza: “Harap-harap (Samsol) dapat kembali lagi”, dan Mawar Berduri: “Kita sentiasa menantikan dia.”

Sahabat Artis, ‘Baby’ Baru Ahli Fiqir Jadi Pedoman
Mawar Berduri, penyanyi jelita dan paling merdu kumpulan ini, masih dalam ‘mood’ domestik yang gembira membesarkan anak barunya bersama Daly.

Duet antara mereka berdua, “Janganlah Pergi Mawar”, sebuah balada daripada album terbaru, terlaung megah menandakan fokus baru pasangan bahagia ini di luar kehidupan sebagai artis hip-hop.

Di ‘showcase’ Hard Rock Café tempoh hari – persembahan pertama Ahli Fiqir dalam tempoh beberapa bulan ini dan antara yang pertama secara rasminya tanpa Tukang Kata – rakan-rakan artis seperti Yassin dan juga Art Fazil, rocker berpengalaman dari Singapura tampil dengan sokongan.

Pembabitan Yassin sekadar “balas budi” Ahli Fiqir apabila Daly digandingkan dengan beliau beberapa tahun lalu untuk ‘single’ hit Too Phat, “Alhamdulillah”. Kata Ceza: “Kami amat senang dengannya (Yassin).”

Yassin yang menyanyikan korus lagu “Fantasi” bersama Mawar ceria sahaja mengambil pentas bersama Ahli Fiqir, manakala Art yang diterbangkan khas dari London untuk memeriahkan majlis, mencucukkan gitar karan untuk membawa lagu “Fiqir Fiqir”, kesinambungan lagu asal Art, “Dikir Fikir”.

Ujar Daly dengan bangga, “Kita orang memang minat dia dari dulu, sebagai remaja membesar di Singapura – jadi memang sentimental.”

‘Rap Nusantara’ Terus Dijulang
Jelas kedengaran tambahan ekplorasi hip-hop intelek Ahli Fiqir, yang langsung dinobatkan sebagai “rap nusantara” selepas hit-hit mereka “Angguk-Angguk, Geleng-Geleng”, “Samseng” dan “Dia Datang” yang mudah disiul namun berani dan lain dari lain kandungannya. Album ketiga kumpulan ini sebahagiannya dihasilkan bersama Tukang Kata walaupun tidak dipaparkan di kulit depan album.

‘Irama Berimah’ walau hanya lima buah lagu panjangnya dan mengandungi beberapa “mesej baru” – “Seperti cinta sesama saudara,” kata Daly – namun ia masih setia dan berpucuk-pangkal dengan mesej-mesej asal lirik (“pakai akal” dan sebagainya) Ahli Fiqir semasa album ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ (2005) dan ‘Rap Untuk Rakyat’ (2007).

“Derita Merindu” menunjukkan gelora cinta rumahtangga baru yang matang, bertanggungjawab dan berkeyakinan, sebuah lagi dimensi kepada bunyi karya Ahli Fiqir setelah hubungan suami-isteri Daly dan Mawar lebih erat semenjak dua menjak ini dengan kelahiran anak pertama lebih kurang sembilan bulan yang lepas.

Perkembangan empayar Ahli Fiqir di luar muzik jatuhnya ke Ceza yang asyik dengan karya senireka yang dipilih menjadi “karier sebenar suatu hari nanti” apabila tidak lagi membuat persembahan sebagai seorang ‘turntablist’.

“Saya tak begitu percaya kepada jenama pakaian. Lagipun saya lebih senang fokus kepada aspek seni daripada ‘business’,” terang Ceza, ahli paling muda yang pernah menuntut sijil Senireka Grafik di Kolej Bandar Utama. “Kita memang tiada rancangan untuk meluaskan empayar di luar muzik dan senireka buat masa sekarang. Dan saya OK dengan keadaan ini.”

*Album ketiga Ahli Fiqir, ‘Irama Berimah’, telahpun berada di pasaran mulai 20 Ogos lalu.

- Gua.com.my


Monday, August 24, 2009

Akhil Hayy-Waheeda Sudah Berkahwin

0




KUALA KUBU BARU - Penceramah bebas dan hos terkenal, Akhil Hayy bernikah dengan Nor Wahidah Abdul Wahab atau Waheeda, 30, pagi ini di Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Baru, Selangor.

Seramai 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga terdekat hadir memberi restu.

Dua anaknya, Siti Numaisarah, 12 dan Muhd. Sharif Hidayatullah, 11, turut hadir pada majlis itu.

Mereka berdua memberitahu; "Kami gembira ayah berkahwin dengan auntie Wawa."

Kedua-dua pasangan berkenaan dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Hulu Selangor , Ustaz Zulkhairi Zaid.

Hantaran senaskah al-Quran dan mas kahwin sebanyak RM80.

Kata Akhil, pernikahan itu menutup spekulasi mengenai mereka

"Ini jodoh, orang akan terus bercakap, tapi ini kehidupan saya. Selebihnya, saya tak mahu komen," katanya.

- Utusan



Sunday, August 23, 2009

Tam Spider Bertunang

1




DALAM diam-diam rupa-rupanya Tam Spider sudah pun menjadi tunangan kepada Aida Mustaffa, 28. Mereka mengadakan majlis pertunangan secara sederhana di Pontian, Johor pada 15 Ogos lalu.

Menurut Tam, mereka akan bernikah selepas raya. Namun, tarikhnya belum ditetapkan.

Menurut penyanyi Rela Kupujuk tersebut, majlis persandingan akan diadakan di Pontian diikuti di Melaka iaitu di rumah keluarga sebelah ibu Tam.

Cerita Tam, dia sudah lama mengenali Aida tetapi hanya bertemu dua atau tiga kali dalam setahun. Baru tahun lepas mereka menjalinkan hubungan yang serius.

Kata Tam, sudah sampai masanya untuk dia memikirkan tentang tanggungjawab menjadi suami semula setelah 11 tahun menduda.

- Media Malaya



'Kena pakai topeng'

0



Dr Mahathir risau rakyat tak peduli wabak H1N1

KUALA LUMPUR: "Pakai topeng mulut dan hidung," nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat bagi mengelakkan mereka dijangkiti virus selesema babi (H1N1).

Walaupun tiada kematian akibat wabak H1N1 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, beliau bimbang melihat sikap orang ramai yang seolah-olah tidak takut terhadap wabak penyakit itu.

Sehingga semalam, angka korban kekal 68 orang sejak kematian pertama dilaporkan pada 21 Julai lalu.


Bagaimanapun, seramai 230 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) dimasukkan ke wad, manakala 310 pesakit sudah dibenarkan keluar.

Jumlah pesakit menurun kepada 1,476 daripada 1,556 kelmarin yang dirawat di 102 hospital termasuk tiga hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 316 pesakit disahkan positif H1N1.

Daripada jumlah itu, 40 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan empat kes adalah kemasukan baru, manakala lapan kes dikeluarkan daripada unit itu.

Daripada 40 kes yang dirawat di ICU, 25 kes mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak dan bayi (7), diabetes (5), penyakit kronik (5), asma (3), obesiti (3), mengandung dan bersalin (1) dan kanak-kanak istimewa (1).

Tun Dr Mahathir berharap orang ramai memakai topeng itu di tempat awam, termasuk ketika membeli-belah di bazar Ramadan.

"Walaupun ada wabak H1N1, nampaknya orang ramai juga (membeli juadah berbuka puasa). Saya susah hati sikit, ramai tak pakai topeng penutup hidung dan mulut.

Katanya, kemelesetan ekonomi juga seolah-olah seperti tidak berlaku berdasarkan sambutan orang ramai keluar membeli belah pada hari pertama Ramadan.

"Walaupun ada krisis kewangan, nampak orang tak berasa apa pun," katanya yang mengunjungi Bazar Ramadan di Kampung Baru untuk mencari cucur udang.

"Kalau tak pakai topeng itu, kita tak tahu bila kita nak kena (jangkitan H1N1). Peniaga juga kena pakai topeng ... kena jaga kesihatan," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, di sini, semalam.

Beliau yang memakai topeng itu berkata, orang ramai serta peniaga perlu berhati-hati dan mementingkan kebersihan makanan.

Sebelum itu, Dr Mahathir yang mengunjungi gerai makanan di bazar Ramadan terserempak dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang turut meninjau di bazar Ramadan berkenaan.

Najib melawat dan membeli kuih di gerai-gerai sepanjang bazar itu kira-kira setengah jam.

-Berita Harian.


Friday, August 21, 2009

Mengenang Ustaz Asri di TV3

0



PEMERGIAN Mohd. Asri Ibrahim atau lebih mesra dikenali Ustaz Asri meninggalkan kesan yang bukan sedikit buat para pejuang muzik nasyid khususnya dan industri hiburan amnya.

Seperti yang semua orang sedia maklum, perjuangan Ustaz Asri bersama kumpulan Rabbani yang mula diasaskan pada 1 Mac 1997 mendapat sambutan luar biasa.Perjuangan Ustaz Asri bersama Rabbani mereka mengajak masyarakat berzikir dan menyanyikan melodi indah bertemakan ketuhanan.Itulah manifestasi dakwah dari kaca mata Ustaz Asri yang akan terus dikenang sampai bila-bila.Justeru, sebagai mengenang perjuangan mulia Allahyarham, stesen televisyen TV3 mengambil inisiatif menerbitkan program Ustaz Asri Dalam Kenangan.Program istimewa itu bakal disiarkan hari ini pada pukul 6 petang.Selama sejam, para peminat setia Allahyarham Ustaz Asri berpeluang menonton semula rakaman persembahan kumpulan Rabbani di konsert-konsert yang pernah dirakamkan oleh stesen televisyen itu khususnya sewaktu beliau menjayakan Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1428H (2007).Tidak ketinggalan rakaman Konsert Rabbani Istimewa Maulidurrasul 1427H (2006) yang turut menampilkan persembahan duet beliau bersama artis-artis tanah air iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search dan Mawi. Dalam program Ustaz Asri Dalam Kenangan ini juga, TV3 akan menyiarkan sedutan visual majlis pengkebumian Allahyarham serta wawancara bersama ahli Rabbani yang lain. Menyedari ramai peminat Ustaz Asri yang merasakan kehilangannya, TV3 memberi peluang kepada peminat dan penonton di rumah mengirim ucapan takziah ketika program ini disiarkan dengan cara menghantar SMS.Jadi, kepada peminat-peminat Allahyarham Ustaz Rabbani, pastikan anda tidak ketinggalan menonton program Ustaz Asri Dalam Kenangan di TV3 pada pukul 6 petang hari ini
.





Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan Pada Semua...

0



Assalamualaikum...Lama den x taip sendiri ttg blog ni kan...Maklumlah ni baru je baik dari sakit maklumlah mcm2 sakit skrg melanda tapi sakit ni kne la berubat secara tradisional tp harap2 ansur pulih dgn cepat....

Sekejapkan masa berlalu...Maksud den bulan ramadhan bakal menjelang dan kemungkinan kita sambut ramadhan pada hari sabtu ini 22hb Ogos 2009.Tengok anak bulan pula pada hari ini (Khamis) 20hb Ogos.Tapi kali ni kan puasa den dgn mak dan adik no 2 je sbb adik no 3 x balik cuti nk save kos maklum la keje tmpt org.Kali ni puasa pertama buat aku kerana berpuasa dan beraya tanpa abah...Apa pun cuba la kali berpuasa tanpa abah sebab abah dah xde kat dunia ini kerna pergi dgn seruan illahi Allah SWT.

Oklah yang melawat terima kasih..Dan den minta maaf la pada semua maklum la dh nk puasa kan sbb puasa ni bulan kesabaran segalanya....Dan mari la kita hayati bersama mengenai ramadhan.



KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.


Monday, August 17, 2009

Iqbal juara Pilih Kasih

0



Muhammad Iqbal Mazlan, 20 (Iqbal Mazlan) dinobatkan sebagai juara Pilih Kasih musim pertama, pada peringkat akhir program itu yang berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, di sini, semalam.

Iqbal, 20, yang memperoleh peratusan tertinggi iaitu 39.36 peratusadalah antara lima pelakon yang 'dicari' Rosyam Nor selama 10 minggu program realiti itu berlangsung.

Ia diikuti dengan empat peserta lain iaitu Reza Hasbi (36.27 peratus),Indera Hafiz (31.59 peratus), Nabila Dally (28.45 peratus) serta Wanina Zaki (26.67 peratus).

Lima finalis lain terdiri daripada Mohamad Redzuan Rosli, 19 (DiwanNawi), Farah Azleenda Abdul Aziz, 20 (Zulin Aziz); Rabiatul Balqis Rameshan, 21 (Rea Rameshan), Mohamad Redzuan Rosli, 19 (Diwan Nawi);dan Mohamad Ridzuan Hasbullah, 20 (Reza Hasbi).


Iqbal yang ditemui sejurus selepas itu berkata, dia sememangnya cukup terkejut dan tidak menyangka akan menjadi juara Pilih Kasih.

Lebih-lebih lagi katanya, dia menduduki tempat tercorot dalam undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan hanya mendapat 0.36 peratus.



"Saya tidak pernah berfikir untuk melangkah sejauh ini apatah lagi menjuarai program realiti ini.
"Apa yang saya tahu, saya mesti membuat yang terbaik di pentas agar menonjolkan bakat lakonan saya," katanya pada sidang akhbar sejurus berakhirnya Pentas Akhir Pilih Kasih.

Sementara itu, Pelakon lelaki dan wanita terbaik Pilih Kasih ialah Sofian Bujang dan Wanina Zaki.

Masing-masing menerima trofi dan ditawarkan berlakon dalam dua buah drama bersiri arahan pelakon dan pengarah terkenal Erma Fatima.




HADIAH-HADIAH

Tempat pertama (Iqbal Mazlan): Wang tunai RM10,000, kereta Naza Suria sumbangan Oriva, trofi sumbangan Langkawi Crystal, pakej percutian ke Perth bernilai RM5,000 sumbangan Utusan Travel Holiday, cenderahati dari Alfo Lighting bernilai RM2,000 dan biasiswa pengajian di Aswara.

Tempat kedua (Reza Hasbi): Wang tunai RM10,000, kereta Naza Suria sumbangan Oriva, trofi sumbangan Langkawi Crystal, pakej percutian ke Perth bernilai RM5,000 sumbangan Utusan Travel Holiday, cenderahati dari Alfo Lighting bernilai RM2,000 dan biasiswa pengajian di Aswara.

Tempat ketiga (Indera Hafiz): Wang tunai RM3,000, trofi, pakej percutian ke Jakarta bernilai RM2,000 sumbangan Utusan Travel Holiday,cenderahati dari Alfo Lighting bernilai RM600 dan biasiswa pengajian di Aswara.

Tempat keempat (Nabila Dally): Trofi serta RM1,000.

Tempat kelima (Wanina Zaki) : Trofi serta RM1,000.



Lima peserta teratas tersebut akan ditawarkan kontrak berlakon selama setahun dalam drama dan filem 'Kekasih' terbitan Suhan Movies yang dimiliki oleh Rosyam Nor
source:mstar
foto:The Star(Darran Tan)

- Taniah buat semua pemenang Pilih Kasih, lepas ni bila dah jadi artis jangan lupa buat kontroversi ok. hahahaha...




-www.mygosip.com


Saturday, August 15, 2009

Juara Pilih Kasih milik siapa?

0



SETELAH sepuluh minggu menghadapi pelbagai kesukaran mempelajari teknik lakonan, akhirnya 10 peserta program realiti Pilih Kasih disatukan dan bakal berentap di Pentas Akhir Pilih Kasih.

Misinya, tidak lain hanyalah untuk merebut gelaran juara sulung pertandingan itu yang akan berlangsung esok (Ahad, 16 Ogos) di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, Negeri Sembilan.

Pertandingan itu akan disiarkan secara langsung di TV2 pada pukul 8.30 malam.


Sepuluh peserta yang akan memperlihatkan bakat mereka ialah Muhammad Iqbal Mazlan, 20 (Iqbal Mazlan); Farah Azleenda Abdul Aziz, 20 (Zulin Aziz); Nabila Ali Dally, 18 (Nabila Dally); Abdul Hafiz Abdul Alim, 25 (Indera Hafiz)dan Rabiatul Balqis Rameshan, 21 (Rea Rameshan).

Mohamad Redzuan Rosli, 19 (Diwan Nawi); Mohamad Sofian Bujang, 24 (Sifian Bujang); Nur Raihan Mat Zaki, 21 (Wanina Zaki); Mohamad Ridzuan Hasbullah, 20 (Reza Hasbi) dan Laurendia Fiona Bernard, 21 (Fiona Benard).

Juara pertandingan itu bakal memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Naza Suria, wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Hadiah turut diberikan kepada pelakon lelaki dan wanita terbaik Pilih Kasih.

Konsep pemarkahan

Masih lagi mengekalkan konsep pemarkahan mingguan, peserta Pentas Akhir Pilih Kasih diadili menerusi 50 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) manakala 50 peratus lagi markah menerusi pelakon Rosyam Nor.

Ketika ditemui pada sidang media Pentas Akhir Pilih Kasih di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur baru-baru ini, Rosyam mengakui bahawa dia tiada sebarang prejudis mahupun bersikap kompromi dalam menilai bakat peserta pilih kasih.

"Saya melihat kepada kesungguhan dan persembahan mereka pada malam tersebut. Hanya yang terbaik layak bergelar juara.

"Saya tiada sebarang kompromi mahupun bersikap pilih kasih sebab apa yang saya mahukan, ialah pelakon-pelakon yang dilahirkan menerusi program ini mestilah berbakat.

"Apa yang boleh saya katakan, malam akhir nanti adalah malam penentuan buat mereka. Jika gagal membuat persembahan dengan baik pada malam tersebut, sukar bagi mereka bergelar juara," katanya.

Kata Rosyam lagi, format pemarkahan 50-50 itu sebagai memberi keadilan kepada kesemua peserta Pilih Kasih di peringkat akhir nanti.

"Undian SMS belum boleh menentukan kecenderungan bakat yang dimiliki oleh mereka sebab itu saya rasa bakat perlu seiring dan menyerlah.

"Sehingga malam akhir itu nanti, saya harap tidak ada di antara mereka yang berasa selamat. Apa yang dinilai oleh saya bukan hanya bakat dan kualiti tetapi keseluruhan termasuk penampilan dan juga budi bahasa," kata pelakon filem Castello itu lagi.

Menurut Rosyam, kesemua finalis Pilih Kasih bakal diberi peluang dalam beberapa drama malah bakal diberi bimbingan lakonan untuk tempoh setahun.

Selama tiga bulan, kata Rosyam, dia melihat peningkatan demi peningkatan dan kebolehan para peserta sehingga berjaya tersenarai sebagai 10 peserta akhir.

"Saya lihat kesemua mereka ini ada kebolehan dan masa depan yang cerah dalam bidang lakonan. Selama tiga bulan saya melihat mereka diasuh dengan pelbagai teknik lakonan.

"Siapa yang tidak sedih ketika terpaksa memilih dan menyingkirkan peserta-peserta Pilih Kasih. Mungkin apabila keluar nanti hanya beberapa peserta sahaja yang berjaya menyerlah. Itu memang sudah menjadi adat pertandingan realiti.

"Sebab itu kalau boleh saya mahu mereka cuba mencuri sebanyak mana peluang yang ada dan kekalkan sikap sederhana dalam membina nama serta populariti.

"Buat tempoh terdekat mereka perlu menjadi pelakon untuk rancangan-rancangan serta drama terbitan RTM. Selepas setahun, mereka berhak memilih mana-mana jalan untuk mereka terus berjaya dalam lakonan," katanya.

Pada 19 Ogos nanti, 10 finalis Pilih Kasih bakal memulakan rakaman untuk sebuah muzikal hari raya yang bakal disiarkan di RTM Syawal nanti.

Malah, bagi pemenang pelakon lelaki dan wanita terbaik pula, akan diberi peluang memegang watak utama dalam drama 26 episod arahan Erma Fatima.

-Utusan


Friday, August 14, 2009

Pelawak Param meninggal dunia

0




KUALA LUMPUR: Pelakon komedi, P Paramasivam atau dikenali sebagai Param, 55, meninggal dunia kerana sakit jantung di rumahnya di Taman Setia Gombak, Gombak, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Beliau diserang penyakit jantung pada 1992 dan sejak itu, pelawak yang bukan saja fasih berbahasa Melayu tetapi mampu bertutur loghat Negeri Sembilan, berada dalam keadaan tidak stabil.

Beliau pernah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Pelawak veteran itu mencipta nama sezaman dengan AR Badul, Yahya Sulong dan Allahyarham R Jaafar.

Param memulakan kariernya apabila dipanggil oleh RTM Melaka pada tahun 1976 ketika dia bekerja di Pejabat Belia di Tampin.

-Berita Harian



Istimewa Ramadan TV3, TV9

0




SEMPENA kehadiran Ramadan tidak lama lagi, stesen televisyen TV3 dan TV9 melancarkan tagline sendiri bagi menyinari penonton dengan kepelbagaian program menarik masing-masing.

Bukan sekadar program bercorak ilmiah, TV3 menerusi tagline Renda Ramadan TV3 manakala TV9 dengan Ramadan@9 tidak lupa menyajikan rancangan lain termasuk drama bersiri, travelogue serta program khusus untuk kanak-kanak.

Renda Ramadan TV3 antara lain memaparkan program seperti Singgah Sahur, Kalamullah, Jejak Rasul 15 (Sirah Anbiya), Shamsul@Bazaar Ramadan dan Haiwan Teladan 2.

Cerekarama, drama serta filem sempena kehadiran Ramadan yang bercorak pengajaran serta tauladan juga ditampilkan seperti Anak-Anak Ramadan, Pertama Ramadan... Datang Lagi, Berakhirnya Sebuah Ramadan, Qana'ah, Tain, Bukan Bidadari, Senandung SI Dayang dan Ayat-Ayat Cinta.


Begitu juga di TV9 apabila menyajikan al-Risaalah, Jelajah Ramadan, Jom Berbuka, Adik Di 9 Ramadan, Resipi Istana, Tanyalah Ustaz dan Ustaz Zamri Bercerita.

Sungguhpun begitu, di sebalik himpunan program-program menarik berkenaan, program bercorak pengembaraan menyelami perjuangan para Nabi dan ketamadunan Islam pastinya menjadi pilihan penonton terutamanya Jejak Rasul 15 (Sirah Anbiya) dan al-Risaalah.

Menariknya, Jejak Rasul 15 kali ini bakal mengupas sejarah Nabi dan Rasul serta kisah-kisah penuh pengajaran yang disebut di dalam al-Quran serta Sunnah.

Mendapat khidmat Produser Kanan, Jasmi Shahir selaku penerbit, Jejak Rasul 15 yang mengekalkan Ahmad Noor Sulaiman selaku pengantara akan membawa penonton ke beberapa negara seperti Mesir, Syria, Jordan, Israel, Turki, Arab Saudi dan Yaman.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar berkata, istimewanya Jejak Rasul 15 ialah apabila ia akan mengimbas kembali lokasi pengambaran krew Jejak Rasul yang pernah dilawati di musim pertama, 14 tahun lalu.

"Ia akan memaparkan perkembangan dan perubahan yang berlaku ke atas lokasi pengambaran berkenaan.

"Apa yang penting, Jejak Rasul 15 akan memperlihatkan visual terbaru lokasi tersebut yang pernah dirakamkan sekitar 14 tahun lalu.

"Mungkin dahulu kawasan pengambaran yang terlibat tidak punyai jalan raya atau sebagainya dan perubahan tersebut akan dapat disaksikan di Jejak Rasul 15,'' katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Renda Ramadan TV3 dan Ramadan@9 di Masjid al-Bukhary, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jejak Rasul 15 (Sirah Anbiya) yang menjalani pengambaran selama 95 hari akan disiarkan mulai 22 Ogos iaitu setiap Isnin hingga Ahad, pukul 6 petang.

Menurut Nurul Aini, selain Jejak Rasul 15, TV3 turut mempertaruhkan program khusus untuk kanak-kanak iaitu Anak-Anak Ramadan yang bersiaran mulai 28 Ogos ini, pada setiap Jumaat, pukul 6.30 petang.

Katanya, Anak-Anak Ramadan merupakan sebuah program baru yang mendalami kisah empat keluarga dan kanak-kanak di dalam keluarga berkenaan.

"Menerusi Anak-Anak Ramadan, kita akan dapat menyaksikan telatah kanak-kanak menjalani ibadah puasa.

"Ia juga menyelitkan unsur-unsur pengajaran kepada keluarga untuk membimbing kanak-kanak di bulan Ramadan yang mulia ini,'' jelasnya.

Program menarik Ramadan@9

Sementara itu, jika di pihak TV3 mengenengahkan Jejak Rasul 15, TV9 juga tidak ketinggalan memiliki sebuah program bercorak dokumentari mengenai kerasulan iaitu al-Risaalah.

Ketua Pegawai Eksekutif TV9, Bukhari Che Muda berkata, al-Risaalah untuk musim ketiga lebih memfokus kepada Nabi Isa dan juga kisah para Nabi yang tidak termaktub dalam al-Quran antaranya Amof, Mika serta Yusha bin Nun.

"Menerusi al-Risaalah, beberapa persoalan akan dilontar dan dijawab membabitkan Nabi Isa seperti yang dinyatakan al-Quran,'' ujarnya.

Jelas Bukhari, TV9 juga menyajikan program bercorak pengembaraan iaitu Jelajah Ramadan yang akan memperlihatkan bagaimana kehidupan masyarakat Islam di kawasan terpencil menyambut Ramadan.

Antara lokasi yang dilawat adalah di Longbusang, Sarawak dan Pulau Omadal di Sabah.

"Di Longbusang, krew penerbitan telah merakamkan pengertian Ramadan kira-kira 200 penduduk Islam suku kaum Kenyah dan 300 orang Islam suku kaum Bajau Laut di Pulau Omadal.

"Jelajah Ramadan akan membawa kita semua merasai bagaimana masyarakat yang tinggal jauh dari bandar menyambut Ramadan serta gaya hidup mereka,'' katanya.

Selain itu, Bukhari menjelaskan, TV9 turut menyiarkan sebuah program menarik iaitu Resipi Istana yang memaparkan resipi dan masakan hidangan berbuka puasa kegemaran kalangan sultan, permaisuri serta kerabat raja.

Antara tetamu diraja yang menghiasi Resipi Istana ialah Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun dan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail.


-Utusan


Thursday, August 13, 2009

Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia!

0



Berita yang baru GUA terima sebentar tadi, Ustaz Asri Rabbani, 40, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pantai selepas jatuh pengsan di RTM, Angkasapuri pada jam 10.30 pagi tadi.

Allahyarham yang dipercayai mendapat serangan jantung sedang memberi ucapan ketika sidang media program 'Syahadah'.

Kali terakhir GUA bertemu dengan Ustaz Asri ialah ketika sesi temuramah untuk program Sembang Selebriti sempena Ramadhan di pejabat urusan kumpulan itu kelmarin.

Allahyarham meninggalkan isteri tersayang Haliza, 38, dan enam orang anak.

Berita terkini:
Jenazah allahyarham akan dibawakan pulang ke rumah di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk dikebumikan sebelum Asar setelah dimandikan dan dikafankan di hospital.

- Gua.com.my




Wednesday, August 12, 2009

Mega masih hidup

0



AWAL tahun 1990-an nama kumpulan Mega mendaki sehingga ke puncak dek kerana lagu-lagu melankolik yang cukup mendapat tempat di hati peminat waktu itu.

Barisan lagu seperti Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara, Takdir & Waktu dan Bayangan Gurauan antara lagu yang menjadi siulan sehingga kini.

RAHMAD masih aktif menyanyi di pertunjukan pentas sekalipun tanpa kehadiran anggota Mega yang lain.

Namun, ke mana hilangnya kumpulan Mega yang cukup megah suatu ketika dulu? Kesempatan bertemu dengan vokalisnya Rahmad Tohak atau lebih popular sebagai Rahmad Mega baru-baru ini terus sahaja ditanya masa depan kumpulannya itu.

Mungkin ramai yang beranggapan kumpulan yang turut dianggotai oleh Sam (gitar utama), Munir (drum) dan Mat Mega (bass) itu sudah pun hilang dan berkubur.

Namun, hakikatnya kumpulan Mega masih lagi wujud namun bezanya mereka bukan lagi muda dan popular seperti dulu.




Menurut Rahmad yang kini berusia 40 tahun, perjuangan seni yang dipikulnya sejak zaman muda masih berkekalan sehingga kini. Tidak sedikit pun ia berubah walaupun nama kumpulan Mega tidak lagi popular.

"Saya masih lagi menyanyi seperti dulu, sama juga dengan anggota Mega yang lain semuanya masih aktif bermain muzik cuma kami tiada album.

"Semangat kami terhadap muzik tetap sama, cuma apabila meningkat usia komitmen semakin banyak, jadi tumpuan lebih diberikan untuk mencari rezeki dan keluarga. Ingin saya tegaskan kumpulan Mega masih lagi wujud, kami tidak berpecah," ujarnya.

Tambahnya, perjalanan seni mereka semakin perlahan kerana Mega kini tidak lagi bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman.

"Kami tidak ada kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman, semuanya berjalan sendiri. Memang saya ada niat untuk bergabung semula dengan anggota Mega yang lain dan keluarkan satu album.

"Tetapi masing-masing sibuk dan ada yang duduk di utara dan ada yang di selatan, jadi agar sukar untuk mengumpulkan mereka semua," jelasnya.

Kata bapa kepada lima orang anak yang berusia di antara satu hingga 14 tahun itu lagi, kali terakhir mereka bergabung dalam satu persembahan ialah pada tahun 2006.

"Saya memang teringin untuk bersatu balik, buat persembahan kerana lagu-lagu Mega masih diputarkan di radio sehingga ke hari ini.

"Itu membuktikan lagu-lagu kami masih mendapat tempat di hati peminat. Tetapi untuk membuat satu persembahan bersama agak sukar melainkan ada majlis-majlis besar kerana kami semua terikat dengan kerja," ulasnya.

Rahmad yang kini menceburi bidang perniagaan dan menjadi jurulatih di kem-kem jati diri bakal mengeluarkan lagu single terbarunya tidak lama lagi.

Bicaranya, meskipun jarang muncul pada mana-mana majlis hiburan dan kurang diberi publisiti, jiwa seninya masih lagi utuh. Dalam diam, dia juga sibuk mencipta lagu.

"Saya banyak simpan melodi lagu untuk simpanan sendiri sahaja. Sekarang ini kalau nak keluar satu album penuh memang agak sukar. Sebab itu saya memilih untuk keluarkan lagu single, cuma waktunya belum diketahui lagi," tuturnya.

Dalam pada itu, Rahmad juga sempat memberi pandangannya terhadap trend industri hiburan kini yang lebih menjurus kepada kelahiran band-band indie.

"Saya rasa perkembangan industri muzik kita bagus terutama ramai anak muda yang muncul dengan lagu-lagu yang kreatif cuma lagu-lagu mereka tidak melekat.

"Maksud saya mereka bagus, lagu popular tetapi lagu-lagunya setelah dikeluarkan dalam beberapa bulan orang akan lupa. Apa yang saya lihat perbezaan antara penggiat muzik dulu dan sekarang ialah teknologi.

"Macam pada zaman saya, kami lebih tekankan pada lagu itu sendiri, lirik dan lagu sama-sama penting tetapi orang zaman sekarang pada mereka muzik lebih penting daripada lirik. Sedangkan kedua-dua harus diambil berat untuk menghasilkan sebuah lagu yang mampu diingati sampai bila-bila," katanya yang merujuk pada lagu-lagu evergren kumpulannya.

Rahmad yang ditemui pada majlis anugerah Jaza Global Network turut menyanyikan lagu Suara Cinta dan Bayangan Gurauan.

-Kosmo


Tuesday, August 11, 2009

Hero Wujud Kerana Kopi

0



Melihatkan tubuh yang kecil molek menimbulkan keraguan inikah Hero yang ingin ditampilkan sebagai penyelamat.

"Saya tak cukup sasakah?" soalnya mengenai watak Hero yang harus digalas sebagai seorang artis. Baginya imej Hero tidak semestinya berbadan sasa namun keperibadian yang positif yang ingin diterapkan dalam watak Hero.

Hero seperti yang digambarkan memakai topeng dan kostum untuk mengelak daripada dikenali ramai. Itulah yang ditampilkan menerusi Hero, artis pertama yang diuruskan oleh syarikat pengeluar kopi Malaysia, Superbest Power.

Tampil dengan mengenakan topeng membuatkan hati tertanya-tanya kenapa beliau dicipta dengan imej begitu? Mungkin tiada niat meniru sesiapa namun terkena juga tempias dikaitkan sebegitu rupa.

“Tiada niat untuk meniru sesiapa, namun kami hanya ingin menonjolkan watak sebegini kerana Hero selalunya akan bertopeng.” ujarnya ringkas mengenai konsep bertopeng.



Gimik ini direka hanya untuk tujuan pemasaran dan sekaligus untuk mempromosikan produk kopi keluaran Superbest Power (M) Sdn Bhd. Setakat ini sejumlah 20,000 ribu unit telahpun dikeluarkan hasil permintaan daripada pengedar.

Single pertama berjudul "Cinta dan Kenangan" mula diputarkan di stesen-stesen radio tempatan bermula Julai 2009 sementara mini album penuh akan berada di pasaran pada 1 Ogos 2009.

Bagi yang berminat mendapatkan album keluaran khas Hero boleh mendapatkannya di pasaraya seperti Carrefour dan Mydin. Ini kerana mini album Hero tidak akan dijual secara konvensional untuk mengelakkan album dicetak rompak.

"Diharap kehadiran saya dalam industri ini di terima dan tolong tunjuk ajar kerana saya masih baru dalam bidang ini" kata-kata Hero mengakhiri perbualan.

Sementara itu, bagi mereka yang berminat menjadi artis SBP Entertainment, satu sesi ujibakat akan dijalankan pada 2 Ogos 2009 bertempat di Alamanda, Putrajaya.

-Manggaonline


Selat Tebrau tercemar, ribuan ikan mati

0



JOHOR BAHRU - Kehidupan sebanyak 67 nelayan di Perkampungan Orang Asli Telok Jawa, Masai di sini, tertekan ekoran sumber pendapatan mereka terjejas akibat pencemaran air di Selat Tebrau sejak seminggu lalu.

Salah seorang nelayan, Del Jahon, 49, berkata, masalah pencemaran air di selat tersebut telah menyebabkan ribuan ikan mati termasuk ikan di dalam sangkar.

"Masalah ini bermula sejak 3 Ogos lalu, namun dua hari kemudian jumlah ikan pelbagai spesies yang mati semakin meningkat.

"Bangkai-bangkai ikan tersebut terdampar di pesisir pantai menyebabkan bau yang sangat busuk," katanya ketika ditemui semalam.

Seorang lagi nelayan, Jumaat Sharke, 54, berkata, pencemaran air tersebut menyebabkan pendapatannya terjejas.

"Pagi tadi (semalam) saya turun ke laut melihat jaring tetapi seekor ikan pun tidak dapat.

"Jika keadaan ini berterusan, sumber pendapatan kami akan tertutup," katanya yang memperoleh kira-kira RM50 sehari daripada hasil laut.

Tambahnya lagi, bangkai-bangkai ikan yang terdampar di kawasan perumahan penduduk juga mengeluarkan bau busuk menyebabkan selera makan mereka turut terganggu.

-Kosmo


Monday, August 10, 2009

Mengukuh semula jenama Hot FM

0



SELEPAS diumumkan berada di tangga ketiga dalam persaingan merebut jumlah pendengar oleh Nielsen Radio Audience Measurement pada Jun lalu, Hot FM kini menyusun strategi baru untuk mengukuhkan kembali jenamanya.

Melakukan beberapa perubahan membabitkan pengisian program di samping turun padang merapati pendengar, Hot FM bagaimanapun mengakui penurunan rating sedikit sebanyak memberikan hikmah kepada mereka.

Mengenal pasti kelemahan di samping perlu lebih kreatif dan fokus, ia membuatkan stesen radio milik Media Prima Berhad (MPB) ini bersemangat untuk kembali segar dalam trek persaingan.

Menurut Seelan Paul selaku Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio Media Prima, sebaik pengumuman diuar-uarkan dengan Hot FM berada di belakang Era dan Sinar FM, stesen radio itu pantas menjalankan kaji selidik untuk mencari punca serta kehendak pendengar.

"Pendengar mahukan sesuatu yang menarik. Namun, daripada hasil kajian yang dilaksanakan, kami mendapati bahawa tidak semua pengisian program perlu diubah.

"Rombakan jadual tugas penyampai radio juga tidak perlu. Masing-masing sudah cukup mantap dalam segmen tersendiri.

"Salah satu contoh perubahan jadual segmen yang dilakukan adalah program Fakta Atau Auta. Ia dipercepatkan dari pukul 7 pagi ke 6.50 pagi," katanya ketika ditemui pada malam apresiasi Rangkaian Radio Media Prima di ibu negara, baru-baru ini.

Majlis yang dianjurkan bagi meraikan warga kerja Hot FM, Fly FM dan One FM serta media itu turut dihadiri Ketua Rangkaian Radio Media Prima, Ahmad Izham Omar.

Hot FM sebelum ini dilihat sebagai pencabar utama kepada Era namun kedudukannya agak sedikit goyah dengan peningkatan Sinar FM.

Berada di kedudukan ketiga secara keseluruhannya, Hot FM bagaimanapun mengekalkan kedudukan nombor satu bagi segmen pendengar di bawah usia 35 tahun.

Hot FM juga mampu berbangga kerana slot pagi iaitu Hot FM AM Krew yang dikendalikan oleh Fara Fauzana dan Faizal Ismail masih kekal sebagai program pagi terbaik.

Menyambung kata-kata, Seelan menjelaskan, di sebalik pengumuman kajian oleh Nielsen Radio Audience Measurement itu, pihaknya merasakan kejatuhan jumlah pendengar adakalanya bagus untuk sesebuah organisasi seperti Hot FM.

"Ia membuatkan kami lebih fokus dan kreatif. Tidak semestinya semua akan naik. Dalam soal ini, kami di Hot FM tidak perlu risau tentang apa yang stesen lain buat. Hot FM telah buat yang terbaik dan seharusnya kita perlu risau dan ambil berat tentang apa yang telah dilakukan,'' tegasnya.

Mengenai soal iklan pula, Seelan berkata, sektor pengiklanan Hot FM masih berada pada kedudukan yang baik.

"Jumlah pengiklan di Hot FM cukup bagus dan kami bukan hanya menawarkan segmen iklan semata tetapi mencari satu kaedah bagi membolehkan para pengiklan mencapai objektif masing-masing,'' jelasnya.

Ketika banyak stesen radio swasta beroperasi, Seelan bagaimanapun, gembira persaingan berlangsung dalam keadaan yang sihat.

Katanya, persaingan mampu memberikan keuntungan kepada pendengar apabila mereka dapat menikmati pelbagai variasi daripada kelainan setiap program yang ditawarkan oleh stesen radio.

"Persaingan memanglah sengit tetapi dalam konteks industri penyiaran radio, kami sememangnya saling bekerjasama untuk saling membangunkan antara satu sama lain.

"Dalam pada itu, radio bukan hanya bersaing sesama radio tetapi persaingan dengan teknologi penyiaran yang lain.

"Justeru, Hot FM juga sedang berusaha untuk mengemaskini penggabungan radio dan online. Elemen-elemen radio sudah mengalami revolusi. Sekarang ini adalah platform untuk menggunakan ruang udara, alam maya dan mobile,'' ujarnya.

Prestasi penyampai radio Media Prima

Sementara itu, Seelan ketika ditanya tentang prestasi penyampai radio terutamanya membabitkan penyampai radio Hot FM seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail dan Kieran berkata, pihaknya amat berpuas hati dengan prestasi mereka serta warga kerja stesen radio lain.

"Fara dan Faizal nampak lebih agresif. Kieran juga bagus dan kelihatan mantap dengan gandingannya iaitu AG. Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati,'' kata Seelan.

Menurutnya, Fly FM juga mencatatkan jumlah pendengar yang membanggakan iaitu peningkatan sebanyak 70 peratus manakala One FM ketika awal kemunculannya sudah mengumpul lebih 300,000 pendengar.


-Utusan


Pencarian gadis Melayu urban

0



GADIS Melayu sinonim dengan paras rupa menawan, serta peribadi yang sarat dengan nilai dan budaya Melayu serta bersopan santun hingga mampu meruntun hati siapa sahaja yang memandangnya.

Namun, ada persepsi yang mendakwa itu gadis Melayu dahulu. Sesuai dengan era baru, gadis-gadis Melayu kini sudah berubah atau dilabel sebagai gadis urban!

Biarpun begitu, sebilangan besar gadis urban masih berpegang teguh kepada nilai-nilai gadis Melayu biarpun pada masa yang sama aktif, lasak, moden, berdikari dan berkeyakinan tinggi.

Atas kesedaran itu, TV9 kini mencari ikon gadis Melayu yang urban dalam rancangan Gadis Melayu 2.

Musim baru Gadis Melayu 2 yang mula bersiaran sejak 6 Ogos lalu pada setiap hari Khamis, pukul 9.30 malam dikendalikan oleh Sharifah Shawati Syed Mohd. dan Juliana Evans.

Hasil daripada penjelajahan ke enam lokasi bermula di Johor, Pulau Pinang, Shah Alam, Perak dan Kuala Lumpur, 12 orang peserta bertuah yang mempunyai latar belakang yang berlainan berjaya dijejaki.


Mereka berjaya mengetepikan hampir 1,000 gadis lain yang turut sama menghadiri uji bakat itu.

Mereka ialah, Norfarizan Mohamad, Shazfinaz Hashim, Hafiza Bustanul Ariffin, Hazlin Hussain, Sharifah Jasmine Soraya Syed A. Jalil Jamalullail, Nadiah Adrianna Mohd Akbal, Putri Noor Nawal Ramlan, Rahimah Ibrohim, Robeaha Ramza, Siti Sharinnie Rizal, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin dan Raja Nor Juliana.

Rancangan realiti selama sejam ini memaparkan pelbagai aksi dan cabaran yang berbeza pada setiap minggu.

Cabaran-cabaran ini terdiri daripada penampilan diri, kecantikan, kebijaksanaan, keperibadian, kebolehan berkomunikasi, asas sains rumah tangga dan seni serta budaya.

Kesemua ini penting untuk memastikan pemenang benar-benar layak menjadi ikon kepada Gadis Melayu serta menjadi inspirasi kepada mereka untuk mewarisi budaya dan tradisi orang Melayu.

Namun begitu, kelainan yang cuba ditonjolkan pada musim ini adalah elemen tradisional seorang gadis Melayu dan elemen moden bersesuaian dengan zaman sekarang.

Penerbit Rancangan Gadis Melayu 2, Shukri Ibrahim berkata, pencarian gadis Melayu pada kali ini bukan sekadar mengetahui budaya Melayu semata-mata, malah turut diuji dari segi kebijaksanaan, kreativiti, serta mempunyai pengetahuan am.

"Mereka juga akan diuji dengan pelbagai aksi lasak sesuai dengan ciri-ciri gadis Melayu zaman sekarang walaupun berpegang kuat pada adat ketimuran, mereka juga tegas, berkeyakinan dan serba boleh.

"Seiring dengan konsep baru TV9 yang lebih urban, pencarian Gadis Melayu pada kali ini mengutamakan aspek gadis Melayu yang kontemporari, mempunyai latar belakang pendidikan yang baik di samping tidak mengabaikan tata susila dan keayuan sebagai seorang gadis Melayu," ujarnya pada sidang baru-baru ini.

Antara cabaran yang akan dilalui ialah, para peserta akan disediakan wang saku dan diminta untuk menyediakan masakan kampung.

Bagaimanapun, sekiranya wang tersebut tidak mencukupi, mereka haruslah pandai mencari dan memetik sendiri ulam-ulaman yang hendak disediakan.

Secara tidak langsung, tugasan ini akan menguji para peserta sama ada mengenali ulaman kampung atau sebaliknya.

Pada masa yang sama, karakter merupakan perkara sebenar yang dicari dan kerana itu, para peserta haruslah memiliki karakter diri serta bakat dan personaliti tersendiri.

Dari segi pemarkahan untuk setiap tugasan yang diberikan, 50 peratus datangnya daripada undian penonton dan 50 peratus lagi akan dinilai oleh juri jemputan yang berbeza dalam setiap episod.

Tambah Shukri, antara perbezaan yang ditonjolkan pada musim ini, konsep imuniti diperkenalkan iaitu peserta yang berjaya memenangi cabaran pada episod itu akan dikecualikan daripada dibuang pada akhir rancangan.

Menurutnya, ia diwujudkan untuk menambah daya saing antara peserta dan menjadikan rancangan ini lebih menarik.


-Utusan


Tetamu kecil Suria FM

0



SEJAK memulakan operasi penyiaran lima tahun lalu, inilah kali pertama Suria FM bersiaran bersama tetamu paling kecil, Engku Aleesya Engku Emran yang merupakan anak kepada pelakon popular, Erra Fazira dan juga Ketua Pegawai Operasi stesen berkenaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Minggu lalu, memasuki konti Suria FM seawal pukul 7.30 pagi, Ungku Aleesya yang masih lena dalam dakapan ibunya memenuhi undangan bersiaran bersama krew Breakfast@Suria, Tuah dan Zizi.

Sepanjang 90 minit bersiaran, pelbagai topik serta pertanyaan dilayangkan oleh penyampai mahupun pendengar Suria FM sendiri kepada kedua-dua tetamu istimewa itu. Hampir kesemua soalan yang diajukan menjurus kepada si comel itu.

Pelbagai gelagat serta aksi bersahaja si comel itu dipertontonkan secara langsung di suria.tv yang boleh ditonton menerusi laman sesawang rasmi Suria FM, www.suriafm.com.my khas buat tontonan pendengar setia mereka.

"Dia tidak banyak ragam, kecuali jika dia lapar dan hendak tidur," kata Erra mengenai tabiat puteri sulungnya itu.

Benar seperti yang dikatakan oleh ibunya, Engku Aleesya tidak banyak ragamnya. Si kecil bermata bundar ini memerhati dan bertindak balas dengan keadaan sekeliling.

Bagaikan sudah terbiasa dikerumuni dan diperhatikan khalayak, dia tidak sedikit pun menunjukkan aksi kurang senang tatkala 'diusik' oleh kedua-dua penyampai tersebut.

Biarpun baru mencecah usia empat bulan, seperti ibu dan ayahnya, Engku Aleesya turut mewarisi 'kemahsyuran' kedua-dua selebriti itu.

Kemana sahaja dia dibawa pasti puteri comel berkulit cerah itu menjadi perhatian ramai.

Malah sejak dalam kandungan lagi ramai yang begitu teruja menanti kelahirannya. Malah, sesudah dilahirkan bertambah ramai yang setia menunggu kesediaan Erra dan suami merelakan wajah anak sulungnya itu dirakamkan.


Dilahirkan seberat 4.04 kilogram (kg) di Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur pada 30 Mac lalu, Engku Aleesya kini hampir mencecah berat 8 kg.

Bertuah menjadi Engku Aleesya. Biarpun telah direncanakan rancangan pendidikan sempurna oleh ibu dan ayahnya, dia juga pada masa yangsama sudah mengumpul ribuan malah mungkin jutaan peminat menerusi program Gugu Gaga Erra.

Menariknya, program tersebut merupakan antara program yang cukup mendapat perhatian ramai di saluran Ria (saluran 104, Astro) ketika ini.

Selepas muncul di kaca televisyen, Engku Aleesya muncul pula sebagai tetamu undangan di radio, apa lagi selepas ini?

Erra dalam Andartu Terlampau

Tidak sah sekiranya bertemu Erra jika tidak menyingkap perihal aktiviti seni terbarunya.

Jelas Erra, dia bakal muncul dalam filem Andartu Terlampau terbitan syarikat milik pelakon Haliza Misbun.

Selain Haliza, pelakon lain yang terlibat termasuklah Awie dan Abby Abadi.

Kalau sudah ratu filem, yang bermain di fikiran sudah tentu Erra bakal muncul sebagai salah seorang pelakon utama. Tambah menarik, mungkinkah filem ini bakal mengubati kerinduan peminat apabila bertemu semula dengan Awie di lokasi filem yang sama?.

Belum sempat memanjangkan pertanyaan, pantas jawapan yang diberikan Erra, dia hanya muncul seketika dalam filem tersebut dan memulakan pengambaran semalam.

"Dalam filem ini, watak saya sebagai Markonah, seorang andartu (anak dara tua) yang tidak bijak merencana penampilan diri," katanya.

Dalam sisi lain, jelas Erra, dia baru sahaja habis menjalani pengambaran drama bersiri Mertua vs Menantu dan sebuah telefilem yang bakal ditayangkan di Astro pada hari raya nanti.

"Walau sibuk berlakon dan menguruskan perihal rumah tangga, sempat juga saya ke lokasi filem," kata Erra lagi.

Sedar tidak sedar, siri realiti yang memaparkan bagaimana pelakon jelita itu meniti hari-hari bergelar ibu bakal melabuhkan tirainya esok (11 Ogos).

Biarpun mencatat rating yang cukup memberangsangkan, jika sudah namanya rancangan realiti sudah tentu tidak dapat lari daripada pelbagai tanggapan negatif.

Malah, baginya adegan 'drama' dalam sesebuah rancangan realiti itulah yang mencantikkan lagi jalan ceritanya.

Pelbagai babak 'pergaduhan' antara Erra dengan Pembantu Peribadi (PA), Nor Azira Zakaria, 22, yang mengurusnya sejak tiga bulan lalu dipaparkan dalam rancangan itu.

Mengulas perihal adegan pergaduhan, kata Erra, ia merupakan 'drama' yang dihasilkan bagi menambah perisa dan mensensasikan lagi rancangan tersebut.

"Di luar negara ia bagaikan sudah di anggap biasa, namun tidak kepada masyarakat kita yang lebih sensitif kepada perkara-perkara negatif.

"Memang akan ada pro dan kontranya, nak tak nak kenalah bersedia menerima. Setidak-tidaknya Gugu Gaga Erra ini dapat dijadikan panduan kepada rancangan realiti lain seumpamanya.

"Dari segi rating, Alhamdulillah berjaya dan saya rasa Astro sudah memperoleh apa yang mereka mahukan daripada penerbitan program itu," kata Erra yang mempunyai kontrak setahun lagi sebagai wajah eksklusif Astro.

Erra antara nama-nama besar yang disenaraikan sebagai wajah eksklusif Astro selain beberapa artis lain antaranya Aaaron Aziz, Farid Kamil dan Lisa Surihani.

Namun, penampilan Erra lebih menonjol berbanding pelakon lain menimbulkan spekulasi kurang enak pelbagai pihak bahawa kononnya Astro 'memerah' kudratnya atas tiket populariti pelakon dan penyanyi kesayangan ramai itu.

Menolak dakwaan itu, kata Erra: "Saya tidak rasa diri dipergunakan sebab saya mematuhi kontrak dan mereka (Astro) tidak melanggar perkara yang ada dalam kontrak.

"Orang boleh bercakap macam-macam. Tetapi bagi saya dalam hubungan kontrak perlu ada give and take (timbal balas), kalau tidak susahlah nak buat kerja," kata Erra sebelum mengakhiri perbualan.

-Utusan




Blog Widget by LinkWithin
 

Nashfm Entertainment - Dunia Muzik Anda™ Copyright © 2009 - 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha