Anda Pelawat Ke

AMARAN : DILARANG MENCARUT
Sebarang Komen/Idea Sila Isi Borang Dibawah.

Monday, June 29, 2009

Kembara Mahkota Johor Jelajah Pedalaman bermula 4 Julai

0

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar akan memulakan program Kembara Mahkota Johor edisi ke-11 pada 4 Julai ini.

Kembara Mahkota Johor Jelajah Pedalaman 2009 akan mengambil masa kira-kira 80 jam atau empat hari tiga malam.

Majlis pelepasan diadakan di Bukit Timbalan Johor Bahru pukul 8 pagi pada 4 Julai dan penutupannya pada 7 Julai ini di Kampung Nelayan, Benut, Pontian pukul 1.30 petang.

Program yang bakal disertai oleh 150 peserta itu akan menaiki 40 kenderaan pacuan empat roda.

Sepanjang kembara, rombongan yang terdiri daripada wakil rakyat dan pegawai kerajaan itu menjelajah ke kawasan pedalaman di seluruh 10 daerah di negeri ini.

Sebanyak 11 buah perkampungan Orang Asli dengan tiga buah kampung tradisi akan dilawati, antaranya kawasan Tadahan Air, Gunung Ledang, Tangkak dan Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kota Tinggi.

Tunku Ibrahim Ismail berkata, penyertaan wakil rakyat dan pegawai kerajaan akan memberi ruang kepada mereka untuk melihat sendiri pembangunan yang kerajaan telah laksanakan.

"Hasil daripada lawatan itu nanti, kita akan tengok pembangunan apa yang boleh dilaksanakan. Selalunya Orang Asli ini mahukan infrastruktur, jalan raya, air dan api.

"Kita tengoklah yang mana boleh disempurnakan, tapi jangan mereka minta benda yang tidak munasabah sudahlah kerana negeri Johor ini besar," katanya semasa melancarkan logo program kembara itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini semalam.

Katanya, di Johor sahaja terdapat lebih 30 buah kampung Orang Asli dan mungkin pada masa depan beliau akan melawat perkampungan lain pula.

Menurutnya, kembara tersebut bertujuan mengeratkan hubungan antara pihak Istana Johor, kerajaan serta rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman.

Anda boleh mendengar Radio Rasmi Kembara Mahkota Johor - Best104 Sensasi Selatan

Jb,KL,Selangor 104.1fm Melaka & N9 94.8fm Pahang 102.5fm

www.best104.tk


Periklanan Radio Best104 Tahun 2009

0

Siaran meliputi negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Perak, Singapura dan Kepulauan Riau Indonesia di frekuensi 104.1 fm, 102.5 fm & 94.8 fm.

1.Pakej Ramadhan
**30 spot iklan sepanjang ramadhan (disiarkan pada siang)
FOC 30 spot iklan ucapan berbuka puasa sepanjang ramadhan
(Disiarkan sebelum waktu berbuka puasa)
FOC Kos produksi pembikinan iklan (skrip, studio & talent)
RM3,402.00 (Termasuk 5% cukai kerajaan)

2.Pakej Delima (IKLAN)
30 spot iklan
Percuma 30 spot iklan
Percuma kos produksi pembikinan iklan (skrip, studio & talent)
RM3,402.00 (Termasuk 5% cukai kerajaan)

3. Pakej Zamrud (Talkshow)
3 kali talkshow 15 minit
PERCUMA 1 kali talkshow 15 min
PERCUMA 20 kali promo pointer selama 5 hari sebelum talkshow.
PERCUMA 12 kali iklan dalam slot temubual
PERCUMA kos produksi iklan (studio,skrip & talent)
RM3,442.95 (termasuk 5% cukai kerajaan)

Jika berminat sila hubungi saya untuk temujanji.



Elly
012-3063895 / 019-3842810


Sunday, June 28, 2009

Pelancaran Logo, Lagu 1Malaysia meriah

0


KUALA LUMPUR 27 Jun – Kira-kira 11,500 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan pelancaran Logo, Lagu 1Malaysia dan Senam Seni Malaysia yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Merdeka hari ini.

Pada acara yang penuh berwarna-warni itu, para peserta terutama daripada beberapa agensi dan jabatan kerajaan turut melakukan aktiviti Senam Seni Malaysia bersama Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta menteri Kabinet lain.

Lebih bermakna, acara Senam Seni Malaysia yang menggabungkan beberapa elemen daripada kesemua kaum di negara ini turut menyaksikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa menteri Kabinet lain mengambil bahagian.

Acara dimulakan dengan Senam Seni Malaysia pada pukul 8 pagi dan berlangsung selama hampir 40 minit sebaik sahaja Najib melancarkan logo tersebut.

Logo itu berbentuk angka satu dengan berlatarbelakangkan bendera Malaysia yang disertai tulisan Malaysia di dalamnya.

Sebelum itu, logo tersebut yang berketinggian kira-kira dua meter diarak oleh beberapa peserta dengan diketuai oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan menteri lain antaranya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Logo itu diarak dari bahagian bawah pentas ke atas pentas khas di Dataran Merdeka sebelum diserahkan kepada Najib dan timbalannya, Muhyiddin dengan diiringi oleh Rais.


- Utusan


Friday, June 26, 2009

Michael Jackson meninggal dunia

0

26/06/2009 10:07am

LOS ANGELES 26 Jun - Michael Jackson disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (2.26 pagi Jumaat waktu Malaysia) selepas jantungnya gagal berfungsi, demikian menurut para pegawai di sini.

Kematian Raja Pop itu mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.

Pegawai Koroner Long Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang tersebut.

"Saya hanya boleh memberitahu buat masa ini kami telah dimaklumkan oleh penyiasat dari Jabatan Polis Los Angeles Barat bahawa Jackson telah dibawa ke hospital dan ketika tiba di sana, beliau tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang,'' kata Corral kepada CNN.

Katanya, bedah siasat kemungkinan akan dilakukan esok tetapi tidak menyebutkan punca kematian. - AFP


Thursday, June 25, 2009

Kanak - Kanak Hilang

0

Informasi Terkini








Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009. Kali terakhir dilihat pada jam 7malam 22 Jun.

Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661.
atau hubungi balai polis terdekat dengan segera jika terlihat mereka.
Terima Kasih...

www.gegar.fm


Awasi anak-anak anda setiap masa tidak kira dimana mereka berada.


Monday, June 22, 2009

Pelancaran Logo Kembara Mahkota Johor Jelajah Pedalaman 2009

0





JOHOR BAHRU, 16 JUN: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail mahu hukuman berat dikenakan kepada pemburu haram bagi memastikan spesis hidupan liar tidak diancam kepupusan.
Titahnya, baginda mahu Johor menjadi contoh kepada negeri lain dalam usaha membendung kegiatan itu bagi memelihara khazanah di hutannya.

"Kita tidak boleh ikut zaman dahulu. Kerajaan mesti ambil tindakan seberat-beratnya terutama mereka yang berburu untuk dijadikan makanan eksotik.

"Jangan berburu di Johor. Saya mahu mesej ini sampai kepada mereka semua," titahnya.

Baginda bertitah demikian selepas melancarkan logo Kembara Mahkota Johor (KMJ) Jelajah Pedalaman 2009 dan pelancaran projek pemuliharaan hidupan liar di sini, semalam.

Pada majlis itu, Tunku Ibrahim yang juga penaung Projek Pemuliharaan Hidupan Liar Johor turut menyaksikan upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dengan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Sains Malaysia (USM), Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS) dan Aquawalk Sdn Bhd.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Abdul Latiff Yusof.

Sementera itu, Abdul Ghani berkata, kerajaan sudah mengambil pelbagai langkah bagi memelihara khazanah alam semula jadi di negeri ini.

Katanya, sejak Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor dikuatkuasa pada 1989, kerajaan negeri telah mewartakan kawasan seluas 77,000 hektar yang meliputi pergunungan, tanah lembap dan gugusan pulau di Mersing sebagai Taman Negara Johor.

"Malah, Johor adalah negeri pertama di semenanjung yang mewujudkan sebuah agensi khusus untuk mewarta dan mengawal selia hutan perlindungan semula jadi iaitu Taman Negara Johor," katanya.

Mengenai program KMJ Jelajah Pedalaman 2009, ia akan bermula 4 hingga 7 Julai ini dengan pengembaraan 40 kenderaan pacuan empat roda yang diketuai Tunku Mahkota dan anakandanya, Tunku Ismail Ibrahim.

Perjalanan KMJ sejauh 1,030 kilometer akan memasuki 11 perkampungan Orang Asli dan tiga kampung tradisi itu akan turut disertai 150 orang termasuk pemimpin negeri dan ketua jabatan dan media.

Ia akan menumpukan projek pemuliharaan hidupan liar dengan menyelami kehidupan Orang Asli memandangkan terdapat segelintir mereka yang terlibat membantu pemburu dan peniaga haram hidupan.


Perodua MPV D46T

0






Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dijangka membuka tempahan jualan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang didakwanya termurah di Malaysia pada September depan.


Harga kenderaan tujuh penumpang itu dijanjikan serendah RM57,000 dan maksimum RM66,000 sebuah, akan diumumkan pada majlis pelancarannya iaitu sekitar minggu ketiga Oktober depan.

Harga yang ditawarkan itu adalah lebih rendah berbanding MPV Proton Exora keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) yang dijual sekitar RM70,000 sebuah.

Berdasarkan perbandingan harga secara rambang tanpa mengambil kira kelebihan lain termasuk keupayaan enjin, MPV Perodua itu dikatakan menawarkan penjimatan harga berbanding dengan pesaingnya yang lain seperti Innova Toyota (RM90,000), Grand Livina (RM80,000) dan MPV Naza Citra (RM65,000).


Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Abdul Hafiz Syed Abu Bakar berkata, MPV dengan keupayaan enjin Daihatsu dan kekuatan 1.5 liter akan memberi kepuasan maksimum kepada para pelanggan yang mementingkan kualiti dan penjimatan minyak.

Katanya, sasaran pelanggannya adalah golongan eksekutif yang sudah lama mengguna kenderaan Proton seperti Proton Waja dan Iswara selain golongan yang memiliki keluarga besar.

Beliau berkata, keunikan MPV Perodua adalah terletak pada saiznya yang kompak di dalam kategori MPV dan ringan dengan anggaran 1.1 tan metrik.

''Kami menyasarkan pengeluaran MPV berkenaan sebanyak 2,000 hingga 3,000 buah setiap bulan untuk memenuhi jangkaan permintaan yang tinggi di pasaran,'' katanya pada majlis Cabaran Eko Perodua di sini hari ini.

Sebanyak 12 pasukan institusi pengajian tinggi awam mengambil bahagian dalam cabaran tersebut.

Menerusi cabaran berkenaan, setiap pasukan dibekalkan sebuah Perodua Myvi dan masing-masing dikehendaki melakukan pengubahsuaian bagi menghasilkan penjimatan minyak.

Perodua turut memberi geran RM10,000 bagi setiap pasukan bagi membangunkan kajian dan penyelidikan masing-masing.

Ketika ditanya mengenai perancangan Perodua selepas ini, Syed Abdul Hafiz menjangkakan Perodua akan mengeluarkan kenderaan baru pada 2011.

Katanya, dalam tempoh beberapa tahun ke depan, lebih banyak kenderaan yang menarik dan berkualiti akan dikeluarkan oleh Perodua.

''Kami mahu mengekalkan syarikat pengeluar kenderaan nasional nombor satu di Malaysia bukan sahaja untuk tempoh tiga tahun berturut-turut, sebaliknya kekal selama-lamanya,'' ujarnya.

Mengenai prestasi sektor automotif negara, Syed Abdul Hafiz berkata, Malaysia antara negara terbaik dan paling minimum menerima impak daripada kegawatan ekonomi.

Katanya, ketika Amerika Syarikat, Eropah dan beberapa negara maju lain sedang berhempas pulas memulihkan industri automotif mereka yang mengalami kemerosotan sebanyak 20 hingga 30 peratus, Malaysia hanya menyaksikan kemerosotan sebanyak 12 peratus sahaja.

"Kita patut berbangga kerana tidak terjejas teruk sedangkan Malaysia tergolong antara pengeluar kenderaan terbesar di Asia,'' katanya.

- UTUSAN


Saturday, June 20, 2009

Akhirnya Sudirman dihargai

0



Sudirman yang diwakili kakaknya, Datin Rodziah Arshad menerima pengurniaan itu sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 baginda di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, kelmarin.

Apapun, Sudirman memang layak menerima anugerah berkenaan.

Sebagai penyanyi nombor satu Asia, siapa yang tidak kenal dan menyukai lagu Sudirman.

Karya yang boleh dikatakan penuh dengan mesej dan pengalaman menjadikan Sudirman segar di ingatan peminat walaupun kini dia hanya dalam kenangan.

Bagi penulis lirik dan penerbit filem terkenal, Habsah Hassan, Sudirman memang wajar menerima gelaran berkenaan.

Namun, ia agak terlewat untuknya kerana dia lebih dulu menyahut panggilan Ilahi pada 22 Februari 1992.

Bagaimanapun, itu satu penghargaan besar terhadap jasanya.

"Sebagai sahabatnya, saya tumpang gembira atas penganugerahan itu.

"Secara tidak langsung, pembabitan Allahyarham dalam industri seni tanah air suatu ketika dulu masih diingati dan dihargai. Sayangnya, Allahyarham sudah pergi terlalu lama.


"Saya benar-benar rasa terharu. Tidak sangka, penat-lelah Sudirman selama ini yang pernah menghiburkan orang ramai tidak sesekali dilupakan. Bagi saya, anugerah itu bukan saja lebih bermakna untuk peminat Sudirman, tetapi buat keluarganya.

"Sejak kembalinya Sudirman ke hadrat Ilahi, pastinya ia satu memori besar yang tidak dapat dilupakan keluarga serta peminat setianya. Jadi, dengan adanya anugerah diterima itu boleh dikatakan satu 'bonus' untuk diwarisi keluarga Allahyarham," katanya.

Bagaimanapun, Habsah, yang cukup mengenali Sudirman, menegaskan selagi orang ramai mengingati Sudirman dan jasanya, maka itu juga penghargaan sangat besar buat Allahyarham.

Menurutnya, kenangan yang ditinggalkan Sudirman takkan pernah hilang.

Seorang lagi sahabat baik Allahyarham, Noorkumalasari ketika dihubungi semalam, enggan memberi komen mengenai penghargaan itu.

Katanya, tiada apa lagi yang hendak dikatakan. Jika ia sudah diberi, apa salahnya menerima.

"Memandangkan Allahyarham Sudirman sudah tiada, saya tidak mahu komen apa-apa. Lagipun, kata orang tidak baik mereka yang sudah meninggal dunia disebut-sebut selalu. "Arwah akan sedih dan lebih baik hulurkan doa buatnya," katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Ramlah Ram berkata, selayaknya Sudirman menerima gelaran berkenaan.

Menurut Ramlah, sebagai penghibur serba boleh dia sangat mengingati Allahyarham yang baik hati.

"Sekalipun saya tidak dapat mengenalinya dengan lebih lama, Sudirman ialah artis yang suka memberikan semangat kepada rakan lain.

"Macam saya dulu, tidak yakin untuk membuat persembahan, tetapi Allahyarham sedia membantu.

"Disebabkan saya masih baru, apa yang dilakukannya sangat membantu. Allahyarham juga tidak pernah berasakan dirinya hebat.

"Sikap merendah dirinya dan tidak sombong membuatkan saya begitu menghormati Allahyarham hingga kini. Dia (Allahyarham) istimewa," katanya.

Menurut Ramlah, jasa Sudirman pada industri seni memang tidak boleh dipersoalkan sesiapa.

Bayangkan, lagu-lagunya sampai sekarang masih diingati generasi muda.

Hakikatnya, mereka tidak pernah kenal atau bersua dengan Sudirman.

Penyanyi dan ahli perniagaan e-dagang, ND Lala atau Amir Hamzah Salleh berkata, sebagai anak seni sememangnya tiada apa diinginkan ketika berkarya.

Paling penting ketika itu adalah dapat menghiburkan peminat dan karya dihasilkan diterima.

"Justeru, sama ada dapat anugerah atau tidak, itu bukan persoalannya. Jadi, dalam soal ini istilah dapat anugerah awal atau tidak, usah diperkata. Apa yang utama, impak kepada pendengar yang membuatkan lagu dinyanyikan artis itu kekal diingati dan disukai.

"Begitulah yang berlaku kepada Allahyarham Sudirman. "Secara peribadi, pada saya Sudirman bukan hanya penghibur, tetapi individu yang memberi inspirasi. Lihat saja pada lagu-lagunya yang penuh dengan mesej seperti patriotik, cinta dan komedi," katanya.

Kata ND Lala lagi, personaliti Sudirman yang hebat itu memang wajar bagi Allahyarham dianugerahkan Datuk walaupun sudah meninggal dunia.

Dalam soal ini, kita sendiri boleh lihat betapa lagu-lagu Sudirman diminati pelbagai lapisan usia daripada kanak-kanak hingga dewasa.



>Profil

NAMA: Sudirman Haji Arshad

TARIKH LAHIR: 25 Mei 1954

ASAL: Temerloh, Pahang

KARIER: Penyanyi, pelakon, penulis dan peguam

KELUARGA: Anak bongsu daripada enam beradik

PENDIDIKAN: Ijazah Undang-Undang Universiti Malaya

BAPA: Arshad Hassan

IBU: Ramlah Dahlan

MENINGGAL DUNIA: 22 Februari 1992

PENCAPAIAN: Antaranya, Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa, RTM 1978, Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu TV3 1987, Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1989 dan Penghibur Nombor Satu Asia 1989

ANUGERAH: Ahli Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong 1988, Ahli Mahkota Pahang daripada Sultan Pahang 1990, Johan Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong 1992 dan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang daripada Sultan Pahang (2009)

- Harian Metro


Monday, June 15, 2009

Karnival Rakan Muda 2009

0

Salam Bersiaran dari nash pd isnin 15 jum 2009...

kali ini nash nk paparkan beberapa petikkan gambar sempena Karnival Rakan Muda 2009 yg berlangsung baru2 ini pd 13 jun 2009 lalu di SMK BBu JB yg dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor Datuk Haji Abdul Ghani bin Othman.







Karnival Rakan Muda 2009 di SMK BBu JB

Lawatan YAB Menteri Besar Johor Di Booth FuhyooFM

Gambar Bersama Amik Berkat

Siaran Luar FuhyooFM
( Konti disetup DJ Nash)

Temu Bual Bersama YAB Menteri Besar Johor

Demikan saje yg blh cerita sbb kalau nk thu lagi2 jum jenguk2 kt blog djsenja atau di laman tgputeri. atau pun baca kt paper semalam Utusan / Metro / Nstp . Asalamualaikum..


Friday, June 12, 2009

Radio Jakim, SALAM FM mula siaran percubaan.

0

Petikan dari Bernama.

KUALA LUMPUR: SALAM FM, stesen radio berfokuskan dakwah dan ajaran Islam kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), memulakan siaran percubaannya Ahad lalu dari 1 pagi hingga 8 pagi.

Jakim dalam satu kenyataan berkata siaran itu boleh diikuti melalui beberapa gelombang FM iaitu FM 91.1 megahertz di Lembah Klang, FM 102.5 megaherzt di kawasan Pahang Barat, FM 105.1 megahertz di Cameron Highlands dan melalui Gelombang Pendek Kebangsaan (GPK) 6070 kilohertz.

Pendengar di luar negara juga dapat mengikuti siaran ini melalui gelombang pendek SW 9750 kilohertz 31 meter dan SW 9750 kilohertz 48.58 meter.

"Penubuhan dan pengoperasian SALAM FM adalah bagi menyahut trend semasa, iaitu medium radio mempunyai keberkesanan langsung yang pantas, mudah, dan murah untuk diaplikasi bagi tujuan dakwah," kata Jakim. BERNAMA


Petikan dari Laman Jakim.

Radio Jakim "SALAM FM" Mula Siaran

SALAM FM

Tag Line : Menjana Minda Ummah

Masa Siaran : Jam 0100 Pagi Sehingga 0800 Pagi Setiap Hari

Konti Siaran : Studio 7 Berkongsi dengan Asyik FM dan Suara Islam

Siaran Percubaan : Bermula 15 Februari 2009 Mulai Jam 0100

sehingga 0800, 7 jam berterusan

Frekunsi : FM 91.1 MEGAHERTZ bagi kawasan LEMBAH KELANG

FM 102.5 MEGAHERTZ bagi kawasan PAHANG BARAT

FM 105.1 MEGAHERTZ bagi kawasan CAMERON

HIGHLAND

GELOMBANG PENDEK KEBANGSAAN (GPK)

SW 6070 KILOHERTZ

GELOMBANG PENDEK SW 9750 KHZ 31 METER

SW 9750 KHZ 48.58 METER

Objektif :

1. Melebarkan lagi program dakwah melalui radio dalam Bahasa

Malaysia dengan program-program yang berinformasi dan ilmiah;

2. Untuk memberi pilihan kepada pendengar mendapat INPUT dakwah secara interaktif pada waktu awal pagi;

3. Untuk memastikan ajaran Islam tersebar luas kepada seluruh

masyarakat bagi melahirkan ummah yang progresif dan berakhlak

mulia.



Thursday, June 11, 2009

FungkurFM Tersungkur Kali Terakhir!!!!

1

Tepat jam 12 tgh mlm dihari Jumaat bertarikh 12hb Jun 2009 dalam sejarah dunia penyiaran radio internet.Sebuah radio internet yg agak gagah dlm dunia internet iaitu radio internet Fungkurfm yg bertagline Bukan Sekadar Berhibur,Dengarkan Sampai Tersungkur akan tersungkur buat buat selamanya dipersada radio internet.
Tutupnya Fungkurfm ada sebab2 tertentu so Fungkurfm di tutup utk selamanya untuk mengelakkan sesuatu yg kami x larat tanggung maka tutuplah fungkurfm.
Jadi mmg sedih Fungkurfm ditutup maklum lah aku wujud didunia dj online yg agak maya kalau x mana lagi di fungkurfm la sbb byk suka dan duka disana aku pelajari sbg dj online.Apa ntah kami terutama DJ2 di Fungkurfm dh macam satu family yg mcm satu bumbung walau jarak semua dj di Fungkurfm mmg jauh tp perhubungan yg medekatkan kami cuma secara online mengunakan YM.
Ketiadaan Fungkurfm,ikatan antara dj2 difungkurfm x akan renggang sbb kami sentiasa berhubung dgn YM.Yang sedih sekali adalah promo2 FungkurFM yg kami cipta bersama cuma tinggal kenangan sahaja untuk selamanya...
Aku mengucapkan terima kasih pd semua dj2 FungkurFM yg support aku dj kt situ x lupa la en fakri yg izinkan aku kt situ utk curahkan bakat dan x lupa pd semua pendgr Fungkurfm yg selalu sokong kami...
Apa pun thank semua...
Terima kasih FungkurFM....Jasamu tetap ku kenang...


Radio Malaysia

0

Salam yg mengikuti laman blog nashfm ini.
Terima kasih pd semua yang add nama u all kt blog nashfm..Kali ini nashfm ada membuat satu laman blog Radio Malaysia iaitu laman player radio di malaysia.
Jika anda terpandang diatas sebelah Home ada paparan Radio Malaysia,anda blh klik utk memilih rangkaian radio dari malaysia.Apa pun terima kasih byk2 pd yg sudi melawat laman blog nashfm dunia muzik anda.Dari semasa ke semasa tuan tanah akan memaparkan info2 yg blh dikongsi bersama.
Sekian wasalam...


Wednesday, June 10, 2009

Kembara Mahkota Johor Kembali Lagi

0

Jelajah Pendalaman pd 4hb - 7 hb Julai 2009




Kembara Mahkota Johor 2009
Date : Jul 1 - 31 2009
Venue : Throughout Johor
Johor
Organiser : Johor State Govt, Johor Tourism Action Council & Kembara Mahkota Johor Secretariat
Phone : 07-227 8600
Category : Community


Kembara Mahkota Johor 2009 Kembali Dengan Mengembara Ke Perkampungan Orang Asli Sekitar Negeri Johor Dengan Rombongan Pacuan Empat Roda (4x4)...Akan Bersambung...


Cinta Tak Semestinya Memiliki

0

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.

Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….

Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.

Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…

Tapi…

Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..

petikan dari www.tentangcinta.com


Friday, June 05, 2009

Pernama.fm Siaran Radio Internet Pertama Utk ATM Akan Dilancarkan

0

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) Sdn Bhd, syarikat milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia akan melancarkan radio internet dikenali Pernama.fm untuk menyalurkan maklumat terkini berhubung Angkatan Tentera Malaysia kepada warganya termasuk di luar negera.

Pengurus Besar PERNAMA Datuk Abdul Wahab Khalil berkata Pernama.fm akan mula beroperasi dalam masa terdekat ini dan dikendalikan oleh syarikat Dapat Vista (M) Sdn Bhd, syarikat pengendali sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran program "satu rumah satu komputer" untuk anggota ATM oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal di Wisma Pertahanan di sini hari ini, beliau berkata apabila ia dilancarkan nanti, anggota tentera yang bertugas di luar negara dapat berinteraksi dan menghantar sebarang ucapan kepada ahli keluarga di negara ini secara online.

Katanya anggota tentera juga boleh berinteraksi dengan Panglima Angkatan Tentera menerusi forum khas yang akan diadakan setiap hari.

Siaran radio Pernama.fm boleh didengar dengan melayari laman web www.pernama.fm tidak lama lagi.

Abdul Aziz pula berkata ATM telah berbincang dengan Pernama untuk menubuhkan satu stesen radio milik penuh ATM tidak lama lagi.

"Perkara ini masih di peringkat cadangan dan kita akan menghantar permohonan kepada kementerian untuk mendapatkan lesen stesen radio itu nanti," katanya.

-- BERNAMA

Dipetik dari www.bernama.com


IKIM.fm Lancar Program Secangkir Kasih

0

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Radio IKIM.fm hari ini melancarkan program "Secangkir Kasih", sebuah program kemasyarakatan bagi mempamer keindahan agama Islam kepada golongan Islam dan bukan Islam.

Program itu yang telah bermula sejak 1 Mei lalu dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia (IRM) merupakan satu lagi usaha untuk mendekatkan program itu dengan masyarakat melalui projek-projek kebajikan.

"Kami ingin melibatkan semua golongan masyarakat. Setakat ini sumbangan telah diterima dan disalurkan kepada golongan yang memerlukan tanpa perbezaan agama walaupun IKIM.fm merupakan radio yang berkonsepkan Islam," kata penerbit rancangannya Zarita Kassim kepada pemberita selepas majlis pelancaran program itu di sini.

Menurut beliau, antara program yang akan dijalankan sepanjang musim pertama program ini ialah projek perpustakaan untuk rumah anak-anak yatim dan kempen "Feed The Fasting" yang mensasarkan golongan tidak berkemampuan.

Antara aktiviti yang dirancang bagi menjayakan program ini ialah "Charity Bazaar" dan perlawanan futsal yang akan melibatkan kumpulan-kumpulan nasyid terkenal tanah air yang bakal diadakan pada 13 dan 20 Jun di Dewan Besar IKIM, Jalan Duta.

Zarita berkata setakat ini pihaknya sedang giat mencari badan-badan bukan kerajaan lain untuk musim kedua program ini yang dijadualkan dari Januari hingga Jun 2010.

Program berbentuk dokumentari ini ke udara setiap hari Jumaat pada pukul 11.30 pagi selama 15 minit dengan memaparkan kisah-kisah kemasyarakatan di samping temubual bersama pihak-pihak yang terlibat untuk program ini.

-- BERNAMA

Dipetik dari www.bernama.com


Monday, June 01, 2009

Transformers 2: Revenge Of The Fallen 2009

1







Transformer 2 : Revenge Of The Fallen 2009 akan muncul diseluruh pawagam di malaysia pd 24hb Jun 2009 nanti...So nash xnk lah citer byk sgt sbb mmg byk aksi dari sebelum ini.Kali ini kita tgk beberapa petikan utk memikat jiwa yg kaki wayang sbb byk ahli baru akan muncul ke bumi...
Transformer 2 mmg best kali ini...X caye jum tgk wayang nti.

Sinopsis Transformers "Revenge Of The Fallen"(bahasa english)


"The battle for Earth has ended but the battle for the universe has just begun. After returning to Cybertron, Starscream assumes command of the Decepticons, and has decided to return to Earth with force. The Autobots believing that peace was possible finds out that Megatron's dead body has been stolen from the US Military by Skorpinox and revives him using his own spark. Now Megatron is back seeking revenge and with Starscream and more Decepticon reinforcements on the way, the Autobots with reinforcements of their own, may have more to deal with then meets the eye."





http://transformers-2-trailer.blogspot.com/


FungkurFM Kembali Bersiaran Sedia Kala

0

Hai yg melayari blog nash,apa pun thank sudi skudeng2 walau blog ni ada kala x menarik sgt pun...Hihihi...
Ok nash nk habaq sat kt hangpa pasai FungkurFM dh kembali bersiaran sedia kala mcm dulu2 lagi so yg merindui sore DJ2 FungkurFM mcm tom,awie,atung,bb girl,ibu misali,bropian,affa,jelly,nina,nian,nash,obert,momok siam,awek samurai dan x lupa tuan tanah fungkur blh lah dengarkan kembali radio sensasi masa kini di http://fungkurfm.org kerana DJ2 dh blh berkata atau berbicara.So yg masih lagi rindu-rinduan dgn sore2 kami ayuh ke laman rasmi FungkurFM.Dan pd yg rindu kan sore tu byk kan sabar yea...Thank stay pm nash di ym menanyakan ttg FungkurFM dan Menyuruk nash mendj...Apa pun insyallah ble nash x sibuk sgt nash akan mendj kembali di FungkurFM.Teruskan Mendengarkan Kembali FungkurFM.
FungkurFM Rawwwkkks Tu....
Sekian Salam...


Terima Kasih TV3

0



Selesai sudah program Karvinal Jomheboh TV3 yg berlangsung di Teluk Danga/Danga Bay Johor Bahru baru2 ini pd 30hb dan 31hb Mei 2009.Walaupun cuaca kurang baik selama 2 hari ada kala hujan atau panas tp yg hadir mmg ramai tak kira ada yg dari Singapura ada,Melaka ada dan yg jauh pun mungkin ada.Apa pun terima kasih pd warga TV3 yg masih sudi adakan Jomheboh di Johor Bahru tp harap2 akan dtg boleh buat lain lokasi pulak mne thu mungkin ada suka lepas ini.
Apa yg nash cadangkan mewakili sebagai ahli MyTV3 yg mungkin kali ini blh dicadangkan pd pihak TV3 yg ada terpandang story ini.
Oklah sini jelah dpt kongsi story dari Jomheboh Danga Bay.Dan Selamat Ulang tahun utk TV3 ke 25 tahun pd hari ini 1hb Jun 2009 semoga TV3 sentiasa dihati rakyat Malaysia..
Peace...MyTV3 best.

Ada laman gambar dari Jomheboh baru2 ini..Nash Tumpangkan Disini.
Via - http://chaqultimatezone.fotopages.com/?entry=1870073




Blog Widget by LinkWithin
 

Nashfm Entertainment - Dunia Muzik Anda™ Copyright © 2009 - 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha