Anda Pelawat Ke

AMARAN : DILARANG MENCARUT
Sebarang Komen/Idea Sila Isi Borang Dibawah.

Thursday, July 30, 2009

Pemergian Abah Tersayang

1

Khamis,16hb Julai 2009 pada jam 3.30 ptg abah nash (Awang bin Ali) telah menghembus nafas terakhir di Hospital Pontian,Johor dalam keadaan koma sejak dimasukkan wad pada hari semlm Rabu 15hb Julai 2009 kerna x sedar pd pagi Rabu disebabkan luka kencing manis dikaki kanan yg dia alami sejak 5 bulan lalu akibat terpijak sesuatu yg tajam dikebun beliau.

Pada mulanya arwah abah mendiamkan diri terpijak sesuatu semasa berkebun tp dh seminggu baru arwah abah bgthu pd mama dan anak2nya.Kalau tidak dapat diselamatkan dengan menghantar ke klinik terdekat membuat suntikkan pada kaki yg pijak dawai.
Tapi sayangnya makin hari luka dikakinya makin bengkak dan bernanah.Arwah abah xnk ke hospital sbb takut walau dia bekas pekerja hospital.Tp nk buat mcm mna kan sudah takdir tuhan abah pergi untuk selamanya....Kalau arwah abah panjang umur mungkin kaki dia dh kne potong kerana luka akibat kencing manis.

Pemergian abah disebabkan terlambat membuat rawatan kerana kuman dh sampai ke jantung menyebabkan dia koma (tidak sedar).Selama 5 bulan arwah abah dirumah dapat gak anak2nya menjaga dgn baik dan aku pulak sempat gak mandikan dia pada hari selasa (semalam seblm masuk wad) tp makin lama dia xnk makan sbb xde selera.

Untuk xnak sedih sangat sampai sini jelah coretan hati ku utk kawan2...
Al-fatihah akan selalu along,adik2 dan mama doakan utk abah semoga abah ditempatkan disisi Allah S.W.T serta ditempatan bersama orang-orang beriman dan soleh...
Amin...




Monday, July 27, 2009

Sinarfm Stesen Orang Matang.

0




Jangan diingatkan muzik retro tiada yang berminat. Buktinya, jumlah pendengar Sinar telah bertambah lebih 1.2 juta dalam tempoh 2008 hingga 2009, menjadikan jumlah pendengarnya seramai 3.82 juta.

Buat pengurus rancangan Rostam Said, kejayaan Sinar walaupun membanggakan namun dia tahu masih terdapat banyak ruang untuk memperbaiki pencapaian mereka.

“Sejak kecil saya diajar jangan lalai dibuai pujian. Kita kena berusaha untuk membuat yang terbaik. Fokus kita bukan sahaja pada mereka yang sudahpun pendengar setia Sinar tetapi orang yang belum lagi mendengar Sinar,” katanya yang memberitahu peningkatan dalam pendengar Sinar banyak disumbangkan oleh program Sinar Pagi.

Tambah Rostam, kebanyakkan orang salah anggap bahawa Sinar radio orang tua. Tetapi lebih tepat jika Sinar dikategorikan sebagai stesen orang matang.

“Pertama dalam strategi Sinar adalah untuk mengubah persepsi ramai tentang Sinar. Malah kaji selidik AC Nielsen menunjukkan bahawa Sinar mempunyai ramai pendengar dibawah 30-an. Budak-budak suka dengan lagu-lagu retro walaupun mereka tidak mengenalinya. Kita juga ada memainkan lagu-lagu baru tapi tidaklah sepantas orang lain.”

Konsert R&R Sinar Buat Peminat
Bagi anak-anak muda yang gemarkan muzik retro, Ogos ini Sinar telah mengumpul beberapa legenda muzik tempatan untuk beraksi di siri Konsert R&R Sinar. Konsert ini bakal berlangsung di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang (1 Ogos) dan Dataran MBPJ, Petaling Jaya, Selangor (15 Ogos).

Barisan artis yang akan tampil di konsert di Pulau Pinang termasuk Othman Hamzah, Ruhil Amani, Hattan, Rusty Blade, Ramlah Ram, Datuk Khadijah Ibrahim, Ramli Sarip dan Wings. Sementara konsert di Dataran MBPJ pula, tempat Ramli Sarip akan diambil alih oleh Jatt dan May.

“Kita membawa artis yang mana orang ramai sudah lama tidak lihat beraksi di pentas. Kita cuba cari yang jarang dan susah tengok di konsert, dan seharusnya kena dengan genre retro dan rock,” kata Rostam.

Konsert tiga jam bermula 8.30 malam yang ditaja oleh KDK ini diadakan secara percuma. Pas VIP boleh didapati dengan menelefon penyampai bertugas apabila talian studio dibuka. Untuk memenangi dua pas VIP, pendengar haruslah menjadi pemanggil pertama dan menyanyikan lagu yang dipopularkan salah satu artis yang akan membuat persembahan di Konsert R&R Sinar.

Bagi Konsert R&R Sinar di Pulau Pinang, 100 pas VIP telah ditawarkan sejak 20 Julai lalu dan akan berakhir pada 31 Julai ini. Untuk konsert di Petaling Jaya pula, 100 pas VIP akan ditawarkan dari 3 hingga 14 Ogos.

Petikkan Gua.com.my


ERA: Iya Ke Kita Tiru?

0




Begitulah jawapan pengurus rancangan ERA Nazri Noran bila diminta memberi komen tentang dakwaan sebuah stesen radio saingan yang idea mereka telah ditiru ERA.

“AMP Radio Networks sebenarnya telah memulakan banyak program tetapi kami tidak pernah mewar-warkannya. Kalau ada yang nak mendakwa itu idea mereka, kami tak kisah. Tapi bagi saya, anda tidak boleh mendakwa yang idea anda itu original kerana semuanya sudah dilakukan.”

Jelas Nazri, konsep muzik tanpa iklan sudah diperkenalkan sejak 1997 lagi oleh stesen radio seperti Hitz.fm dan Light.fm.

“Setiap tahun kami ‘improvise’ konsep ini. Kami tak kisah jika idea kami diambil orang lain yang mampu mengaplikasikannya dengan lebih baik. Ia hak milik semua. Bagi kami, ia satu persaingan yang sihat. Tak perlulah di perbesarkan isu ini.




“Dan takdelah saya nak melenting sebab orang mencuri idea kami. Jika curi pun, apa kami nak buat? Objektif kami adalah untuk menghibur para pendengar. Jadi kami perlu mencari sesuatu yang baru untuk menarik minat mereka,” ujar Nazri yang juga mendedahkan mereka dalam persiapan untuk melancar portal radio baru.

Aznil & Din Beramboi Riuh Sana Sini Tawar RM50,000
Nazri ditemui semasa majlis pelancaran pertandingan Aznil & Din Beramboi Riuh Sana Sini di KL Sentral, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kempen anjuran bersama ERA dan Carrefour itu memerlukan para peserta membawa papan poster berupa imej Aznil dan Din Beramboi ke mana-mana saja mereka pergi sepanjang tiga minggu bermula hari ini hingga 14 Ogos. Ideanya adalah untuk peserta mendapatkan seberapa banyak publisiti untuk aktiviti mereka. Gambar atau video yang dirakamkan – terhad kepada tiga yang terbaik dalam sehari – boleh diletakkan di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Friendster, MySpace atau Youtube.

Penyertaan dibuka sejak 13 Julai lalu dan 1,000 papan poster ini diedarkan bukan sahaja di Lembah Klang malah utara dan selatan Semenanjung Malaysia.

Satu panel khas yang terdiri daripada wakil ERA dan Carrefour akan mengadili serta memberi mata kepada peserta berdasarkan daya usaha dan kreativiti mereka di samping ciri originaliti dan nilai tarikan gambar. Mata lebih diberikan jika aktiviti mereka mendapat liputan akhbar, majalah atau TV.

Pada hari-hari tertentu, satu tema akan ditetapkan dan peserta perlu berusaha mencari peluang publisiti berdasarkan tema tersebut. Misalnya, jika tema konsert diumumkan, peserta hendaklah membawa papan poster ke mana-mana acara konsert yang sedang berlangsung. Mata bonus diberikan apabila peserta mendapat publisiti bagi aktiviti yang mengikut tema.

Peserta yang memperolehi markah tertinggi pada penghujung kempen akan memenangi wang tunai berjumlah RM50,000.

Orang ramai pun boleh menang wang tunai setiap hari dengan menjadi papERAzi yang mengikuti aktiviti peserta. Apabila terserempak dengan mana-mana peserta yang sedang membawa papan poster Aznil dan Din Beramboi, hubungi stesen ERA pada waktu peraduan dan laporkan bila serta di mana peserta tersebut.

Ambil juga gambar bersama peserta sebagai bukti dan hantarkannya melalui laman web ERA atau emel ke webmaster@era.fm. Setelah gambar itu disahihkan, RM150 akan dimenangi. Wang habuan menjadi RM300 jika laporan dibuat semasa rancangan Riuh Pagi ERA, yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat, 6 – 10 pagi. Selain wang tunai, papERAzi turut menerima baucar Carrefour bernilai RM50.

Petikkan Dari Gua


Sunday, July 26, 2009

Yasmin Ahmad Meninggal Dunia

0

KUALA LUMPUR: Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara.

Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak.

Suaminya, Tan Yew Leong, Dr.Zakaria Zahri (adik ipar) dan Datin Orked (adik), Dr. Zurin turut berada di sisi Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS19, Subang Jaya sebelum solat Zohor, esok (26 Julai), manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan.

Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital tersebut, sebentar tadi.

Fatimah juga meminta kepada semua peminat Yasmin untuk turut menyertai solat jenazah serta mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang beriman.

Pihak media juga diminta untuk tidak mengganggu ahli keluarga Yasmin buat masa ini yang masih bersedih dengan kematian pengarah itu.

Turut hadir di sidang media tersebut ialah Datuk Seri Farid Ridzuan dan adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.- semasa2u





Saturday, July 25, 2009

'Saya dan Norman semakin intim'

0



Justeru, Memey mahu bekerja lebih keras untuk mendapat tempat dalam bidang seni. Maklumlah, baru setahun jagung dalam bidang seni dan perjalanan hidupnya masih jauh.

"Terus terang, saya tidak mahu nama saya dikenali ramai atau orang menilai diri saya sebab kontroversi yang dicetuskan sebelum ini.

"Bagi saya, kontroversi yang mengaitkan saya dengan keruntuhan rumah tangga pelakon Norman Hakim dengan Abby Abadi sebelum ini sudah menjadi sejarah dan saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi," katanya.

Apa pun kata Memey, masih ada cerita negatif mengenai dirinya yang disebarkan di Internet sampai sekarang. Sebagai manusia biasa, dia tidak mampu menghalang mereka daripada menyebarkan cerita seperti itu.

"Orang boleh kata apa saja yang mereka suka dan saya memang tidak boleh menghalang. Saya juga lebih suka melihat kontroversi yang melanda hidup saya dulu dari sudut yang positif.

"Apa yang berlaku dalam hidup saya itu memberi saya kekuatan untuk menjadi manusia lebih kuat untuk menempuh apa saja ujian dalam kehidupan.

"Saya juga menjadi manusia yang lebih cepat matang daripada usia sebenar. Apa yang berlaku banyak mengajar saya erti kehidupan dan mengajar saya untuk lebih berhati-hati pada masa depan," katanya.

Katanya, dia berdoa perbicaraan kes khalwatnya dengan Norman selesai secepat mungkin. Memey dan Norman akan ke mahkamah untuk perbicaraan semula kes khalwat berkenaan pada 31 Julai ini.

"Selagi kes khalwat itu tidak selesai, selagi itulah kami masih dibebani masalah. Apabila sudah selesai nanti, kuranglah satu beban dalam hidup kami berdua.

Petikkan Harian Metro.




Thursday, July 23, 2009

13 Rahsia Cinta Lebih Hebat!

0


Di dalam hubungan percintaan, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penekanan. Namun bagi sesetengah pasangan, mereka selalu mengabaikan aspek ini dengan alasan ia tidak begitu penting.

Namun harus dingatkan, bercinta sebenarnya bukan peluang untuk anda sentiasa difahami, sebaliknya bercinta adalah satu proses untuk anda membentuk persefahaman agar saling memahami di dalam apa jua situasi.

Di alam percintaan, ia secara tidak langsung memerlukan anda berkorban dan bertolak ansur antara satu sama lain. Apa yang penting dan perlu dititikberatkan ialah percintaan yang terjalin mampu memberikan kebahagian kepada anda dan pasangan.

Bagi mengukuhkan lagi perasaan cinta di antara anda, anda perlu memahami satu persatu tentang prinsip serta falsafah cinta. Dengan cara ini pasti ianya dapat membuka mata dan fikiran anda supaya lebih menghargai cinta.

Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, anda perlu mengetahui 13 rahsia yang menjadikan cinta anda dan pasangan menjadi lebih lancar dan membahagiakan walaupun kadang kala cinta yang yang terjalin tidak kesampaian.

1. Jika seseorang yang istimewa hadir di dalam hidup anda dan dengan beberapa sebab tertentu dia terpaksa pergi, anda harus merelakannya. Jangan terlalu bersedih dan terimalah hakikat bahawa dia tercipta bukan untukmu. Walaupun tidak dapat bersama untuk selamanya, sekurang-kurangnya dia pernah hadir membahagiakan anda. Sentiasa percaya kepada jodoh kerana jika dia memang ditakdirkan untuk anda, walaupun sejuta halangan yang mendatang, dia pasti akan tetap menjadi milik anda.

2. Jangan cuba melarikan diri daripada cinta apabila cinta sudah berada di hadapan anda. Sentiasa menghargai insan yang menyayangi dan mencintai anda. Bukan mudah untuk mencari cinta kerana cinta selalunya hadir dengan hati yang tulus dan niat yang ikhlas.


3. Sentiasa berani berhadapan dengan risiko. Di alam percintaan semestinya pelbagai halangan akan ditempuhi. Hanya mereka yang benar-benar berani mampu merasai cinta yang sejati. Ingat peluang bukan selalu hadir dan mungkin itulah peluang sekali seumur hidup yang akan kamu temui. Maka apabila bertemu dengan orang yang sesuai, rebut peluang itu dan jangan biarkan dia ternanti-nantikan balasan cinta anda.

4. Belajar menghargai orang lain yang sentiasa setia di saat anda susah ataupun senang. Jangan sampai anda mengalirkan air mata akibat menyesal kerana membiarkan cinta berlalu begitu sahaja. Sudah lumrah manusia yang selalu tidak menghargai seseorang yang menyayangi kita sehinggalah orang tersebut pergi meninggalkan kita. Saat itu pasti tiada sesiapa yang akan menemani anda lagi.

5. Terdapat banyak bintang di langit, tetapi hanya sebutir bintang yang benar-benar menyerlah dan mampu menarik perhatian anda. Tetapi awas, jangan terlalu asyik memandang keindahan kemilau bintang sehingga lupa kepada rumput yang dipijak. Mungkin pasangan anda sekarang bukanlah seorang yang benar-benar sempurna di mata anda, tetapi kebijaksanaannya melayan anda, berjaya menutup kekurangannya.


6. Jangan terlalu memilih. Sentiasa ingat bahawa tiada seorang manusia pun di dunia ini yang sempurna di dalam setiap aspek. Apa yang penting sentiasa berfikiran positif dan memberi peluang kepada insan yang anda sayang buktikan kebolehannya. Anda juga harus ingat, kesempurnaan dalam cinta tidak akan dapat dicapai sekiranya anda tidak berusaha bersama.

7. Cinta itu selalu membuatkan anda gembira walaupun ia kadang kala melukakan. Oleh sebab itu berikanlah cinta sejati kepada mereka yang benar-benar layak. Ini kerana bukan semua orang boleh bertahan apabila mengalami kelukaan yang diakibatkan oleh cinta.

8. Kepercayaan kepada pasangan adalah amat penting. Tanpa sikap saling mempercayai antara satu sama lain, hubungan yang terbina sudah pasti tidak akan mampu untuk bertahan lama. Jadi untuk mempercayai seseorang yang anda cintai, anda mesti membuatkan dia sentiasa mempercayai anda terlebih dahulu. Apa yang penting, sentiasa yakin dan jangan sesekali selitkan perasaan ragu-ragu terhadap pasangan apabila perasaan percaya itu telah mula wujud di dalam jiwa anda berdua.

9. Cinta memerlukan masa untuk anda menyedarinya. Walaupun ada yang percaya kepada cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa untuk insan yang seorang lagi merasai kehadiran cinta anda. Perasaan sayang dan kasih juga perlu dipupuk dan itu semua memerlukan masa supaya cinta yang terbina menjadi utuh buat selamanya.

10. Jangan sesekali berputus asa apabila wujudnya persaingan untuk merebut cinta. Anda perlu yakin dengan kehebatan dan keistimewaan anda. Namun jika anda gagal setelah berjuang, itu membuktikan anda seorang yang matang dan sentiasa positif apabila berhadapan dengan kegagalan. Tetapi sekiranya anda berjaya merebut cintanya, itu pastinya menjadi kenangan paling manis untuk anda kenang di sepanjang hidup anda.

11. Jangan bertangguh atau takut untuk meluahkan rasa hati. Biarkan dia tahu rahsia hati anda dan berikan dia sedikit masa untuk memikirkannya. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah apabila anda memberitahu insan yang anda sayang betapa penting dan istimewanya mereka di dalam hidup anda. Dengan itu anda pasti akan berasa puas dan lebih yakin untuk meneruskan kehidupan.

12. Cinta itu berasaskan pengorbanan dan tolak ansur. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu kelemahan dan kekurangan diri anda tetapi dalam masa yang sama masih boleh menerima serta mencintai diri anda seadanya. Jika kamu menemui insan sebegini, jangan sekali-kali melepaskannya kerana dia sudah pasti jodoh terbaik buat anda.

13. Sentiasa bukakan hati anda kepada insan yang anda sayangi. Jangan sekali-kali meraguinya kerana keikhlasan yang dipamerkan sudah pasti akan dapat dirasai oleh hati yang sentiasa dipenuhi oleh cinta suci.


Wednesday, July 22, 2009

Konsert M. Nasir Ditunda

0



Berita buruk buat peminat sifu M. Nasir yang tak sabar menanti konsert ‘Satu Wajah M. Nasir’ di Stadium Negara pada Sabtu ini.

Konsert tersebut ditunda atas pemintaan penaja yang dikatakan memerlukan masa untuk mengatur semula strategi penajaan dan pemasaran konsert, menurut laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Tarikh baru konsert dikatakan akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Pemegang tiket yang tidak mahu menyimpan tiket mereka untuk diguna pada tarikh baru konsert boleh menuntut semula wang mereka di pejabat Maya Axis Creative (03-80769872 / 9873) atau di pejabat tiket hotline (03-77251177 / 1166).






H1N1: Kampus UPNM, MTD tutup

0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan mengesahkan 60 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di sini didapati positif wabak selesema babi (H1N1).

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad berkata, penularan wabak tersebut berpunca daripada seorang pensyarah yang baru pulang dari Melbourne, Australia.

"UPNM dan MTD kini ditutup selama seminggu dan pelajar-pelajar terbabit dikenakan kuarantin di rumah dan kami akan mengikut nasihat daripada Kementerian Kesihatan sehingga tempoh kuarantin tersebut selesai," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Sehubungan itu, semua perjalanan keluar masuk ke UPNM dan MTD diperketatkan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan semua prosedur operasi standard turut diambil.

Sementara itu, kelas Lima Lotus, Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Shah Alam turut ditutup mulai semalam sehingga 27 Julai ini berikutan 15 pelajar kelas itu mengalami tanda-tanda selesema babi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tiga kes baru dikesan semalam iaitu dua kes import dan satu kes tempatan menjadikan mangsa H1N1 kini meningkat kepada 877 kes.





Tuesday, July 21, 2009

Terima kasih MU

0



BERBANDING aksi pertama ketika menentang Manchester United, Sabtu lalu entah mengapa permainan skuad kebangsaan malam tadi agak kucar-kacir membolehkan Red Devils dengan mudah meraih dua gol dalam tempoh dua minit.

Itulah hakikat terpaksa diterima jurulatih kebangsaan, K Rajagobal apabila anak buahnya gagal mengulangi aksi kemas ketika tewas tipis, 3-2 Sabtu lalu untuk kecewa 2-0 di tangan Federico Macheda dan Micheal Owen.

Mungkin faktor keletihan, seperti yang menjadi igauan selama ini menjadi kenyataan malam tadi apabila pemain kebangsaan dikerah keringat beraksi dalam dua perlawanan sepanjang tempoh tiga hari.

Menurut Rajagobal, dua gol yang dilepaskan Malaysia berpunca daripada pergerakan kurang kemas, berbanding persembahan lebih tersusun dua hari sebelumnya.


“United bermula dengan pemain baru dan kami melepaskan gol yang kurang kemas. Apa yang saya lihat, kelemahan di bahagian sayap kiri memberikan lawan banyak ruang.

“Kami tidak bermula seperti yang kami mahukan dengan pemain kelihatan kepenatan. Serangan balas kami kelihatan bahaya tetapi kurang naluri pembunuh,” katanya.

Malah menurutnya, strategi meletakkan pemain muda 19 tahun seperti Ahmad Shakir, G Gurusamy dan Mohd Muslim Ahmad pada separuh masa pertama belum menampakkan kesan sepenuhnya.

“Pemain muda kami boleh bermain dan mencipta peluang tetapi tiada ketenangan untuk menyudahkannya,” katanya yang bagaimanapun berpuas hati dengan tahap keyakinan mereka.

“Pasukan ini memerlukan masa lebih daripada 10 hari untuk bermain seperti mereka. Ryan Giggs dan pemain lain bermain bersama-sama untuk tempoh yang lama.

“Pemain kita sebaliknya mentah dan masih memerlukan dua tahun untuk menunjukkan peningkatan,” katanya.


Monday, July 20, 2009

(Gempar) Michael Jackson mati dibunuh

0



LOS ANGELES: Kematian Michael Jackson kini sah disiasat sebagai kes bunuh, semalam selepas hasil bedah siasat mendapati dia disuntik ubat berlebihan.

Menurut rakan baik keluarga Michael, Terry Harvey, polis memaklumkan kepada keluarga Michael bahawa mereka akan mendakwa seorang atau lebih suspek dalam tempoh beberapa hari.

“Perbicaraan itu membabitkan pertuduhan jenayah,” katanya.

Menurutnya, suspek terdiri daripada individu yang mengendalikan suntikan serta pihak yang menyediakannya untuk Michael.

Harvey yang mengenali keluarga Michael sejak lama dulu berkata, pakar autopsi menemui banyak kesan ubat penahan sakit berkeupayaan tinggi yang dikenali dengan label Diprivan.


Minggu lalu, La Toya mendakwa dia tahu siapa dalang di sebalik pembunuhan adiknya.

Kata Harvey, autopsi menunjukkan Michael mati apabila Diprivan disuntik berlebihan ke dalam tubuhnya, selain sejumlah pil lain ditemui dalam perut penyanyi terbabit.

“Ada kesan jarum suntikan pada leher dan seluruh tubuhnya,” katanya.

Kemungkinan besar, kata Harvey, pihak berkuasa mendakwa suspek atas tuduhan membunuh tahap kedua, iaitu bertindak menyebabkan kematian.

Katanya, keluarga Michael bekerjasama dengan pasukan penguat kuasa dadah dan polis Los Angeles bagi mengenal pasti doktor mana menyediakan ubat untuk Raja Pop itu.

Mereka juga, katanya, memastikan sejak bila masalah serius itu berlaku.

Dalam temu bual sama, Harvey mendedahkan, keluarga Raja Pop itu akan menyaman penganjur konsert Michael yang sepatutnya diadakan di London.

Mereka dijangka memfailkan saman bernilai RM175 juta ke atas AEG sebaik saja suspek pembunuhan Michael didakwa.

“AEG disaman menyebabkan kematian kerana gagal menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan Michael.

“Syarikat itu sepatutnya boleh menyelamatkan nyawa penyanyi itu,” katanya.

Harvey berkata, bapa Michael, Joe, cuba memulihkan penyanyi itu ketika dia membuat persiapan mengadakan konsert di London.

“Soalnya, sejauh mana penganjur itu tahu masalah Michael dan siapa menyediakan ubat untuknya.

“Semua orang tahu AEG melantik doktor bagi menjaga kesihatan Michael,” katanya.

Sementara itu, wakil AEG berkata, pihaknya melakukan apa saja yang termampu untuk menjayakan konsert Michael.

AEG juga sentiasa menegaskan Raja Pop itu sihat dan cergas sepanjang masa latihan. - Agensi

Petikkan Harian Metro.


Sunday, July 19, 2009

Pelakon Kairel Khamis meninggal dunia

0




Penyanyi dan pelakon era 80-an, Khairuddin Khamis atau lebih dikenali sebagai Kairel Khamis, 53, menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 5.20 pagi, semalam.

Abang kepada penyanyi Azizul Khamis itu yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi meninggal dunia akibat sesak nafas.

Kairel yang tidak pernah berkahwin dan tinggal bersama anak angkatnya, Suhairil Sunari, 21, di Taman Melawati mengadu sesak nafas kira-kira jam 4.20 pagi selepas pulang dari bertemu seorang rakan di Sungai Buloh.

Jenazah Allahyarham Kairel dibawa ke rumah abangnya di Kampung Malaysia Tambahan dan disembahyangkan di Masjid Madrasah Nahdatuddiniah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Salak Selatan, Sungai Besi selepas solat Jumaat.

Suhairil berkata, ketika menghantar bapanya ke Klinik Izham dia masih sedar dan boleh berjalan. Tetapi keadaannya kembali teruk dan pihak klinik menghantar arwah bapanya itu ke HKL untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Sebaik sampai di klinik, doktor memberikan oksigen kepada arwah tetapi keadaannya menjadi semakin teruk dan dia dihantar ke HKL pada jam 5.20 pagi dan meninggal dunia dalam perjalanan. Bagaimanapun saya hanya memaklumkan mengenai berita kematiannya kepada kaum keluarga dan rakan terdekat Allahyarham pada jam 6.15 pagi," katanya.

Jenazah Allahyarham Kairel dibawa ke rumah abangnya di Kampung Malaysia Tambahan dan disembahyangkan di Masjid Madrasah Nahdatuddiniah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Salak Selatan, Sungai Besi selepas solat Jumaat.

Allahyarham Kairel yang menceburi dunia hiburan ketika pertengahan tahun 80-an pernah memiliki sebuah album dan lagunya yang popular adalah Pura-Pura Malu Tapi Mahu. Antara drama lakonannya ialah Laukku Cukup Masin dan Gosok yang dikeluarkan dalam bentuk VCD.

Anak kelima dari tujuh beradik itu juga baru saja muncul di dalam album kompilasi Anugerah tahun lalu yang membariskan 12 penyanyi seperti Salwa Abdul Rahman, Ayati Tasrip, Ani Maiyuni, Akma, Salima dan ramai lagi.

Allahyarham juga baru menyiapkan sebuah skrip berjudul Akhirnya Semua Gigit Jari yang bakal dibintangi Nassier Wahab, Salwa dan Siti Fairuz tetapi hasratnya untuk melihat drama itu diterbitkan tidak kesampaian.

Antara rakan artis yang hadir ialah Presiden Karyawan, Freddie Fernandez, Datuk Aziz Satar, Datuk A Rahman Hassan, Datuk M Daud Wahid, Salwa Abdul Rahman, Didie Alias, Liza Abdullah dan Ziela Jalil.

- BERITA HARIAN


Saturday, July 18, 2009

Faizal bayar PTPTN

0




KUALA LUMPUR - Penyanyi Faizal Tahir yang gagal menaiki pesawat untuk menghadiri Anugerah Planet Muzik (APM) di Jakarta, Indonesia kelmarin akhirnya akur dengan membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semalam.

Menurut sumber, penyanyi yang merupakan Naib Juara program One In A Million itu menghantar pengurusnya, Haryadi Rusli bagi mewakili dirinya untuk menyelesaikan tunggakan pinjaman tersebut.

Wakil penyanyi itu hadir seorang diri dan menemui Ketua Eksekutif PTPTN, Yunos Abd. Ghani dan berunding mengenainya kira-kira 15 minit.

Terdahulu, difahamkan beliau bersama-sama penyanyi itu hadir ke One Stop Centre PTPTN di KL Sentral di sini untuk menyemak dan menjelaskan baki pinjamannya.

Kosmo! difahamkan, Faizal sudah membayar tunggakan pinjaman pelajaran itu yang bernilai puluhan ribu sebelum berlepas ke Jakarta, malam tadi.

Petikkan Kosmo.



Friday, July 17, 2009

Format Suria FM ditiru?

0













PENYAMPAI Suria FM, Tuah (kiri) dan Zizi (kanan) bersama pemenang Kempen Suria FM Senyum dan Menang RM18,000 bersama Tuah Zoqarnain dan Zizi, Azariah Ahmad (tengah).


DALAM sibuk khalayak memperkatakan tentang kedudukan rating terkini saluran-saluran radio tempatan yang dibuat oleh AC Nielson baru-baru ini, Suria FM antara saluran yang disebut-sebut kerana mengalami peningkatan jumlah hampir 200,000 pendengar.

Memulakan operasi siaran sejak Disember 2005, peningkatan ketara itu tentu sahaja yang tertinggi pernah dicapai oleh stesen berkenaan.

Jumlah tersebut sedikit sebanyak memberi gambaran masa depan cerah stesen berkenaan kerana ketika ini Suria FM merupakan antara saluran yang semakin mendapat perhatian ramai.

40 minit muzik terbaik tanpa henti adalah pembaharuan yang dilakukan oleh Suria FM terhadap kandungan siarannya sejak Oktober tahun lalu.

Di samping sentiasa berusaha memenuhi keinginan pendengar, stesen itu juga tidak pernah lelah menawarkan pelbagai hadiah menarik menerusi pelbagai pertandingan khusus buat para pendengar setianya.

Bagaimanapun, dalam percaturan menjadi yang terbaik, Suria FM sekali lagi melakukan perubahan. Jika dahulu mempertaruhkan 40 minit muzik terbaik tanpa henti, kini, formatnya diubah kepada 50 minit muzik terbaik tanpa henti.

Peningkatan siaran lagu-lagu sebanyak 25 peratus itu merupakan satu lagi agenda utama saluran itu untuk menarik lebih ramai pendengar.

Bagaimanapun, di sebalik perubahan yang dilakukan, rupa-rupanya ada kisah tersendiri.

Format penyiaran lagu-lagu tanpa henti selama 40 minit rupa-rupanya telah menjadi ikutan sebuah stesen radio yang cukup berpengaruh ketika ini.

Siapa tiru siapa? Itu antara persoalan yang bermain di minda.

Pastinya persoalan serupa turut menjadi tanda tanya ramai di kalangan pendengar setia Suria FM apabila mengetahui ada stesen lain cuba meniru format kandungan yang menjadi tagline saluran kesayangan mereka itu.

Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin ketika ditemui pada sidang media Lagu Berduit Suria FM diwangikan oleh Onedrop Perfumes (Lagu Berduit Suria FM) di Studio V, One Utama, Damansara baru-baru ini berkata:

"Kami tukar konsep dan format kandungan siaran kami kepada 50 minit muzik terbaik tanpa henti kerana mendapat tahu ada sebuah stesen radio popular telah meniru format rancangan kami.

"Kami di Suria FM memang terkejut dengan apa yang terjadi. Kalau sayalah seperti radio itu yang mempunyai ramai pengikut, memang saya tak akan tiru.

"Sejujurnya, saya tidak takut malah, berbangga sebab konsep yang kami buat menjadi ikutan saluran lain," katanya.

Bercerita lanjut tentang perubahan format itu, kata Emran, pelbagai seleksi lagu dari dalam dan luar negara , era 80-an hingga kini akan menjadi hiburan pendengar mulai 17 Julai pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Antara lain, sejak 13 Julai lalu pendengar Suria FM turut disajikan dengan 105 minit Muzik Maraton setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 pagi.

Lagu berduit di Suria FM

Dalam usaha memenuhi cita rasa pendengar, Suria FM antara saluran yang paling rajin memberikan pelbagai ganjaran kepada pendengar setia mereka.

Baru sahaja tamat Kempen Suria FM Senyum dan Menang RM18,000 bersama Tuah Zoqarnain dan Zizi pada 10 Julai lalu, kini stesen berkenaan terus menyediakan sejumlah wang, RM75,000 untuk direbut menerusi Lagu Berduit Suria FM.

Berlangsung selama lima minggu bermula 20 Julai, setiap hari pukul 8 pagi menerusi breakfast@suria bersama Tuah dan Zizi, sebuah lagu akan dipilih sebagai Lagu Berduit.

Sebaik mendengar lagu tersebut diputarkan, pendengar hanya perlu menghantarkan SMS dengan menaip Suria
LB ke talian 33511 dalam masa 20 minit.

Sebaik talian SMS ditutup, pengirim SMS bertuah akan dihubungi. Dalam masa lima saat mereka perlu memberikan tajuk Lagu Berduit yang diputarkan.

"Untuk pertandingan ini, kami telah menyenaraikan sebanyak 25 lagu.

"Setiap hari akan ada sebuah lagu berduit dan lagu tersebut bakal diputarkan sekurang-kurangnya tiga kali.

"Untuk minggu pertama dan kedua RM500 diperuntukkan, bagaimanapun jumlah tersebut bakal meningkat dari masa ke semasa sepanjang lima minggu," kata Engku Emran lagi.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Pengarah Urusan One Drop Sdn. Bhd., Josafri Johari.

Petikkan Utusan


Wednesday, July 15, 2009

Biarlah Mereka Meniru

0



Menerusi bancian dari AC Nielsen baru baru ini, Suria FM kini adalah stesen radio Melayu paling cepat mengalami perkembangan berbanding saingan terdekat lain iaitu sebanyak 31 peratus. Secara keseluruhan, stesen radio ini berada di kedudukan nombor 12 daripada lebih 30 stesen radio tempatan.

Jika hanya mengambil kira stesen radio Melayu sahaja, Suria FM kini berada di kedudukan keempat untuk stesen radio berbahasa Melayu. Ini satu pencapaian yang cukup membanggakan bagi sebuah stesen radio yang masih baru.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Suria FM Engku Emran Engku Zainal Abidin, walaupun gembira dengan pencapaian itu, tetapi beliau belum berpuas hati dan pihaknya sentiasa bekerja keras untuk mencapai cita-cita mereka bagi menjadikan Suria FM sebagai radio nombor satu di Malaysia. Sebab itulah, satu demi satu strategi baru dirancang bagi menarik minat lebih ramai pendengar.

Bagaimanapun, baru-baru ini stesen radio yang terkenal dengan tagline ‘Muzik Terbaik Tanpa Henti’ ini tersentak seketika apabila salah satu daripada konsepnya telah diciplak oleh sebuah stesen radio swasta yang lain. Konsep yang dimaksudkan ialah ‘40 Minit Muzik Terbaik Tanpa Henti’. Suria FM memperkenalkan program ini pada Januari lalu, manakala stesen radio ini dua minggu lalu.

Dalam satu majlis Suria FM baru-baru ini, Engku Emran telah diminta memberi komen tentang perkara tersebut dan menurut beliau, dia agak terkejut dengan perbuatan stesen radio popular itu memandangkan stesen radio itu sudah lama bertapak di dalam industri.

“Pada mulanya saya memang terkejut apabila mendapat tahu stesen radio itu meniru konsep yang kami sediakan. Mengapa mesti meniru sedangkan stesen radio itu lebih besar daripada Suria FM? Masih banyak cara atau idea yang boleh difikirkan untuk memikat pendengar mereka. Tetapi apabila difikir-fikirkan, biarlah mereka hendak meniru.

“Itu tandanya konsep yang kami ketengahkan ini mendapat sambutan baik, kalau tidak mana mungkin stesen radio nombor satu itu sanggup meniru. Sebagai jalan penyelesaian, kini kami telah pun menukar nama konsep itu ke ‘50 Minit Muzik Terbaik Tanpa Henti’ bermula 7 Julai lalu bermula 10 pagi hingga 10 malam setiap hari,” jelas Engku Emran panjang lebar.

Dalam masa yang sama, Engku Emran juga diminta mengulas tentang cakap-cakap yang mengatakan Suria FM sukar memainkan lagu daripada artis-artis baru atau yang kurang popular. Malah, lebih teruk lagi ada yang mengatakan Suria FM mengenakan caj tertentu untuk membolehkan lagu itu dimainkan.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa perkara tersebut langsung tidak berlaku. Kami di Suria FM tidak mengamalkan polisi yang tidak bertanggungjawab itu. Kalau ada di antara anda yang mempunyai bukti atau pernah mengalami keadaan itu sendiri, tolong beritahu saya supaya saya boleh ambil tindakan terhadap kakitangan yang terlibat. Saya memang tidak mahu perkara sebegini berlaku dalam pengurusan,” ujar Engku Emran dalam nada tegas.


(Terkini) Akhil Hayy bercerai talak satu

0

Menurut sumber dari Gua, Akhil Hayy kini telah menceraikan isterinya dengan talak satu di’depan hakim Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pagi tadi. Akhil Hayy dan isterinya yang hidup bahagia selama 14 tahun dan dianugerahkan 6 cahaya mata akhirnya mengambil keputusan untuk menceraikan isterinya. Punca perceraiannya dikatakan datangnya dari orang ketiga yang dihebohkan media sebelum ini dikatakan Waheeda dan Akhil Hayy banyak meluangkan masa bersama. Ada juga yang mengatakan mereka berdua sudah pun berkahwin secara senyap.

Petikkan Media Malaya




Tuesday, July 14, 2009

Along-Zila Kahwin Akhir Tahun?

0



Sejak bertunang, tidak banyak cerita mengenai Along Raja Lawak dan peserta AF4, Zila. Malah majlis pertunangan mereka pun tidaklah terlalu digembar-gemburkan.

Baru-baru ini GUA mendapat khabar pasangan ini sedang mengumpul duit untuk merealisasikan majlis perkahwinan yang khabarnya bakal terlaksana pada hujung tahun ini.

Namun itu bukanlah tarikh sebenar kerana pasangan ini tidak menolak kemungkinan majlis akan dijalankan pada tahun depan jika masing-masing sibuk.

Pasangan ini khabarnya tidak mahu bermewah-mewah dalam mengadakan majlis perkahwinan itu nanti. Cukuplah sekadar menjalankan perkara wajib serta majlis yang bersederhana dan dalam konsep kampung kerana Zila berasal dari Serting, Negeri Sembilan, masih kuat dengan aktiviti bergotong royong.


Mungkin juga mereka terpikat untuk mengadakan dalam suasana kampung selepas melihat suasana majlis perkahwinan Mawi dan Ekin di Felda Taib Andak. Walaupun pernah menjadi pengapit pasangan Mawi-Ekin, mereka tidak berhasrat mengadakan banyak majlis seperti yang dilakukan pasangan itu.

GUA juga mendapat tahu, Along menolak desas-desus yang mengatakan tunangnya, Zila menumpang populariti yang diraih pelawak itu, kerana sejak bertunang Zila mula mendapat peluang berlakon.

Petikkan Gua.com.my



Monday, July 13, 2009

Tanda - Tanda Lelaki Jatuh Cinta.

0

Ingin tahu tanda-tanda lelaki kalau sedang jatuh cinta berat? Begini
katanya….
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan karena terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya..

3. Dia banyak menasihati kekasihnya karena dia amat menyayanginya.
4.. Dia berusaha mengukung kebebasan kekasihnya karena perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia selalu mengawasi gerak-gerik kekasihnya karena dia sentiasa merasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpahkanseluruh perhatian kepadanya.
9.. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian karena dia mahu kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia kadang suka merajuk karena ingin dipujuk oleh kekasihnya.


12. Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
13. Dia selalu mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya karena dia merasa cintanya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi deangan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.
20. Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal sehatnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercaya dan sanggup menyerahkan harta mahu pun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu berarti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
23.. Tidak semua laki-laki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang wanita.

Hargailah insan bergelar lelaki…



Mafia betina

0

Oleh Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my




KUALA TERENGGANU: Tiga pelajar perempuan tingkatan satu layak digelar ‘mafia betina’ ketika membelasah dan mendera dua rakan sebaya, baru-baru ini.

Ini kerana mangsa bukan setakat ditampar dan diterajang, malah dipaksa bergusti sesama sendiri. Lebih mengejutkan, penderaan itu dilakukan di dalam surau di luar sekolah!

Tidak cukup dengan itu, aksi kejam kira-kira 30 minit itu dirakam dan diedarkan di kalangan rakan sebelum dimuat turun ke dalam Internet melalui laman You Tube menyebabkan kedua-dua mangsa kini malu dan trauma untuk berhadapan dengan pelajar lain di sekolah.

Difahamkan, kejadian bermotifkan dendam kira-kira jam 2.30 petang itu bermula apabila seorang mangsa, Azani Jusharmiela Mohd Jaafar, 13, yang belajar di sebuah sekolah menengah di Dungun, dijemput tiga pelajar terbabit dari rumahnya sebelum membonceng motosikal ke sebuah surau kira-kira empat kilometer dari situ.

Sejurus tiba, dia melihat seorang lagi rakannya yang juga pelajar sebuah sekolah di Kerteh berada di situ.

“Sebaik memasuki surau, saya dan rakan ditampar dan dihentak ke pintu menyebabkan kepala saya benjol.

Katanya, selepas ketiga-tiga pelajar perempuan samseng itu puas membelasah, dia dipaksa bergusti dengan rakannya sambil aksi mereka dirakam menggunakan telefon bimbit.

Bimbang terus dibelasah, kedua-dua mangsa terpaksa mengikut ‘skrip’ arahan tiga ‘mafia betina’ terbabit.

“Kami terpaksa bergusti sesama sendiri dan mengikut semua arahan mereka bagi mengelak terus dibelasah. Mereka juga mengugut kami supaya tidak beritahu guru dan ibu bapa.

“Selepas tiga hari kejadian, saya bertemu tiga pelajar samseng terbabit di sekolah dan hanya mendiamkan diri apabila bersua muka.

“Sebelum itu, kami tak tahu rakaman itu disebarkan dalam You Tube sehinggalah saya melihatnya sendiri sebaik mendapat maklumat daripada seorang rakan,” katanya di sini, semalam.

Azani Jusharmiela berkata, dia yang trauma beberapa minggu selepas kejadian, kemudian mengadu kepada seorang kakaknya kerana tidak tahan dengan sikap tiga mafia betina terbabit yang berbangga dengan perbuatan mereka.

Kakaknya, Azani Juhaiza Mohd Jaafar, 23, yang bekerja di ibu negara berkata, dia terperanjat dan marah dengan tindakan tiga pelajar perempuan terbabit yang mengaibkan adiknya di Internet.

Katanya, dia hanya mengetahui perbuatan itu ketika pulang ke rumahnya di Kampung Felda Kerteh untuk bercuti dan naik darah sebaik diceritakan adiknya.

“Sesiapa pun pasti berang dengan perbuatan kurang ajar itu dan tindakan pihak sekolah saja tidak cukup untuk menghukum mereka.

“Mereka baru berusia 13 tahun tapi berani melakukan jenayah seperti ini. Jika besar nanti saya tak tahulah macam mana kejamnya lagi mereka.

“Jika saya sendiri membalas perbuatan mereka, kes ini akan mungkin jadi lebih panjang, oleh itu biarlah pihak polis saja menyelesaikannya,” katanya selepas membuat laporan kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, kira-kira 9.30 pagi semalam.

Menurutnya, adiknya kini malu bersemuka dengan rakan selepas tersebar rakaman itu di Internet dan menjadi pendiam serta jarang keluar rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, mengesahkan kejadian itu dan berkata kes berkenaan akan dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut.

Petikkan Harian Metro 13 Julai 2009


Black juarai Mentor musim 3

0





Dipetik dari Gua.

Berbaloi juga lah Black dirotan mentornya, Mas Idayu. Segala kesakitan yang dialami pasti terubat dengan wang tunai RM100,000 yang dimenangi termasuk sebuah kereta Kia Spectra 5. Buat Mas Idayu, tak sia-sia segala masa dan usaha yang telah dilaburkan ke atas protegenya itu yang berjaya membanggakannya malam ini serta membolehkannya memenangi wang tunai RM100,000.

Gelaran pemenang sememangnya milik Black yang berjaya menonjolkan bakat nyanyiannya bukan saja pada malam ini tetapi sepanjang tempoh pertandingan. Walaupun ketika duetnya bersama Mus (May) dan Shamrin (Fotograf) untuk medley lagu “Alam Fana Cinta” dan “Sinar”, suaranya ditenggelami vokal kedua-dua otai tersebut, namun secara keseluruhannya, pretasinya nyata lebih baik berbanding Fira (mengikut komen juri, dia seharusnya memberi pengkuhususan pada satu genre muzik yang ingin ditampilkan) dan Chaq (jelas kedengaran kelemahan dan kebatasan vokalnya pada persembahan malam ini).

Kemenangan Black juga sekaligus membuktikan akhirnya rakyat Malaysia dapat menilai bakat seseorang itu bukan hanya berdasarkan pada kecantikan rupa fizikal. Diharapkan selepas ini penonton tidak akan terlupa kata-kata Zainal Abidin, selaku juri malam ini – “Orang tak lawa macam kita yang boleh menyanyi sebenarnya.”

Ada ketika itu bimbang juga jika Black gagal meraih kemenangan apabila juri awam memberikan Chaq markah tertinggi, sebanyak 19 markah sementara Black dan Fira masing-masing hanya mendapat 14 dan 13 markah. Namun, bila diambil kira keputusan juri (50%) dan undian SMS (30%), Black memperolehi keputusan cemerlang dengan markah keseluruhan sebanyak 75.0 menewaskan Chaq dengan markah 52.8 dan Fira, 35.6.

Walaupun tewas, Chaq dan Fira tidak pulang dengan tangan kosong. Masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 dan RM10,000, begitu juga mentor mereka.


Sunday, July 12, 2009

Loga Alleycats dapat Datuk

0

Mendiang Loga




PULAU PINANG - Susan Lovei, isteri penyanyi kumpulan Alleycats, Loganathan Arumugum atau Loga yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) bagi pihak mendiang, menyifatkan anugerah tersebut sebagai pengiktirafan kepada industri muzik negara.

"Pingat ini adalah satu penghormatan kepada industri muzik tanah air," katanya.

Loga adalah antara 793 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas yang ke-71 semalam.

Darjah yang diberikan kepada mendiang membawa gelaran Datuk.


Mendiang yang dilahirkan di Pulau Pinang pada 1953 merupakan pemain flut selain vokalis kedua bagi kumpulan Alleycats. Loga meninggal dunia pada 4 Jun 2007 akibat barah paru-baru pada usia 54 tahun.

Kumpulan Alleycats yang berasal dari Pulau Pinang terkenal sejak tahun 70-an dan popular dengan lagu-lagu seperti Sampaikan Salam dan Andainya Aku Pergi Dulu.

Lagu Kasih Tak Kesampaian yang dimuatkan dalam album terbaru Alleycats merupakan single terakhir Loga. - Bernama

Petikkan Kosmo 12 Julai 2009


Telefon bimbit skrin warna hanya RM78

0

SEORANG model menunjukkan telefon mudah alih terbaru keluaran CSL yang berharga RM78 pada pelancarannya di Tesco Ampang semalam.


KUALA LUMPUR - Pengeluar telefon bimbit tempatan, CSL Group of Companies (CSL) semalam melancarkan model telefon bimbit baru, CSL i-100 yang didakwa termurah bagi skrin warna dengan harga RM78 seunit.

Menurut Naib Pengerusinya, Ir. Megat Radzman, telefon model ke-54 syarikat itu dilengkapi nada dering 16 poly-phonic, sistem navigasi empat hala dengan berat 59.7 gram.

Model itu dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Ia berbeza dengan telefon jenama lain yang biasanya berharga RM100 dan ke atas dengan nada dering mono dan skrin hitam putih,'' kata Megat pada sidang akhbar di Tesco Ampang semalam.

Petikkan Kosmo 12 Julai 2009


Siapa Juara Mentor 3?

0



Berdebar-debar rasanya menanti hari kemuncak Mentor 3, Ahad ini, bersamaan 12 Julai. Siapa yang bakal muncul juara?

Diantara mereka bertiga, Black, peserta favourite musim ini dari permulaan pertandingan, mempunyai peluang yang paling cerah untuk merangkul gelaran juara. Namun, tidak boleh dinafikan bakat yang dimiliki Chaq dan Fira.

Walaupun kecundang minggu lalu dan nyaris-nyaris tidak dapat berentap pada malam finale, tetapi sepanjang pertandingan, Chaq telah menunjukkan prestasi yang baik. Tidak lupa juga pada Fira yang mengejutkan semua minggu lalu apabila berjaya menewaskan Chaq dengan memungut markah kedua tertinggi.

Sistem pemarkahan adalah berdasarkan 50% pada juri profesional. 30% undian SMS dan 20% juri awam atau semi-profesional yang terdiri, antaranya, daripada para wartawan dan pelajar muzik.

Jadi, siapa pilihan anda untuk memenangi Mentor 3?
Black?Chaq?Fira?

Sama2 Tonton TV3 Ahad Ini....

Petikkan Gua.com.my



Saturday, July 11, 2009

1 Malaysia

0

Logo 1 Malaysia



Keterangan logo 1 Malaysia

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.



Kematian Jacko ada unsur jenayah

0

PEMINAT Michael Jackson berkumpul di Tivoli Gardens di tengah
Copenhagen, Denmark semalam untuk memperingati kehidupan dan
hasil kerjanya.



LOS ANGELES: Siasatan terhadap kematian Raja Pop, Michael Jackson ditingkatkan semalam dengan penyiasat mengeluarkan sapina untuk mendapatkan semua rekod perubatannya.

Sementara itu, seorang pegawai kanan polis enggan menolak kemungkinan jenayah menjadi punca kematian penyanyi itu.

Menurut akhbar Los Angeles Times, penyiasat meminta semua rekod yang disimpan oleh beberapa doktor Michael diserahkan, termasuk rekod radiologi dan psikiatrik.

Ia sebahagian daripada siasatan terhadap kematian Michael yang meninggal dunia pada usia 50 tahun 25 Jun lalu.

Ketua Polis Los Angeles, Bill Bratton, dalam temuramah dengan CNN berkata, pihaknya turut mengkaji sejarah preskripsi ubat dan doktor yang berurusan dengan penyanyi itu sejak beberapa tahun kebelakangan.

Sementara itu, bapa Michael, Joe Jackson, 79, memberitahu stesen televisyen ABC, dia masih ragu mengenai keadaan yang membawa kepada kematian anaknya.

“Saya percaya ia perbuatan jenayah. Dan saya tidak percaya ia berpunca daripada serangan sakit jantung,” kata Joe.

Dia juga berkata, hasil bedah siasat kedua yang diminta oleh keluarga Michael masih belum mendedahkan perkara baru.

Penyiasat buat masa ini memberi tumpuan terhadap ubat berbahaya, Diprivan, yang ditemui di rumah sewa Michael selepas kematiannya.

Ubat berkenaan biasanya digunakan untuk melenakan pesakit sebelum menjalani pembedahan.

Sementara itu, misteri mengenai tempat persemadian terakhir Michael semakin hangat menjelang satu lagi upacara memperingatinya yang akan dihadiri oleh anggota keluarganya di kampung asal mereka di Gary, Indiana.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada mayatnya sudah dikebumikan atau belum. - AP

Petikkan Harian Metro


Friday, July 10, 2009

Mentor 3 Akhir

0



Pengumuman yang tidak diduga itu membibitkan rasa ketidakpuasan hati sesetengah pihak yang mempersoal serta mempertikai kewajaran keputusan itu. Malah, kedengaran suara 'tipu mana boleh begini' ketika program realiti itu menutup tirai konsert separuh akhir.

Sebelum ini, dari awal lagi diuar-uarkan hanya dua peserta yang berjaya meraih markah tertinggi pada konsert separuh akhir layak bertanding ke peringkat akhir Mentor 3 yang dijadual berlangsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, pada 12 Julai ini.

Kalau diikut aturannya, Chaq atau nama sebenarnya Camellus De'lelli Anam yang selama ini menjadi pilihan penonton dan sentiasa mengumpul peratusan kedua tertinggi selepas Black tidak layak ke peringkat akhir apabila hanya mengumpul 56.5 peratus berbanding Fira yang berjaya memperoleh 60 peratus.

Keunggulan Black tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah, sehingga Ahad lalu, bayangan juara seakan-akan berat kepada Black kerana peserta itu berjaya meraih markah tertinggi sebanyak 76.4 peratus markah keseluruhan.

Justeru, secara automatiknya konsert malam itu menjadi milik Black yang menyampaikan lagu Yang Tak Pernah/Telinga Ke Tulang/Madah Berhelah sekali gus melayakkannya menerima hadiah jam tangan eksklusif jenama Tissot bernilai RM3,000.

Pemberian markah dibahagikan kepada tiga bahagian membabitkan juri profesional sebanyak 50 peratus, diikuti undian SMS 30 peratus manakala 20 peratus lagi ditentukan juri awam.

Memulakan persembahan duet bersama mentornya, Ajai menerusi lagu Mengenangmu, Chaq berjaya menambat perhatian dua juri profesional, Jay Jay dan Ning Baizura.

Bagaimanapun, persembahan kedua yang memberi penghormatan kepada legenda pop dunia, Michael Jackson menerusi lagu Smooth Criminal, Beat It, Billy Jean dan You Are Not Alone gagal menarik perhatian juri. Rata-rata bersetuju Chaq mempunyai daya tarikan tarian yang bagus, namun dari segi keutuhan vokal menyanyikan lagu pop dunia itu, tidak menyerlah.

Kejutan malam itu, akhirnya menjurus kepada persoalan kewajaran diadakan konsert separuh akhir. Malah, timbul persepsi menyatakan lebih baik konsert separuh akhir itu terus diangkat taraf menjadi konsert akhir Mentor 3 saja sekiranya tiada penyingkiran dilakukan.

Ketika ditemui selepas konsert separuh akhir, Penerbit dan Pengarah Mentor, Muhamad Sufian Isa berkata kejutan membenarkan Chaq meneruskan perjuangan di peringkat akhir bukanlah satu rancangan. Malah, kata Sufian, keputusan itu diambil berdasarkan sebab tertentu meliputi semua pihak dan bukanlah berlandaskan gimik serta faktor keuntungan saja.

"Kami akui pada awalnya mensyaratkan dua peserta saja layak ke peringkat akhir. Tetapi, selepas perbincangan bersama produksi, kami dapati Chaq ada potensi serta bakat untuk diketengahkan.

"Jadi, apa salahnya daripada hanya dua peserta saja bertanding, kita tambah seorang lagi untuk memeriahkan konsert final Mentor 3.

"Ingin saya tegaskan, tiada perancangan serta dalang sebalik penerimaan masuk Chaq. Lagipun, ini program realiti dan pelbagai keputusan boleh diambil saat akhir. Bukan menidakkan keputusan diterima, tetapi sebagai sebuah stesen TV, kami berperanan membantu mereka yang dilihat berpotensi besar dalam dunia muzik dengan memberi peluang kali kedua kepada Chaq.

"Peluang diberi pun bukanlah semua, tetapi melihat kepada potensi protege itu. Lagipun, umum mengetahui Chaq sebelum ini sentiasa mendapat kedudukan baik dari segi pemarkahan. Justeru, mungkin terdapat sedikit kecacatan persembahan Chaq malam itu yang mempengaruhi markah diperoleh.

"Disebabkan itu, kami memberikan setiap peserta peluang untuk menonjolkan bakat masing-masing di konsert akhir nanti. Biarlah penonton menilai persembahan ketiganya dan peluang terakhir ini juga perlu digunakan sebaik mungkin oleh Chaq untuk membuktikan kebolehannya.

"Bagaimanapun, hadiah hanya diberikan untuk juara dan naib juara saja. Pemenang ketiga, tidak disediakan apa-apa hadiah. Bukan apa, sejak kemunculan program realiti ini, ia sememangnya bertujuan mengetengahkan bakat dan bukan hadiah sebagai tarikan utama," jelas Sufian.

Bagi Chaq, dia sememangnya sudah dapat mengagak akan memperoleh markah rendah berbanding rakannya, Black dan Fira, namun terkejut apabila diumumkan turut tersenarai sebagai seorang peserta akhir Mentor 3.

"Semua yang berlaku pada malam ini adalah rezeki. Terima kasih kepada TV3 yang memberi peluang menyerapkan saya untuk turut bertanding peringkat akhir nanti. Sudah tentu saya akan buat persembahan terbaik dengan membaiki kualiti vokal serta tidak mengecewakan Ajai selaku mentor dan peminat yang mengundi saya," katanya.

Ajai selaku mentor, akur dengan undian serta komen yang diberikan juri profesional mengenai Chaq biarpun pada awalnya sedikit mempertikaikan keputusan berkenaan.

"Memang sukar hendak menelaah kehendak juri tetapi apa yang perlu kami lakukan adalah berusaha membuat persembahan sebaik mungkin. Sebagai mentor Chaq sudah tentu saya berazam untuk menebus kekecewaan malam ini dengan memaksimumkan kemampuan yang dia sudah ada," katanya.

Sementara itu, Black dan Fira langsung tidak mencemburui keputusan mengejut itu malah menerima dengan hati terbuka. Tambahan pula, kedua protege ini sememangnya mengharapkan ketiga mereka dapat beraksi bersama di pentas final Mentor 3.

"Selepas tinggal bertiga, kami sudah seperti adik beradik dan sentiasa berharap agar tiada penyingkiran dilakukan. Agak pelik bunyinya, tetapi kami sendiri mahu bersama-sama dapat meneruskan perjuangan di pentas akhir. Alhamdulillah, impian kami terlaksana," ujar Black.

Setakat ini, Black dilihat memiliki kelebihan berbanding peserta lain kerana kekuatan vokalnya. Malah, persembahan pertama dan keduanya di malam konsert separuh akhir itu, menerima pujian dua juri profesional Jay Jay dan Ning Baizura.

Biarpun berjaya menundukkan Fira dan Chaq, Black menganggap perjalanannya dalam Mentor masih lagi jauh dan tidak mahu cepat selesa dengan pencapaiannya ketika ini. Sebaliknya, dia akan bekerja seiring dengan Mas Idayu, mentornya, untuk memastikan persembahan akhir nanti lagi menyerlah.

Keupayaan peserta wanita tunggal, Fira, protege Lah Ahmad tidak boleh dipandang remeh. Persembahannya pada malam itu begitu menonjol dan mendapat pujian dari juri profesional terutamanya apabila Fira mendendangkan lagu Poco Poco bersama dengan mentornya. Fira yang sebelum ini kelihatan biasa saja terus meningkat secara drastik kualiti persembahan.

"Saya bersyukur sampai ke tahap ini. Saya tahu, peserta wanita kurang mendapat undi. Tetapi, saya tidak akan terus mengaku kalah malah belajar serta berusaha memberikan persembahan terbaik. Dulu, saya tidak pandai menari sekarang sudah boleh," beritahu Fira.

Juara pertandingan realiti ini akan menerima hadiah lumayan, protege membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 dan kereta Kia Spectra 5 tajaan Oriva dan Mentor pula meraih RM100,000 manakala tempat kedua, protege dan mentor memenangi wang tunai RM30,000.

Petikkan Harian Metro


Metropotilan - Disebalik Rahsia Cinta

0



( 1 )
( R: )
Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci

( 2 )
( ZS: )
Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan...

( 3 )
( R: )
Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
( ZS: )
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan
( 4 )
( ZS & R: )
Tersesat kita dalam perjalanan

( 5 )
( R: )
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
( ZS: )
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

( ulang 3 & 4 )

( R & ZS: )
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta


Thursday, July 09, 2009

Konsert X’travaganza Nostalgia - Semalam Di Malaysia

0

Festival Muzik KL 2009 diadakan pada 1-5 dan 10 Julai 2009. Pelbagai acara diadakan. Daripada muzik terkini sehinggalah muzik yang pernah popular suatu masa dahulu.

Antara pengisiannya ialah X'Travaganza Nostalgia `Semalam Di Malaysia' pada 10 Julai ini di Life Cetre, Jalan Sultan Ismail.

Antara penyanyi yang bakal muncul ialah Diana Nasution yang popular dengan lagu Benci Tapi Rindu dan Endang S. Taurina si pelantun lagu Apa Yang Kucari yang sangat popular pada tahun 1970-an dan 80-an. Diana ialah ibu kepada penyanyi Ello.

Ingat lagi dengan Ria Resty Fauzy yang popular dengan lagu Cintaku Sampai Ke Etiophia dan Cintaku Sedalam Lautan Atlantik? Ria juga akan terlibat dalam konsert nostalgia itu. Turut memeriahkan penyanyi dangdut Vivi Sumanti.

Penyanyi popular awal tahun 1970-an Ernie Djohan dan Tetty Kadi juga akan kembali ke Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert setelah berpuluh tahun tidak mengadakan konsert di negara ini.Tommy J. Pisa yang popular dengan lagu Biarkan Aku Menangis dan Suratan juga akan muncul semula.

Lagu-lagu Indonesia sebenarnya sudah lama diterima oleh peminat negara ini. Tapi pada masa itu kehadiran mereka tidak mematikan penyanyi tempatan. Semasa mereka masuk, nama-nama artis Malaysia juga tetap gah kerana stesen radio pada masa itu tidak mengetepikan lagu tempatan walaupun banyak lagu merdu dari Indonesia yang dibawa masuk.

Selain penyanyi-penyanyi dari seberang, konsert itu turut menampilkan artis tempatan iaitu Zaleha Hamid, Halil Chik dan Azian Mazwan Safuan. Zaleha dan Halil sangat popular di Singapura pada tahun 1970-an sehingga ada yang beranggapan mereka sebagai penyanyi negara republik itu.

Ingin menonton? Tiket berharga RM40 dan RM50 dikenakan. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian 03-21622570 (Rachel).

Festival Muzik KL 2009 dibawakan oleh jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama 1 Malaysia KL Festival 2009, Istana Budaya dan Hard Rock Cafe.

Selain konsert itu, konsert lain yang diadakan ialah Konsert Lelaki Ini, Anuar Zain dan Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya pada 1 dan 2 Julai, Konsert Ahmad Nawab Goes To Life Centre pada 3 Julai di KL Live Hall. Konsert itu menampilkan Jamal Abdillah, Syafinaz, Man Kidal, Steve Thornton.

Dianjurkan juga Konsert Generasi Baru Meet Uncle Hussain di Hard Rock Cafe pada 5 Julai serta Konsert Ruhani pada 4 Julai di Istana Budaya.

Petikkan Manggaonline


Wednesday, July 08, 2009

Qiara - Hanya Padamu

0



Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci

(Korus)
Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati
Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci

Hiburan utk tetamu di laman ini kita imbas kegemilangan lagu2 rock klasik...


Kembara Mahkota Johor capai matlamat

0


TUNku Ibrahim Ismail melawat pertandingan mewarna kanak-kanak Tabika Kemas Benut di Kampung Nelayan Benut, Pontian pada Program Kembara Mahkota Johor, Jelajah Pedalaman 2009 di Johor, semalam. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid




PONTIAN 7 Julai - Penjelajahan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail menerusi Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) Jelajah Pedalaman 2009 yang berakhir hari ini, berjaya mencapai matlamatnya dalam menyelami masalah penduduk.

Antara masalah tersebut ialah keluhan penduduk tentang kemudahan jalan raya yang masih belum berturap di kampung mereka, isu kemiskinan dan pelbagai masalah lagi.

Program yang mengambil masa selama empat hari tiga malam itu juga berjaya merapatkan hubungan antara penduduk dengan istana yang selama ini cuma dilihat di kaca televisyen dan dada akhbar sahaja.


Bagi merealisasikan matlamat tersebut, rombongan KMJ telah merentasi 10 daerah di negeri ini termasuk 11 perkampungan Orang Asli dengan jarak perjalanan sejauh 1,030 kilometer.

Hari ini, Tunku Mahkota turut melawat Kampung Sri Muar, Kulaijaya; Kampung Sri Tanjung, Pontian dan Kampung Nelayan, Benut, sebelum ke Dataran Majlis Daerah Pontian untuk majlis penutup.

Sewaktu di Kampung Sri Muar, Tunku Mahkota berkenan menamakan jenama produk industri kecil dan sederhana (IKS) makanan tempatan yang dihasilkan dari kampung tersebut dengan nama Sri Kembara.

Malah kehadiran rombongan Tunku Mahkota yang diiringi tiga puteranya ke kampung tersebut, turut membawa rahmat kepada Jamil Abu Rahim, 51, yang mendapat sumbangan bantuan rawatan hemodialisis daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sebanyak RM2,200 sebulan.

Di setiap lokasi yang disinggahi Tunku Mahkota, penduduk miskin akan menerima bantuan antaranya baik pulih atau membina rumah, basikal dan beg sekolah kepada para pelajar dan beberapa sumbangan lain.

Pada acara penutupan di Dataran Majlis Daerah Pontian di sini, Tunku Mahkota telah melepaskan 50 ekor burung merpati dan belon ke udara sebagai simbolik tamatnya jelajah tersebut.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abd. Latiff Yusof ketika berucap pada majlis tersebut berkata, program yang disertai ketua-ketua jabatan itu kini menjadi agenda penting bagi kerajaan negeri dan sekali gus meningkatkan imej institusi diraja.

"Menerusi program begini rakyat yang menetap di kawasan pedalaman dapat berbual dan mengenali kerabat diraja tanpa halangan.

"Bagi para peserta yang mengikuti program ini, pasti mempunyai nostalgia indah kerana berkesempatan melawat tempat yang belum pernah dikunjungi," katanya.

Menurutnya, penyertaan pegawai kerajaan dalam penjelajahan itu akan memberi ruang kepada mereka untuk melihat sendiri pembangunan yang telah dilaksanakan di kawasan luar bandar dan potensi lain yang boleh dilakukan bagi memajukan lagi kawasan berkenaan.

Petikkan Utusan 8 Julai 2009.


Tuesday, July 07, 2009

KMJ : Kehadiran tiga putera meriahkan Kembara Mahkota Johor

0


Tunku Ibrahim Ismail bermain gasing pada Kembara Mahkota Johor Jelajah Pedalaman 2009 di Kampung Bukit Panjang, Muar, semalam.


BATU PAHAT 6 Julai - Ekspedisi Kembara Mahkota Johor Jelajah Pedalaman 2009 yang diketuai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar hari ini terus menjelajah ke kawasan pedalaman untuk mendekati rakyat.

Kembara yang masuk hari ketiga itu singgah di Kampung Hang Tuah, Ledang; Kampung Bukit Panjang, Muar; Kampung Dalam Parit Sulong, Batu Pahat dan Kampung Sayong Pinang, Kota Tinggi.

Turut mengiringi Tunku Mahkota sepanjang ekspedisi itu ialah tiga anakanda baginda, Raja Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim, Tunku Idris dan Tunku Abdul Rahman

Seperti kebiasaannya, di setiap destinasi, rombongan kembara disambut oleh penduduk kampung yang 'menghidangkan' pelbagai aktiviti termasuk sukan rakyat seperti permainan gasing.

Semasa di Kampung Bukit Panjang, tiga putera Tunku Ibrahim Ismail menjadi tumpuan ramai apabila menyertai pertandingan melastik burung polistirena.

Tunku Abdul Rahman dilihat lebih mahir melastik burung berbanding kedua-dua kekandanya.

Kehadiran ketiga-tiga putera itu menarik perhatian anak-anak gadis yang ingin melihat raut wajah putera berkenaan secara lebih dekat.

Sementara itu, golongan ibu pula sanggup berbaris lama semata-mata ingin bersalaman dengan Tunku Mahkota.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad turut menaja akhbar Utusan Malaysia sebanyak 1,000 naskah yang diedarkan kepada orang ramai.

Petikkan Utusan.


KMJ : RM416,000 bekal elektrik 24 jam Kampung Air Tawas

0

LEDANG: Walaupun penggunaannya cuma membabitkan 16 keluarga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar bagi memastikan penduduk di Kampung Air Tawas, di kaki Gunung Ledang di sini, turut menikmati bekalan elektrik seperti beberapa kampung berhampiran yang sudah menikmati kemudahan itu lebih awal.

Dengan peruntukan RM416,000 yang dikeluarkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, penduduk kampung itu dapat menikmati bekalan elektrik 24 jam sejak Jumaat lalu.

Pengurus Besar TNB Johor, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin, berkata penduduk kampung berkenaan sudah lama memohon untuk mendapatkan bekalan elektrik, namun kedudukannya yang jauh di pedalaman selain jumlah penduduk yang kecil membuatkan pelaksanaan projek menyambung talian elektrik di kampung itu terpaksa ditangguhkan.

Beliau berkata, selepas menerima peruntukan kementerian itu, pihaknya tidak mengambil masa lama untuk menyediakan bekalan elektrik yang selama ini diharapkan penduduk.

"Kami mengambil masa hanya tiga minggu untuk menyediakan bekalan elektrik ke kampung ini dan mereka kini sudah boleh menikmati bekalan elektrik 24 jam mulai Jumaat lalu," katanya.

Bekalan elektrik 24 jam ke kampung Orang Asli itu dirasmikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, pada kunjungannya sempena Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2009 Jelajah Pedalaman, semalam.

Pada majlis itu, Tunku Ibrahim, turut menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin selain menghadiahkan komputer untuk kegunaan penduduk kampung dan basikal kepada anak Orang Asli di kampung itu.

Sementara itu, ketua kampung berkenaan, Batin Minggek Achai, berkata mereka berterima kasih kepada semua pihak sehingga membolehkan kampung itu menikmati bekalan elektrik 24 jam.

Minggek berkata, beliau cukup gembira kerana selama ini mereka hanya mampu melihat kampung lain diterangi cahaya lampu elektrik.

"Terima kasih kepada semua yang bersungguh-sungguh memberikan bekalan elektrik untuk kami dan terima kasih banyak-banyak kepada Tuanku, kerana kehadirannya membuatkan hidup kami kini semakin terang," katanya.

Petikkan Berita Harian.


Monday, July 06, 2009

Jacko dikebumi tanpa otak

0



LOS ANGELES: Michael Jackson dilapor akan dikebumikan tanpa otaknya.

Menurut laporan, berikutan bedah siasat di Pejabat Koroner Los Angeles sehari selepas kematian ikon pop itu, otak penyanyi itu akan disimpan untuk ujian nueurologi, termasuk bagi memenyiasat jenis ubat yang diambilnya sebelum mati.

Daripada menangguhkan pengebumiannya, keluarga Michael memutuskan untuk mengebumikannya tanpa otak itu.

Penyanyi itu yang meninggal dunia 25 Jun lalu dijadual dikebumikan di tanah perkuburan Taman Peringatan Forest Lawns esok selepas permohonan untuk mengebumikannya di Neverland ditolak.

Ujian neuro yang tidak boleh dilakukan sehingga otak itu cukup keras dijangka boleh menunjukkan penyalahgunaan dadah atau alkohol masa lalu.

Menurut sumber di pejabat koroner, satu-satunya cara untuk menjalankan ujian itu ialah dengan mengeluarkan otak berkenaan.

“Tisu itu perlu diuji. Saya tidak boleh memberitahu anda berapa lama masa yang akan diambil,” kata sumber itu.

Ujian itu juga boleh memainkan peranan penting dalam siasatan polis berkait dengan jenayah terhadap kematian Michael.

Dalam pada itu, enam doktornya kini disiasat oleh Agensi Penguatkuasaan Dadah (DEA) sementara Peguam Negeri, Jerry Brown mengarahkan siasatan terhadap pil yang diberikan kepada Michael dan orang yang bertanggungjawab meluluskannya.

“Jika ada penyalahgunaaan, pendakwaan akan menyusuli,” kata jurucakap Brown.

Upacara penghormatan terakhir untuk penyanyi itu akan diadakan di Pusat Staples.

Penyanyi, Stevie Wonder akan membuat persembahan pada majlis itu. - Agensi

Petikkan Harian Metro


Michael Jackson: Tahukah Anda?

0



1. Tiket ke upacara peringatan Michael Jackson esok, kini boleh dibeli di eBay dengan harga melebihi US$1,000. Awalnya, tiket-tiket ini – sebanyak 17,500 – hanya boleh diperolehi melalui cabutan. Seramai 1.6 juta orang telah mendaftar secara online untuk mencuba nasib bagi memperolehi tiket percuma itu.

2. Ibu bapa Michael dilaporkan sudah tidak lagi tinggal bersama untuk bertahun lamanya. Dalam autobiografinya, Katherine (ibu Michael) memberitahu keputusannya untuk tidak memfailkan perceraian kerana kepercayaannya sebagai seorang Jehovah’s Witness.

3. Reverend Al Sharpton sedang berusaha untuk mendapatkan setem peringatan Michael Jackson.

4. Didapati tubuh Raja Pop mempunyai bekas suntikan jarum, konsisten dengan penyalahgunaan dadah. Sekurang-kurangnya empat bekas doktor Jackson kini dibawah pemerhatian. Antaranya, pihak polis dikatakan berminat untuk menyoal pakar dermatologi Arnold Klein yang, menurut khabar angin, adalah ayah kandung kepada anak sulung dan anak kedua Jackson.

5. Walaupun penganjur AEG Live sudah mula membayar balik tiket-tiket yang telah dijual, jumlah keseluruhan dikatakan sekitar US$85 juta, namun ada pemegang tiket yang menyedari mereka boleh memperolehi lebih banyak duit jika menjual tiket tersebut – yang direka sendiri oleh Jackson – kepada para pengumpul. Di eBay, tiket ke konsert ‘This Is It’ dijual pada harga US$400.

6. AEG merancang untuk mengeluarkan rakaman latihan Jackson dalam bentuk CD dan DVD, dipakejkan sebagai rakaman langsung konsert. Sebuah versi filem juga sedang dipertimbangkan.

sumber eonline.com dan gua.com.my


Happy Befday To DJ Nash

2



Terima kasih pada semua yang mengucapankan ulang tahun kelahiran Nash pada 6hb Julai hari isnin.Terima Kasih doa2 kalian dan nash pun doa korang semua murah rezeki selalu n panjang umur.Thank gak pada darling@nurr serta cik nad yang wish awal sgt itu hari..Hadiah xde ke?Hahahaha...xmo la hadiah2 ni mcm budak2 lak kan?!

Terima kasih gak pada listener yang sentiasa mengikoti nash mendj apa pun thank sokongan kalian.Tak lupa gak pada rakan2 DJ dari FunkerFM,Rusak dan mane2 radio yang mengenali diri ini.Tahun ni xde sambut apa2 kerna my dad x sehat sgt so kt rumah jelah dgn kerja je...
Apa pun terima kasih sekali lagi pada semua...
Berjaya dalam kehidupan...


Johor: Suku Kanaq kian pupus

0

Tinggal 100 orang kaum minoriti Orang Asli di pedalaman Johor

MERSING: Mungkin sukar dipercayai, terdapat satu kaum minoriti yang tinggal di pedalaman Johor, semakin diancam kepupusan kerana jumlah mereka kini dipercayai kurang dari 100 orang.

Sebelum ini mungkin ramai yang tidak mengetahuinya dan mungkin juga tidak ramai yang pernah mendengar masyarakat Orang Asli suku Kanaq.

Namun, kesempatan mengikuti rombongan Kembara Mahkota Johor Jelajah Pedalaman 2009, memberi pendedahan baru kepada ramai pihak termasuk media khususnya mengenai Orang Asli suku Kanaq yang dikenal pasti tinggal di Kampung Sungai Selangi, Mawai, Kota Tinggi.

Beberapa masyarakat Kanaq yang sempat ditemui ketika menyambut kunjungan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar bersama rombongan, di kampung mereka kelmarin, mengakui kaum mereka semakin menyusut.

Malah mereka sendiri bimbang kaum Kanaq akan terus hilang kerana jumlah mereka dipercayai semakin menyusut sejak lebih sepuluh tahun lalu.

Yam Bongkok, 80, berkata satu ketika dulu jumlah penduduk kampung berkenaan agak ramai, tetapi beliau tidak pasti angka sebenar.

"Setahu saya dulu memang agak ramai, tetapi sekarang hanya kami ini sajalah yang berbangsa dan berbahasa Kanaq.

"Saya tak tahulah apa punca sebenarnya yang menyebabkan jumlah penduduk kampung ini semakin berkurangan," katanya.

Seorang lagi penduduk, Maarof Batin Baba, 52, berkata beliau amat mengharapkan supaya jumlah penduduk kampung itu bertambah dalam tempoh beberapa tahun akan datang untuk memastikan kaum Kanaq tidak pupus.

Beliau yang mempunyai tujuh anak berusia antara lapan hingga belasan tahun berjanji akan terus mempertahankan kaum Kanaq dan percaya generasi akan datang akan meneruskan usahanya itu.

"Kami memang tidak tahu entah ke mana hilangnya sebahagian daripada masyarakat kami. Ada yang keluar kampung, kami cari tapi tak jumpa sampai hari ini dan inilah sebabnya tinggal sekelompok kami di sini.

"Saya amat berharap supaya tidak ada lagi penduduk kampung ini yang cicir macam dulu, hingga akhirnya hilang begitu saja dan jumlah penduduk kampung kami makin kurang," katanya.

Maarof mengakui bahasa suku Kanaq jauh berbeza dengan bahasa masyarakat Orang Asli lain di Johor seperti Jakun atau Orang Kuala.

"Bahasa Kanaq, kami di sini sajalah yang pakai... kampung lain mereka pakai bahasa sendiri. Dulu orang luar mungkin tidak mengetahui kaum Kanaq, tetapi dengan kehadiran Tuanku (Tunku Ibrahim), saya percaya orang ramai sudah tahu, kami ada di sini," katanya.

Sebelum singgah di Kampung Sungai Selangi, hari pertama Kembara Mahkota Johor Jelajah Pedalaman 2009, konvoi lebih 70 kenderaan pacuan empat roda yang diketuai Tunku Ibrahim, turut singgah di Kampung Perigi Acheh, Pasir Gudang, Kampung Pasir Salam dan bermalam di Kampung Tanah Abang, Mersing.

Petikkan Berita Harian 6 Julai


Sunday, July 05, 2009

Rahsia Kelahiran Bulan Julai...

0

Rahsia Kelahiran Bulan Julai...















JULAI/CANCER
?

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.

* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja


Johor: Pengembaraan 1,030km bermula

0

150 peserta naiki 40 kenderaan 4WD akan bermalam di Tanah Abang

JOHOR BAHRU: Kembara Mahkota Johor (KMJ) Jelajah Pedalaman 2009 selama empat hari, yang diketuai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail, bermula hari ini, meliputi jarak pengembaraan sejauh 1,030 kilometer (km) melalui semua 10 daerah di negeri ini.

Pada hari pertama kembara, rombongan yang terdiri daripada kira-kira 150 peserta yang menaiki 40 kenderaan pacuan empat roda (4WD) itu akan melalui perjalanan sejauh kira-kira 250 km bermula di Bukit Timbalan di sini, dan bermalam di perkampungan Orang Asli Tanah Abang, Mersing.

Program berkonsepkan pengembaraan 4WD yang turut disertai anakandanya, Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim itu akan melawat 11 kampung Orang Asli dan tiga kampung tradisi.

Tunku Mahkota berkata, persiapan untuk KMJ Jelajah Pedalaman 2009 itu sudah dilakukannya sejak enam bulan lalu termasuk mengubah suai kenderaan untuk jelajah itu.

Beliau berkata, keperluan logistik juga sudah dilakukan dan beliau sebenarnya tidak sabar lagi untuk menjayakan KMJ itu.

Katanya, beliau juga sudah membentangkan program KMJ itu kepada ayahandanya Sultan Johor, Sultan Iskandar.

"Tuanku sentiasa mengambil berat perjalanan saya bersama KMJ ini," katanya.

KMJ itu antara lain membawa mesej mengenai pemuliharaan hidupan liar di negeri ini, dengan mendekati terutama masyarakat Orang Asli yang segelintir daripada mereka terbabit membantu pemburu haram.

Tunku Mahkota juga akan mendengar permasalahan dan melihat sendiri pembangunan di kawasan pedalaman, khususnya di kampung Orang Asli dengan pegawai jabatan dan agensi kerajaan yang mengikuti KMJ akan mencatatkan permasalahan yang disampaikan masyarakat terbabit.

"Sepanjang perjalanan KMJ ini, mungkin saya akan berhenti dan turun menemui penduduk di satu-satu tempat yang tidak termasuk dalam jadual. Oleh itu, jika masa ketibaan saya di satu-satu tempat itu 'lari' sedikit, saya harap penduduk bersabar.

"Saya tidak akan dapat melawat dan singgah di semua kampung di pedalaman dan kampung Orang Asli melalui KMJ ini. Insya-Allah, saya akan sampai kemudian," katanya.

Rombongan KMJ itu dijangka melalui kira-kira 35 peratus jalan tidak bertar (offroad) dengan mengambil masa selama kira-kira 80 jam sebelum majlis penutupnya, di Kampung Nelayan, Benut, Pontian, pada Selasa depan.

Selepas perjalanan sejauh kira-kira 250 km pada hari pertama, perjalanan hari kedua meliputi jarak 317 km, hari ketiga (298 km) dan hari keempat (165 km).

Petikkan Berita Harian


Kembara Mahkota Johor 2009 bermula

0

JOHOR BAHRU 4 Julai - Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2009 Jelajah Pedalaman memulakan pengembaraannya hari ini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman melepaskan kembara tersebut selepas bacaan doa oleh Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin dari Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini semalam.

Abdul Ghani berkata, program itu merupakan kaedah terbaik menjalin hubungan baik antara pihak istana, kerajaan dan rakyat jelata.

"Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti program bantuan kebajikan, kesukanan, pendidikan, kebudayaan dan pemuliharaan alam sekitar.

"Saya harap rakyat akan mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra dengan Tunku Mahkota," katanya ketika berucap pada majlis pelepasan KMJ 2009 Jelajah Pedalaman di sini hari ini.

Program yang diketuai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail itu disertai 150 peserta dan lebih 50 kenderaan pacuan empat roda.

Sepanjang kembara, rombongan yang terdiri daripada wakil rakyat dan pegawai kerajaan itu menjelajah ke kawasan pedalaman di semua 10 daerah di negeri ini.

Sebanyak 11 perkampungan Orang Asli dan tiga kampung tradisi akan dilawati, antaranya kawasan Tadahan Air; Gunung Ledang; Tangkak dan Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kota Tinggi.

KMJ 2009 Jelajah Pedalaman akan mengambil masa kira-kira 80 jam atau empat hari tiga malam.

Majlis penutupannya akan diadakan pada 7 Julai ini di Kampung Nelayan, Benut, Pontian.

Petikkan Utusan


Tunku Mahkota mulakan ekspedisi

0

Oleh Ahmad Nazri Mohamad
ahmadnazri@hmetro.com.my















PERIKSA...Tunku Ibrahim melihat pacuan empat roda
yang akan digunakan Tunku Ismail sempena KMJ.


JOHOR BAHRU: Bagaikan hikayat raja Melayu, hari ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail bersama anakanda dan pembesar negeri berangkat untuk mengembara ke pedalaman dan hutan belantara melalui 10 daerah di negeri ini.

Sempena Kembara Mahkota Johor (KMJ) Jelajah Pedalaman 2009 selama empat hari meliputi pengembaraan 1,030 kilometer (km) itu, Tunku Ibrahim diiringi Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim serta 150 pegawai kerajaan serta wakil media menaiki 40 kenderaan pacuan empat roda (4WD).

Pada hari pertama kembara, rombongan yang terdiri daripada kira-kira 150 peserta itu akan melalui perjalanan kira-kira 250km bermula di Bukit Timbalan di sini dan bermalam di perkampungan Orang Asli Tanah Abang, Mersing.

Acara berkonsepkan pengembaraan 4WD itu turut disertai Tunku Ismail akan melawat 11 kampung Orang Asli dan tiga kampung tradisi.

Terdahulu dalam temu bual bersama media di Istana Pasir Pelangi di sini Tunku Mahkota berkata, persiapan untuk KMJ Jelajah Pedalaman 2009 itu dilakukannya sejak enam bulan lalu termasuk mengubah suai kenderaan untuk jelajah itu.

Menurutnya, baginda sudah membentangkan program KMJ itu kepada ayahandanya, Sultan Johor, Sultan Iskandar serta menyiapkan segala keperluan logistik.

“Tuanku sentiasa mengambil berat perjalanan saya bersama KMJ ini,” katanya.

KMJ antara lain membawa mesej mengenai pemuliharaan hidupan liar dan hidupan air di negeri ini dengan mendekati terutama masyarakat Orang Asli yang segelintir membantu pemburu dan peniaga haram hidupan liar supaya tidak terus dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab itu.

Tunku Mahkota juga akan mendengar permasalahan dan melihat pembangunan di kawasan pedalaman khususnya di kampung Orang Asli dengan pegawai jabatan dan agensi kerajaan yang mengikuti KMJ akan mencatatkan permasalahan disampaikan masyarakat terbabit.

“Sepanjang perjalanan KMJ ini, mungkin saya akan berhenti dan turun menemui penduduk di satu-satu tempat yang tidak termasuk dalam jadual. Oleh itu, jika masa ketibaan saya di satu-satu tempat itu ‘lari’ sedikit, saya harap penduduk bersabar.

“Saya tidak akan dapat melawat dan singgah di semua kampung di pedalaman dan kampung Orang Asli melalui KMJ ini. Insya-Allah, saya akan sampai nanti,” katanya.

Petikkan Harian Metro.




Blog Widget by LinkWithin
 

Nashfm Entertainment - Dunia Muzik Anda™ Copyright © 2009 - 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha